Friday, 30 December 2016

Baibai 2016, haihai 2017

Jumaat terakhir 2016. Lusa dah masuk tahun 2017.

Normally tahun2 lepas kak imm tak pernah beria pun nak berazam tahun baru bagai hihi. Tapi tahun ni semangat nak memajukan diri tu berkobar lain macam sikit so tahun ni kite ada azam tahun baru yeayy.

Azam kak imm ialah nak reinstall myself my 20 years old version of me physically, mentally and spiritually. Zaman umur 20-an, kak imm sangat egernetic, sangat positif, sangat berdikari.

Kak imm dah penat bersantai tanpa halatuju. Moga tahun 2017 jadi kebangkitan untuk kak imm jadi somebody. So I need my jiwa muda balik, but of course dengan suntikan kematangan.

Nampak tak kite tengah berkobar2 ni? Hahaha

Impian terjauh, kak imm nak jadi surirumah kaya raya. Kaya harta, kaya ilmu, kaya jiwa, kaya agama lah. Impian terdekat, kak imm nak consistantly achieve gaji surirumah 4~5angka tahun 2017 ni, insyaAllah.

So, apa azam tahun baru kawan2? Kak imm doakan tahun 2017 jadi tahun terbaik untuk kita semua insyaAllah.

Selamat tahun baru semua.

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Monday, 26 December 2016

Suntikan semangat

Kak imm suka google journal. Sekali keluar journal bernama sendiri wohhhaa.


Sejak balik dari nihon dulu kak imm tak pernah contact balik sensei, so kak imm memang taktahu langsung kak imm punya final thesis tu sensei hantar ke Oxford Journal.

Overwhelming gile perasaannya.

Projek kak imm buat ialah
In order to create an ochre suppressor tRNA which exclusively recognizes UAA codon, we replaced the G34 at the first position of yeast tRNATyr[GΨA] anticodon with pseudouridine34 (Ψ34) by using the molecular surgery technique.
Dah tak ingat la kite buat ape, 8 tahun dah berlalu hahah. Tapi basically kak imm mastering the molecular surgery technique tu la.

Faktor utama sensei bagi kak imm projek tu, sebab kak imm OCD kahkahkah. Mata kita sangat tajam. Experiment dalam skala microliter(πl). Titisan lebih kecil dari kepala jarum.

So, sebab ketajaman mata dan kestabilan tangan yang sangat tinggi, kak imm berjaya buat projek ni dengan result cemerlang.

Ingat balik masa final year. Kehidupan memang habis dalam lab saja. Dari pagi sampai tengah malam. Weekend pun masuk lab. Tapi memang berbaloi.

Tak dapat masuk oxford uni pun takpelah, sekurangnya nama ada dalam oxford press hahaa.

Wahh tiba2 rindu suasana lab.

Mode dahulukan keperluan berbanding kehendak


Pengakuan ikhlas : INI ADALAH KEHENDAK, BUKAN KEPERLUAN. HAHAHH
Sejak si klasik d40 dah macam tak betul, hidup segan tapi belum mau mati, aktiviti mengambil gambar kite juga jadi agak terbatas. Takde mood langsung nak snap2 bila hasilnya jauh dari kualiti yang diidamkan.Yela bila kite dah biasa dengan gambar terang, sharp, lighting perfect, bila amek gambar dengan kamera tepon, gambar blur sikit pun dah mendatangkan stress tau tak. 
Memandangkan aqil dah booking sebelah bahu kite, membawa dslr adalah jadi sesuatu yang amat membebankan. Maka kite mengidam compact camera sajalah. Lagipun kite bukan nak jadi jurugambar perkahwinan, takperlu kamera pusing2 besar2 hihihi. Lagipun, dslr mahal gila weii, baik kite beli goldbar 20gram kalau ada cash 4000 haha.
Alahh beli jela tepon yang kualiti cameranya bagus. Snap2 terus post kt fb katenya.
Tulah, kalau ada 3000++ berminat juga dengan iphone ke, samsung ke, tapi memandangkan kite jenis takpandai sangat jaga tepon suka campak2 je, guna tepon murah2 saje sudah la haha. Wahh ada 3ribu dah boleh dapat emas 15gram ++ tu. (ehh asek emas je lah yang kite fikir ehh wakakaka)
So, kite nak camera, nak camera, nak camera. Dengan keazaman yang tinggi, marilah mula menabung. Kite tengok nanti, bila duit dah ade RM 1500, kite beli camera ke, kite beli emas? (wakakaka obsess emas)
~kite dulu pernah beli kamera dengan harga 3man yen (rm1200--) , 1.5man(nilai rm600 lebih kurang) kite bayar dengan syiling~  
Entry lama : 25/06/16 : WISHLIST

Akhirnya Allah datangkan rezeki.
Dia bagi kite RM 2ribu plus.

Dan, kite tak beli kamera pun, tapi kite guna duit tu untuk kembangkan bisnes hihi. Kite upgrade jadi tokei emas pulak hihi.

Kite rasa kite dalam mode fokus bisnes sefokusnya.

Banyak je senarai kehendak, tapi bila ada duit, terus terfikir nak spend untuk bisnes dulu.

Teringat kata mentor bisnes kite, dia nak beli kereta mewah bila dia dah taktahu nak belanjakan duit untuk apa.

Duit bisnes - dah asing siap2
Duit sedekah, zakat, tax - dah setel
Duit mak ayah - dah bagi beribu sebulan

Still, ada duit jimba yang sangat banyak sampai taktahu nak beli ape dah. So, dia beli kereta bmw haha.

Okeilah, kite pun nak follow. Kalau korang nampak kite dah beli benda2 baru tu, maksudnya masa tu kite dah banyak sangat duit sampai taktahu nak buat ape la tu hahahahah.

Doakan ehh kite boleh capai tahap tu.

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Sunday, 25 December 2016

Kisah emas kita

Sebelum ni, kalau orang sebut jongkong emas kak imm terus terbayang emas petak saiz batu bata.
Usahkan nak simpan, nak imagine pun takut2 sebab mindset kite, emas ni mainan orang kaya2. 
Kite ni tak layak, maklumlah tahap marhaen makan kangkung saja.
1st time kak imm tengok dan pegang emas keping 1gram bila umi tunjuk emas simpanan matpayet the pilot. Orang baru hantar katanya.
Dalam hati bermonolog, wahh emas keping2 nipis camni pun wujud juga ya.
Sedikit demi sedikit hidayah untuk menyimpan emas mula meresap dalam jiwa. 
Dari detik tu lah kak imm mula study pasal emas. Baru tau, "emas keping2 nipis" tu pun orang panggil goldbar aka jongkong emas juga rupanya.
Emas keping2 nipis ni sekitar RM 200 lebih saja harganya. Kalau macam tu, aku pun mampu simpan emas, detik hati ini mula teruja.
Akhirnya, ogos 2015, kita pun jadi penyimpan emas secara rasminya.
Terima kasih kepada mentor emas Nur Zulaikha. Sentiasa sudi melayan order dan karenah kita.😂
Target sekarang, bukan setakat nak jadi penyimpan emas saja, kalau boleh nak jadi pembayar zakat emas juga.
InsyaAllah, doakan dipermudahkan semuanya ya.
Korang ada kisah emas? Jomlah kongsi, sebarkan inspirasi kepada semua.

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Saturday, 24 December 2016

Slowly but Surely

Dah lama sebenarnya kak imm menyimpan angan nak upgrade stokis powergold, Alhamdulillah dimakbulkan juga akhirnya.

Tiba2 Allah bagi rezeki. Asbab dari encik suami dapat bonus hehe. Kak imm tak bajet pun dia dapat bonus. Tiba2 tanya,

"Sayang nak register stokis powergold tak?"

Of course naaakkkkkk hihi.

So, here we are. Gold'R'Us_Stokis.

Stokis powergold kelantan, mainly kawasan pengkalan chepa dan padang tembak. Bolehlah orang pade tembok nak berurusan jualbeli emas dengan kak imm. Yang dok jauh2 jangan risau, kite akan usahakan sehingga emas sampai ke tangan anda👍

Kak imm menjual dan mengedarkan produk emas dan perak. Goldbar/coin, dinar dengan platform powergold. Produk perak dan Barang kemas pun ada juga jual dan dari beberapa supplier barang kemas sekitar kelantan.

So, semoga rakan2 dapat bagi sokongan pada kedai emas kecik kak imm ni ye. Jom kita berurusan jualbeli emas dengan gembira hii.

Reveal nama tokei di balik tabir sikit.

~ Tapi tetap kak imm yang jaga urusan jual beli. Biasalah, kena letak awek cun dekat frontline, pelaris katanya ahakks~



#Bimetal ayat 1000 Dinar, RM 175 sekeping. Kite ada 2 keping je letgo. Lagi 8 dah berpunya.

Whatsapp kak imm tau
0179191671

How to : Cara buat blog baru

Entry ni kak imm copy dari blog lama, jadi penggunaan ganti nama diri masih "saya". Hahahah

Okei, kak imm buat tutorial PALING ASAS untuk create blog. Sape nak mula buat blogspot, baca sampai habis.

Memandangkan saya pengguna tegar yang telah menggunakan blogspot selama 10 tahun, entry ini hanya cerita camane nak create blogspot je ye.. (wordpress atau platform lain acik x pandai sile google sendiri :p)

 1) Buat satu akaun gmail
Untuk bina satu blog, paling utama anda harus ada akaun gmail. Kalau dah ada akaun gmail, bagus boleh teruskan. Kalau belum ada, pergi create akaun gmail anda dulu. 

2) Selepas create akaun gmail, buat carian di google dengan keyword "blogger dashboard" "create new blogspot" "blogger" dan apa2 lah asalkan keluar result yang paling atas "One account. All of Google. - Blogger" Klik link tersebut.


3) Anda akan dibawa ke page ini. Sign in dengan acc gmail anda.


4) Seterusnya anda akan dibawa ke page ini

Pilihan untuk guna google+ profile atau blogger profile. Google+ profile lebih mesra seo sebenarnye. Tapi saya sendiri lebih selesa guna blogger profile. ☺

5) Lepas klik pilihan profile, anda akan dibawa ke page di bawah. Saya pilih blogger profile, macam ni keluar pagenya. Boleh upgrade ke Google+ profile anytime. (Yg tu kita cerita lain kali ye). 

Dah isi display name yang disukai, klik continue to blogger

6) Seterusnya page ini akan keluar. Ramai orang salah faham kat sini. Dok tercari2 mana butang nak tulis entry hihi..tunggu tunggu tunggu ..Blog anda belum siap lagi lah. Anda belum ada blog lagi. Klik "New Blog" dulu.


7) Seterusnya anda akan dibawa ke page ini. Haa kat sini la baru proses create blog sebenarnya bermula. Yang kat atas2 tadi tu baru create profile je tau huhu.. Fikir tajuk blog yang cantik2 yang unik2 dan melambangkan kita dan url yang catchy dan mudah diingat. Semestinya yang melambangkan kita juga lah.

Dah isi nama blog, url blog dan pilih design blog, klik Create Blog

8) Tadaaaa.. akan keluar page macam ni.

Blog anda dah siap, tahniah anda telah mempunyai blog sendiri. 

9) Dah boleh tulis 1st entry anda. Yeyeayy. Rujuk gambar di atas, nampak gambar pensel oren kan? Klik pensel oren tu lalu keluarlah page ini

tulis lah ape yang nak ditulis pastu klik publish.

Untuk entry seterusnya pun sama lah. Masuk ke blogger dashboard, klik pensil oren untuk create entry baru.

8) Excited nak tengok rupa blog sendiri kan. lepas klik publish tadi, akan keluar page ini pulak. Klik View Blog dan anda akan dibawa masuk ke blog anda.


9) Ini lah design blog anda. Sangat basic takde ape2 haha. Tutorial untuk masukkan widget kita buat di entry lain ye. Sementara itu, enjoy your blog lah ye.
 

Phewww panjangnya tutorial ini. Semoga bermanfaat ye. Okei nak gi telan ostematrix pastu nak tidur.

Kak imm,
0179191671

Thursday, 22 December 2016

Makin lama makin sensitif

Apa yang sensitif?

Perut kite ni haa. Seingat imm, zaman sekolah dulu boleh je makan pedas, (walaupun sambil air hidung menjejeh kahkah).

Sekarang takleh makan pedas lansung la. Perut terus nak meragam. Semalam makan roti dengan tuna cili je. Tengah malam terus datang rasa memulas perut. Sampai ke pagi ni pun still rasa tak selesa lagi.

Owhh by the way, hasil makan lecithin dan ESP Shaklee selama hampir sebulan, imm rasa perut kite memang dah kempis sikit. Dah tak macam ibu pregnant 5 bulan dah hihi. Nanti kite nak ukur lah.

Notakecil :
Lecithin boleh membantu bakar lemak
ESP bantu kurangkan lapar

Budak yang suka kemam bibut

Okeh nak pegi menjual kejap. Orang nak collagen powder. Semua pakat kejar beli borong sebab bulan ni ada promo.

Jya nee

-imm, 0179191671-


Wednesday, 21 December 2016

Love hate relationship dengan blogspot

Ye ye korang jangan kecam ye dengan kepulangan imm ke blogspot ni hahaha. Bape bulan je sempat guna wordpress, yappari cinta terhadap blogspot lebih mendalam. Maka, kite hangkut semua perabot balik rumah lama ihih.

Tapi imm masih berusaha nak import entry lama masuk sini. Memang tak boleh ataupun sebab line internet tak elok, dari malam bawak ke siang dah nak malam balik dah, entries yang cuba diimport tak masuk2 juga. Sangkut kat imigresen kot kahkah.

So, marilah kita berpuas hati dulu dengan 5 ketul entries hihi. Memang terasa weird bila dekat dashboard ada sikit entries, sebelum ni dah ada dekat 2 ribu. Tapi takpe, kite akan cuba import lagi bila internet dah makin ok.

By the way, imn agak sibuk akhir2 tahun ni. Tambah2 bulan ni shaklee buat promo collagen. Tak menang tangan weh. Ramai wanita nak kulit cantik tegang awet muda, sekarang masa paling untung nak try collagen. Buy 6 free 1, atau twinpack less 5%. Rugi kalau tak grab segera. Promo sehingga 30hb.

Gambar baru takdak, kite tinggalkan video adik aqil je lah sebagai penutup bicara.


Ok sape2 nak beli collagen borong, boleh kontek imm, 0179191671

Jya ne,

20 TANDA BADAN ANDA BERTOKSIK TINGGI

CUBA KUIZ INI

1) Saya selalu merasa lemah, letih dan tidak bersemangat.

2) Saya mempunyai masalah untuk fokus dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu.

3) Saya mudah mendapat selsema

4) Saya kadangkala mengalami masalah nafas berbau.

5) Hidung saya selalu merasa tersumbat dan berkahak

6) Saya mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan sekiranya tidak menggunakan deodorant.  

7) Saya kerap merasa kembung, ‘angin’ atau penghadaman yang tidak baik terutamanya selepas makan.

8) Saya mempunyai lingkaran gelap dibawah mata atau ‘eye bag’

9) Saya mudah mendapat alahan atau allergi, eczema, jerawat atau psoriasis.

10) Saya mempunyai masalah berat badan yang susah nak diturunkan.

11) Saya kadangkala tidak membuang air besar setiap hari

12) Saya kerap sakit-sakit badan.

13) Saya selalu mengalami masalah bengkak atau sembab.

14) Nak bangun pagi pun rasa letih sangat, walhal cukup tidur.

15) saya kuat makan. Craving makanan manis je

16) Period saya pun kadang datang, kadang tak datang. Bercelaru. Rasa tak macam perempuan normal kadang-kadang.

17) saya Kencing pun tak lawas. Kalau terbatuk tu kadang2 terkencing sekali.

18) Kepala saya pun asyik sakit je. Migrain.Kerja banyak. Mudah Stress.

19) Kulit saya pun dah nampak kusam.Kedut-kedut halus dah mula ada.

20) saya susah nak tidur malam/insomnia

Sumber : Blog Master Doktor Marlinda binti Ali Pengamal perubatan Am, Penuaan sihat & estetik

Jika jawapan YA anda lebih dari 10, maka anda wajib buat detox.

Kenapa? Kak imm ulas dalam video.



 #RasaMacamCikguBiologi

Kontek kak imm dekat whatsapp ye, 0179191671



#1Hari1Ayat : Hujan


[1] Ayat ini adalah sumpah dari Allah yang Mahabenar ucapan-Nya dengan makhluk-makhluk-Nya yang Allah jadikan padanya terdapat maslahat dan manfaat bagi manusia, untuk menerangkan bahwa janji-Nya adalah benar, hari pembalasan pasti terjadi dan tidak ada yang dapat menghalanginya. Jika yang memberitakannya adalah Tuhan Yang Mahabenar ucapan-Nya dan Dia bersumpah terhadapnya, Dia juga telah menegakkan dalil dan bukti-buktinya, maka mengapa orang-orang yang mendustakan masih mendustakannya dan manusia masih berpaling dengan tidak beramal untuknya.

[2] Dengannya, Allah Subhaanahu wa Ta'aala memberikan manfaat kepada negeri dan hamba.

Sumber : tafsir.web.id

Followers