Saturday, 25 June 2016

WISHLIST


Pengakuan ikhlas : INI ADALAH KEHENDAK, BUKAN KEPERLUAN. HAHAHH

Sejak si klasik d40 dah macam tak betul, hidup segan tapi belum mau mati, aktiviti mengambil gambar kite juga jadi agak terbatas. Takde mood langsung nak snap2 bila hasilnya jauh dari kualiti yang diidamkan.Yela bila kite dah biasa dengan gambar terang, sharp, lighting perfect, bila amek gambar dengan kamera tepon, gambar blur sikit pun dah mendatangkan stress tau tak.

Memandangkan aqil dah booking sebelah bahu kite, membawa dslr adalah jadi sesuatu yang amat membebankan. Maka kite mengidam compact camera sajalah. Lagipun kite bukan nak jadi jurugambar perkahwinan, takperlu kamera pusing2 besar2 hihihi. Lagipun, dslr mahal gila weii, baik kite beli goldbar 20gram kalau ada cash 4000 haha.

Alahh beli jela tepon yang kualiti cameranya bagus. Snap2 terus post kt fb katenya.

Tulah, kalau ada 3000++ berminat juga dengan iphone ke, samsung ke, tapi memandangkan kite jenis takpandai sangat jaga tepon suka campak2 je, guna tepon murah2 saje sudah la haha. Wahh ada 3ribu dah boleh dapat emas 15gram ++ tu. (ehh asek emas je lah yang kite fikir ehh wakakaka)

So, kite nak camera, nak camera, nak camera. Dengan keazaman yang tinggi, marilah mula menabung. Kite tengok nanti, bila duit dah ade RM 1500, kite beli camera ke, kite beli emas? (wakakaka obsess emas)

~kite dulu pernah beli kamera dengan harga 3man yen (rm1200--) , 1.5man(nilai rm600 lebih kurang) kite bayar dengan syiling~

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Wednesday, 15 June 2016

Matcha caramel purin lagiii

Dessert selera nihon kita harini. 2nd attempt buat matcha caramel purin. Lebih berjaya dari "pacman" haritu. Warna pun cantekkss adik manis suka hii.


Seharusnya lah kite tempek resepi untuk rujukan sendiri di masa hadapan hihi.

Peralatan :
1) Acuan bulat saiz 6" (ini je yang iols ada)
2) Cawan baby jenama pureen
3) Pemukul telur (wajib! ni faktor utama kejayaan purin ini. Nak guna mixer letrik pon boleh. Adik manis malas nak keluarkan dari bilik stor)
4) Periuk kukus baru beli kt pengkalan kubor

Bahan :
(A)
* 2 sudu gula untuk caramel

(B)
2 cawan air soya beli kat pasar ramadhan
4 sudu teh (menggunung) serbuk matcha beli dari akak Frozen Takoyaki
1/2 cawan susu pekat (boleh ejas kemanisan ikut selera masing2)
2 biji telur
1 sudu besar (menggunung) tepung custard
Sedikit esen vanila
Secubit garam.

Cara :
- Masukkan 2 sudu gula dalam acuan, masak dengan api kecil sehingga berbuih perang keemasan, pastu letak tepi dulu.

- Campur semua bahan (B) dalam bekas pastu pukul sampai lengan naik muscle hii. Elok guna bekas dalam sikit ye, elakkan dari terpercik katenya.

Mesti korang nak tanya,

1) Saya tak minum soya, alergi, boleh tukar susu lain tak? Bolehh, susu ape2 pun boleh, yang penting ade rase creamy.
2) Guna blender boleh tak? Adik manis kate tak boleh, sebab haritu adik manis pernah cuba guna blender, sampai ke sudah serbuk matcha tu berketul. Ke blender adik manis yang kodi? hiks

- Dah sebati semua, tapis adunan ke dalam acuan gula caramel tadi, dan kukus sampai masak.

-Tunggu sejuk, letak la dalam peti. Purin ni sedap makan sejuk2. Nyaman je tekak.

Mahal woo kuih ni. Untuk saiz 6"x1" guna lebih kurang 25gram (harga RM 15) serbuk matcha, kalu saiz acuan 8"x2" (saiz standard puding caramel pasar malam) ,kena guna lebih kurang 60gram (+-RM 40) untuk serbuk matcha saje hoii!!

Suami kite kata, sayang buat la, pastu boleh jual RM 60 sebiji nih. Bukan setakat RM 60, RM 100 pon boleh ni bang, hahaha.

~Adik manis tak jual, korang buat sendiri. Sebelum tu, pegi beli serbuk matcha dekat akak Siti Zainon Jamin dulu ye~

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Monday, 13 June 2016

Demam jangkitan kuman

Hari isnin minggu lepas hana mula demam. Asal malam je demam. 2,3 hari lepas tu mengadu sakit kaki dan tangan pulak. Risaunya mami kot2 kena denggi. Hari khamis ayah bawak pegi klinik panel.

Tengah malam tu aqil n aisya pulak stat demam n Jumaat siang tu aqil nampak lemah sangat. Ayah balik keje terus kami ke husm.

Takde orang pun masa tu, lepas daftar terus turn kami, doctor dah check, masukkan supp ikut bontot semua. Ingatkan sempat la balik buka puasa, sekali doctor kata hana kena buat blood test.

Adoi la,, berbuka dengan coklat toblerone beli dekat pengkalan kubur la kite haha. Kesian Dr Amira yang cek budak2 tu, masa azan sibuk isi borang untuk blood test hana. Mami suruh aichan bagikan dr coklat sebiji. Comel je dr tu cakap terima kasih kakak. Then bukak coklat lalu makan. Nampak sangat dia takde pape makanan untuk berbuka.


Lepas amek darah hana, kena tunggu result datang. Misi letak kitorang dekat observation ward. Lama menunggu kat situ. Mami sempat tertidur2 lagi haha. Adik aqil pun berapa kali tidur bangun ntah.

Katil sebelah ada parents yang anak diorang athma. Sebak mami tengok sebab both mak dan ayah dia oku, bisu. Tapi "peramah". Bila mami pandang dekat diorang, diorang akan senyum lebar dan buat isyarat tangan, tunjuk2 dekat anak diorang. Mami mampu senyum lebar balik je la dekat diorang. Nak buat isyarat tangan jugak, kang maksud jd mencarut ke hape plak kann haruu..huhu

Dekat pukul 12 baru dapat result blood test hana. Alhamdulillah denggi negative, tapi dr kata ada jangkitan virus la. Aqil n aichan dapat pcm syrup, hana ada tambahan antibiotik nama augmentin. Dr tu cakap antibiotik tu agak kuat. So, bila dah start, by hook or by crook, kena habiskan!! Baiklah doketer!!

Terima kasih kepada 3 doktor yang attend kes kitorang. Dr Amira Farhana yang mula2 check, Dr Amira Liyana yang monitor masa dkat observation ward, Dr taktau nama yang betau blood test result dan dischargedkan kami.

Keluar dari husm dekat pukul 1, singgah beli makanan pastu balik tidur.

Hana dan aichan dah beransur okei, tapi adik aqil nampak makin teruk hari sabtu tu. Harini (ahad) pun still belum ok, menangis takde suara lagi. Badan memang sentiasa panas, nafas pun laju
je. Harapnya demam adik tak melarat jadi sakit yang serius la, insyaAllah.

~penatnya mami. Terfikir camane lah parents yang anak2 sakit serius yang sampai setahun dua berkampung dekat hospital tu. Moga Allah hadiahkan pahala yang besar atas kesabaran diorang menghadapi ujian. Moga Allah juga tak timpa ujian seberat itu kepada kami, amiinn~

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671
Jyaa mata ne

Followers