Wednesday, 15 June 2016

Matcha caramel purin lagiii

Dessert selera nihon kita harini. 2nd attempt buat matcha caramel purin. Lebih berjaya dari "pacman" haritu. Warna pun cantekkss adik manis suka hii.


Seharusnya lah kite tempek resepi untuk rujukan sendiri di masa hadapan hihi.

Peralatan :
1) Acuan bulat saiz 6" (ini je yang iols ada)
2) Cawan baby jenama pureen
3) Pemukul telur (wajib! ni faktor utama kejayaan purin ini. Nak guna mixer letrik pon boleh. Adik manis malas nak keluarkan dari bilik stor)
4) Periuk kukus baru beli kt pengkalan kubor

Bahan :
(A)
* 2 sudu gula untuk caramel

(B)
2 cawan air soya beli kat pasar ramadhan
4 sudu teh (menggunung) serbuk matcha beli dari akak Frozen Takoyaki
1/2 cawan susu pekat (boleh ejas kemanisan ikut selera masing2)
2 biji telur
1 sudu besar (menggunung) tepung custard
Sedikit esen vanila
Secubit garam.

Cara :
- Masukkan 2 sudu gula dalam acuan, masak dengan api kecil sehingga berbuih perang keemasan, pastu letak tepi dulu.

- Campur semua bahan (B) dalam bekas pastu pukul sampai lengan naik muscle hii. Elok guna bekas dalam sikit ye, elakkan dari terpercik katenya.

Mesti korang nak tanya,

1) Saya tak minum soya, alergi, boleh tukar susu lain tak? Bolehh, susu ape2 pun boleh, yang penting ade rase creamy.
2) Guna blender boleh tak? Adik manis kate tak boleh, sebab haritu adik manis pernah cuba guna blender, sampai ke sudah serbuk matcha tu berketul. Ke blender adik manis yang kodi? hiks

- Dah sebati semua, tapis adunan ke dalam acuan gula caramel tadi, dan kukus sampai masak.

-Tunggu sejuk, letak la dalam peti. Purin ni sedap makan sejuk2. Nyaman je tekak.

Mahal woo kuih ni. Untuk saiz 6"x1" guna lebih kurang 25gram (harga RM 15) serbuk matcha, kalu saiz acuan 8"x2" (saiz standard puding caramel pasar malam) ,kena guna lebih kurang 60gram (+-RM 40) untuk serbuk matcha saje hoii!!

Suami kite kata, sayang buat la, pastu boleh jual RM 60 sebiji nih. Bukan setakat RM 60, RM 100 pon boleh ni bang, hahaha.

~Adik manis tak jual, korang buat sendiri. Sebelum tu, pegi beli serbuk matcha dekat akak Siti Zainon Jamin dulu ye~

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Followers