Friday, 4 November 2016

7 BENDA YANG KAK IMM INGAT PASAL GIFU LIFE.

+ Transport utama kami ialah basikal
Kami siap dapat basikal free dari ryuugakusei kouryuukai (international student center). Kalau dapat yang ok, bertahan lah sampai 4 tahun. Tapi mostly, basikal tu memang tahan selama 4 tahun pun haha. Basikal itu adalah segalanya. Guna untuk pergi sekolah, pegi shopping groceries di Kanesue, pegi makan kappa sushi, pegi shopping barang letrik di KS Denki, mahupun pergi shopping baju cantik di Aeon. Semua tempat yang disebut memang cyclable. Memang ko akan mampu mengayuh sehingga ke situ lah maksudnya. Yang jauh2 kite pegi naik kete sport😝

+ Rumah kami dipanggil apaato
Kami duduk apartment, kami panggil apaato. Rumah kami basically berbentuk 4 segi tepat bersaiz 3depa x 10depa kot. Hahahaha taktau la nak cakap kot meter. Jangan dok bayang rumah doremon, diorang tu rumah family. Kami dok rumah bujang. Dalam ruang lebar 3 depa tu la kami habiskan selama 4 tahun. Tengok gambar, saya ada letak plan rumah bujang jepun. Kalau ikut depa budak laki, 2.5 depa kot jadinya eh.


+ Kami memasak sendiri
Memasak sendiri adalah perkara wajib di Jepun. Setiap kali balik Malaysia, kami akan bawak balik ke Jepun sebanyaaakkk mungkin perencah segera. Perencah nasi goreng kampung, cina, bihun goreng, paste tomyam. Siap beli sepapan, orang ingat aku nak pegi bukak kedai runcit kot kat sana. Bawak cili kering sekilo. Kicap kipas udang dan cili sos life adalah harta yang paaalinnggg disayangi.

+ Kami sebut university as gakkou/sekolah.
Jarang sangat sangat nak dengar student sebut daigaku/dai/university/uni. Kami sebut nak pegi sekolah, dekat sekolah, kena pegi sekolah, stesen bas sekolah, padang sekolah. Bila kami dah masuk 4th year, sebutan sekolah bertukar kepada kenkyuu/lab.
Kohai : kak imm jom g makan sushi,
Senpai : tengah kenkyuuu laa..takleh balik lagiii.😭

+ Kombini/convinience store adalah tempat wajib dikunjungi sekali, 2kali atau 3kali sehari.
Kedai 24 jam macam 7e tapi waayyy more menarik. Kite boleh melepak di situ. Ada banyak makanan menarik (carilah yang halal pasti ada). Paling senang, makan onigiri inti tuna mayonis. Makan aiskrim sambil tengok katalog nissen (website jual baju). Dekat kombini boleh bayar bil, boleh pos barang. Minggu exam dah tepu pala otak study kat rumah, pukul 4pagi boleh pegi kombini beli peach tea lipton dengan cheese stick.

+ ShoppingOnline adalah kegemaran semua student lelaki, perempuan laaagiiilah.
Shopping online jepun sangat seronok. Macam korang seronok shopping kat lazada lah. Kat jepun kitorang shopping melalui rakuten. Search je ape ko nak, insyaAllah semua ada.

Yang paling seronok ialah delivery service dia. Paling glemer guna poslaju kuroneko. Kita boleh set masa nak barang sampai pukul berapa. Untung2 kalau kedai kita beli barang tu dekat dengan area kita duduk, order barang pukul 8 pagi, boleh dapat pukul 5 petang hari yang sama. Delivery system dekat jepun memang sangat maju no doubt.

+ Internet adalah segalanya.
Kak imm rasalah kan, selepas waktu sekolah, 80% masa student ni habis depan pasokom (personal komputer). Dulu lah, masa henpon belum maju lagi. Sekarang hp dah maju, korang mengadap pasokom lagi ke weh, atau dah beralih arah ke mengadap hp je? Tapi whatever it is, internet memang penting lah. Internet jepun selaju cahaya korang tau dak hahah. Zaman kak imm dok sana tahun 2005-2009 pun internet hikari fiber punya speed dah 1Gbps, sekarang dah berapa entah. Student jepun bile balik mesia kena kejutan budaya, internet lambat gile sampai rasa nak hentak laptop. Haha

Hmm ape lagi ekk. Lain kali cerita lagi. Kak imm nak pg sedut ilmu bisnes dekat kelas telegram kejap.

#GifuDalamKenangan
👆
Korang klik label ni, nanti keluar previous entries pasal gifu yang kak imm pernah tulis sebelum ni. Enjoyss

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Followers