Tuesday, 15 November 2016

Resepi mudah : AIR JAGUNG

Air jagung pun nak share resepi ke?

Mase balik dungun, en suami singgah tepi jalan beli air jagung. Air jagung tu sedap gile okeh sampaikan lepas tu kami sekeluarga jadi penggemar air jagung.
For the very first time kak imm buat air jagung sendiri, kak imm google resepi air jagung kat internet tau dak? Hahaha
So, kak imm anggap ada adik2 kat luar sana yang macam kak imm, buat air jagung pun google resepi kat internet😂
Ni kak imm nak memeriahkan result google la ni. InsyaAllah kang korang google resepi air jagung, keluar resepi air jagung kak imm ni ye.
#Bahan2
+ Jagung 4 tongkol @ Setin jagung dalam sirap
+ Susu pekat manis
+ Susu segar @ Susu cair pun boleh
+ Bes perisa jagung
#Cara2
1) Rebus jagung sampai empuk, hiris jagung dari empulur, tambah air masak, blender.
Kalau guna jagung tin, tapis dan buang sirap jagung, tambah air masak, blender.
(Simpan sedikit isi jagung untuk tambah dalam air jagung)
2) Tapis air jagung dari hampas2 jagung. Kak imm siap perah2 macam perah santan dari kelapa lagi hehe. Hampas tu buang la ye.
3) Tambah air masak secukupnya. 4 tongkol jagung boleh buat 2 liter air jagung. Setin jagung boleh buat 1 liter air jagung.
4) Tambah bes perisa jagung untuk aroma dan warna kuning jagung. Taknak tambah pun takpe nanti dapat air jagung warna kuning pucat dan kurang bau jagung,
Kak imm tambah bes perisa jagung, baru air jagung tu ada bau sedap dan warna yang menggiurkan.
4) Tambah susu pekat secukup rasa nak manis macam mana. Susu cair untuk bagi rasa lemak2. Suka hati jugak nak tambah banyak mana.
5) Tambah isi jagung tadi, tadaa dah siap air jagung. Simpan dalam peti sejuk, suami balik keje kang boleh minum air jagung sambil kunyah2 isi jagung.
6) Nak gembirakan anak2, kak imm buat eskrem malaysia perisa jagung.😘
#PointPenting :
Rajin kak imm siap edit gambar jagung tin nak tunjuk kat korang hihi
+ Kalau korang guna jagung tin, beli yang “Jagung dalam sirap”, jangan beli “Jagung dalam krim”.
+ Jangan blender jagung dengan air dalam tin tu, nanti air jagung korang rasa masin😂
Sekian,
Kak imm yang dah hebat buat air jagung😎

Tuesday, 8 November 2016

TAK CUKUP TAN'I, KENA RYUUNEN

Jom cerita pasal sistem sekolah (university) kat Gifu. Hanya untuk bacaan saja2  habiskan masa lapang rakan sebaya. Dan mungkin akan jadi info relevan untuk mama2 yang ada anak SPM. Dapat result SPM kang, boleh hantar anak belajar kat Jepun hiii.

Silibus pendidikan (tadika, sekolah rendah, menengah, sekolah tinggi, diploma dan university) bermula bulan April. Hari daftar sekolah tu kena feeling2 ambik gambar bawah pokok sakura ye.

Setiap kali sem baru bermula, kami akan ada guidance day. Bagi freshies, hari guidance ni kami akan dapat buku tebal tak ingat dah nama dia. Buku tu adalah buku rujukan sepanjang 4 tahun kami kat GiDai (Gifu University). Dalam buku tu ada rujukan camane nak follow sistem akademi dekat GiDai. Selain tu kami akan dapat jadual kelas sem tersebut, besar gile saiz A3.

Bagi seniors, hari guidance akan dapat result exam sem lepas. Maka guindance day adalah hari yang paling menakutkan, malam sebelumnya tidur tak lena dan malas mandi jadinya.

Dekat GiDai (atau semua universiti Jepun, kak imm tak pasti) guna sistem 単位 (tan'i) aka credit. Setiap kelas yang diambil akan dapat 1 atau 2 kredit. Syarat utama nak dapat kredit ialah KENA PASS EXAM. Kalau tak pass, tak dapat tan'i, maka tahun depan kena ulang lagi😭


Kelas kami ada 4 jenis.

+ 一般科目: 必修 ippan kamoku hisshu (General Subjects: Compulsory)

+ 一般科目: 選択 ippan kamoku sentaku (General Subjects: Elective)

+ 専門科目:必修 senmon kamoku hisshu (Specialized Subjects: Compulsory)

+ 専門科目: 選択 senmon kamoku sentaku (Specialized Subjects: Elective)
 
+ GeneralSubjectsCompulsary

Kelas2 asas yang ditetapkan untuk setiap course macam kelas Math, Fizik, Biologi, dan Specialized seminar. Kelas ni WAJIB LULUS. Untuk setiap kelas yang kita lulus examnya, kita dapat 2 kredit. Kalau tak lulus, silalah mengulang tahun depan (tumpang kelas junior la maksudnye)

+ GeneralSubjectsElective

Kelas2 yang boleh dipilih dalam kategori Sejarah,  Kemasyarakatan, Human Science, Phsycology, Sport, Bahasa Jepun, Bahasa Asing, macam2 ada.

Untuk Malaysian, kami diberi kelonggaran, boleh ambil kelas bahasa jepun dan diconvert ke bawah kategori bahasa asing. Masuk kelas, ada 3 orang je, (kak imm dengan 2 orang budak mechi) nak tidur dalam kelas pun tak boleh. Sepanjang sem tu sensei ajar mendalami dan menghayati lagu klasik. Vavavava

Kelas elective ni boleh ambil dengan budak2 course lain. So, pakat2 la dengan kawan lagi sorang untuk ambil kelas sama. Kelas yang kitorang sempat ambik bersama ialah sport, dan kami pilih joging. Ingatkan joging santai2, sekali sensei (dah tua okei) bawak joging pusing satu kampung gifu, gile semput nak mampus hahahaha. Kitorang selalu mengelat, tapi nasib baik sensei luluskan😂😂😂😂

Dekat kelas general ni jugak kita berpeluang sekelas dengan budak fakulti lain. Inilah masa kak imm dok usha budak jepun nama junki. Dia fakulti ape, course ape pun kak imm taktau. Tau nama dia junki dengar masa sensei panggil nama amek kedatangan hahaha.

+ SpecializedSubjectsCompulsory

Kelas wajib course kita. Kalau macam kak imm amek course biomolecular, kak imm ada 50 kelas wajib ambil dan WAJIB LULUS dalam masa 3 tahun. Contohnya kelas tu dijadualkan pada tahun satu, tapi kak imm tak lulus, tahun depan kak imm kena mengulang tumpang kelas junior. Alhamdulillah, satu je kelas yang kak imm ulang, lagi 49 lulus sekali ambil je hohoho. (walaupun kebanyakannya dapat markah cukup makan saje hewhewhew)

+ SpecializedSubjectsElective

Kelas warna hijau tu kelas general untuk satu fakulti kejuruteraan (kak imm budak engineering tau haha). Kelas hijau kami boleh pilih nak yang mana. Cara kak imm pilih? Kak imm eliminated semua kelas yang ada perkataan FIZIK (heytchuu fizik). Yang lebih2 tu la kak imm pilih. Gamble kan hidup kak imm zaman sekolah dulu.

Untuk setiap kelas lulus exam kita akan dapat kredit. Untuk masuk final year, setiap course ada minimum kredit yang kena lepas. Macam kak imm dulu, kena ada 123 kredit untuk naik 4th year. Untuk kelas kuning dan purple (specialized compulsary dan general compulsary) kita dah dapat jadual waktu (yang besar saiz A3 tu) so takde masalah.

Untuk kelas hijau (specialized elective) dan kelas general elective (takde dalam gambar) kita kena adjust sendiri nak pilih apa dan make sure tak clash dengan kelas kuning. Sooooo, sewajibnya, habiskan (read : LULUSKAN) semua kelas elective ni pada tahun 1 dan 2. Sebab, tahun 3 kang jadual confirm penuh dengan kelas kuning, memang wajib bertindanlah dengan kelas general elective.

Kami selalu diingatkan supaya kira elok2 kredit tiap kali nak pilih kelas sebab by end of 3rd year, kalau kredit tak cukup seperti yang course tetapkan, maka kita takboleh naik 4th year. Ape maksudnya tu? Maksudnya kita kena ryuunen (mengulang tahun). Akibatnya, confirm pasti kita extend tak dapat graduate dalam masa 4 tahun yang JPA tetapkan.

Kak imm tak pasti ini kisah benar ke, atau cerita JPA saja nak suruh kami kira kredit betul2. Ceritanya, ada student yang kena extend sebab tak cukup kredit. Kelas wajib pecah kepala semua dah lulus, rupanya dia tertinggal satu kelas general. Kena extend hanya sebab kelas general adalah sungguh merugikan. Kalau takde iman macam budak jepun, dah tahap nak bunuh diri kekecewaan yang perlu ditanggung. Haaa gitu sekali.

4th year adalah tahun kenkyuu (research). Korang panggil final year project kan. Macam biasa, kena buat research dan thesis semua. Tahun keempat ni memang kak imm all out dan obsess dengan kerja lab dan research kak imm. Hasilnya, thesis kak imm masuk dalam oxford university journal huhu. Kenangan terbaik zaman university kak imm.

Adik2 yang baru nak mulakan hidup dekat jepun, boleh tanya seniors nak ambil kelas apa ye. Selalunya course yang ada seniors, korang takde masalah sebab seniors akan cakap kena ambil kelas sekian2. Bagi yang takde senior, sila rujuk buku tebal sekolah bagi tu sampai lunyai. Point paling penting, selalu kira tan'i ye.

Korang baca sampai habis jugak ke entry ni? Gigihnya haha. Korang nak kak imm cerita pasal ape lagi ye?

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671
Jyaa mata ne

Friday, 4 November 2016

7 BENDA YANG KAK IMM INGAT PASAL GIFU LIFE.

+ Transport utama kami ialah basikal
Kami siap dapat basikal free dari ryuugakusei kouryuukai (international student center). Kalau dapat yang ok, bertahan lah sampai 4 tahun. Tapi mostly, basikal tu memang tahan selama 4 tahun pun haha. Basikal itu adalah segalanya. Guna untuk pergi sekolah, pegi shopping groceries di Kanesue, pegi makan kappa sushi, pegi shopping barang letrik di KS Denki, mahupun pergi shopping baju cantik di Aeon. Semua tempat yang disebut memang cyclable. Memang ko akan mampu mengayuh sehingga ke situ lah maksudnya. Yang jauh2 kite pegi naik kete sport😝

+ Rumah kami dipanggil apaato
Kami duduk apartment, kami panggil apaato. Rumah kami basically berbentuk 4 segi tepat bersaiz 3depa x 10depa kot. Hahahaha taktau la nak cakap kot meter. Jangan dok bayang rumah doremon, diorang tu rumah family. Kami dok rumah bujang. Dalam ruang lebar 3 depa tu la kami habiskan selama 4 tahun. Tengok gambar, saya ada letak plan rumah bujang jepun. Kalau ikut depa budak laki, 2.5 depa kot jadinya eh.


+ Kami memasak sendiri
Memasak sendiri adalah perkara wajib di Jepun. Setiap kali balik Malaysia, kami akan bawak balik ke Jepun sebanyaaakkk mungkin perencah segera. Perencah nasi goreng kampung, cina, bihun goreng, paste tomyam. Siap beli sepapan, orang ingat aku nak pegi bukak kedai runcit kot kat sana. Bawak cili kering sekilo. Kicap kipas udang dan cili sos life adalah harta yang paaalinnggg disayangi.

+ Kami sebut university as gakkou/sekolah.
Jarang sangat sangat nak dengar student sebut daigaku/dai/university/uni. Kami sebut nak pegi sekolah, dekat sekolah, kena pegi sekolah, stesen bas sekolah, padang sekolah. Bila kami dah masuk 4th year, sebutan sekolah bertukar kepada kenkyuu/lab.
Kohai : kak imm jom g makan sushi,
Senpai : tengah kenkyuuu laa..takleh balik lagiii.😭

+ Kombini/convinience store adalah tempat wajib dikunjungi sekali, 2kali atau 3kali sehari.
Kedai 24 jam macam 7e tapi waayyy more menarik. Kite boleh melepak di situ. Ada banyak makanan menarik (carilah yang halal pasti ada). Paling senang, makan onigiri inti tuna mayonis. Makan aiskrim sambil tengok katalog nissen (website jual baju). Dekat kombini boleh bayar bil, boleh pos barang. Minggu exam dah tepu pala otak study kat rumah, pukul 4pagi boleh pegi kombini beli peach tea lipton dengan cheese stick.

+ ShoppingOnline adalah kegemaran semua student lelaki, perempuan laaagiiilah.
Shopping online jepun sangat seronok. Macam korang seronok shopping kat lazada lah. Kat jepun kitorang shopping melalui rakuten. Search je ape ko nak, insyaAllah semua ada.

Yang paling seronok ialah delivery service dia. Paling glemer guna poslaju kuroneko. Kita boleh set masa nak barang sampai pukul berapa. Untung2 kalau kedai kita beli barang tu dekat dengan area kita duduk, order barang pukul 8 pagi, boleh dapat pukul 5 petang hari yang sama. Delivery system dekat jepun memang sangat maju no doubt.

+ Internet adalah segalanya.
Kak imm rasalah kan, selepas waktu sekolah, 80% masa student ni habis depan pasokom (personal komputer). Dulu lah, masa henpon belum maju lagi. Sekarang hp dah maju, korang mengadap pasokom lagi ke weh, atau dah beralih arah ke mengadap hp je? Tapi whatever it is, internet memang penting lah. Internet jepun selaju cahaya korang tau dak hahah. Zaman kak imm dok sana tahun 2005-2009 pun internet hikari fiber punya speed dah 1Gbps, sekarang dah berapa entah. Student jepun bile balik mesia kena kejutan budaya, internet lambat gile sampai rasa nak hentak laptop. Haha

Hmm ape lagi ekk. Lain kali cerita lagi. Kak imm nak pg sedut ilmu bisnes dekat kelas telegram kejap.

#GifuDalamKenangan
👆
Korang klik label ni, nanti keluar previous entries pasal gifu yang kak imm pernah tulis sebelum ni. Enjoyss

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Followers