Saturday, 15 October 2016

Cerita pasal magic mop

Masa mengandungkan aqil ritu, mami sangatlah rajin mengemop. Seminggu dua kali tu mami kira sangat rajin lah sebab sebelum tu nak mop 2 minggu sekali pun malas 😂. 

Alhamdulillah kerajinan mengemop tu masih belum hilang lagi. 3,4 hari sekali mami akan mengemop la.

Kesan dari heavy duty lebih dari setahun, maka mop kite dah membotak dan gugur2 rambutnya hihi. Dalam hati dah plan2 nak mintak mop baru dari ayah. Tapi belum sempat mintak lagi ayah dah cakap, "Nanti tunggu parcel poslaju ye, abang beli mop baru"
Yeeheeaaayyy. (Dapat mop pun seronok hahaha)
Ayah belikan mop macam ni. Nama dia magic mop. Walaupun namanya magic, kita masih perlu guna kudrat ye, takdenya dia nak gerak2 mengemop sendiri. (okei lame joke 😑)
Alang2 cerita pasal mop, mari kita buat review magic mop hihi.
Kelebihan
+ Dia ada baldi pemerah, so takpayah perah guna tangan.
+ Rambut mop ni sangattt gebu dan sangat menyerap air. Lepas spin 2,3 kali dekat pemerah dia, dah takde air menitik2 dah. Sangat sesuai dengan gaya pengemopan mami (iols ada gaya mengemop tersendiri ko jangan main)
+ Oleh kerana rambut dia sangat serap air, lantai cepat kering.
Ketidaklebihan
+ Mop ini agak berat berbanding mop lama kita (mop biasa yang klasik tu)
Batang dia yang bergerak panjang pendek tu takde stopper (ehh ke iols yang tak jumpa😅), so tengah2 syok mengemop, tibe2 terasa ehh sakit belakang woihh membongkok. Tak sedar rupanya batang die memendek, kite pun ikut membongkok sekali.
Ehhh ada la stopper dia. Dah jumpa dah hihihi
+ RAMAI ORANG KATA, mop ni susah nak pasang. Tersalah pasang nanti mop tak boleh spin dan batangnya tak boleh tegak. Iols taktau, iols reti tadah tangan je, keje pasang2 ni kite serah ke engineer sajelah😘
En Suami beli mop dekat lazada. RM 30 lebih je lepas offer. Harga asal tak sure, RM 100 lebih jugak kot. So, pegi check dekat lazada ye, moga2 masih ada offer murah tu.
Kite bagi 3 4 bintang ke mop ni sebab dah jumpa stoppernya kat mana. Semoga berjasa selama 5 tahun.
😎
Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Followers