Tuesday, 8 November 2016

TAK CUKUP TAN'I, KENA RYUUNEN

Jom cerita pasal sistem sekolah (university) kat Gifu. Hanya untuk bacaan saja2  habiskan masa lapang rakan sebaya. Dan mungkin akan jadi info relevan untuk mama2 yang ada anak SPM. Dapat result SPM kang, boleh hantar anak belajar kat Jepun hiii.

Silibus pendidikan (tadika, sekolah rendah, menengah, sekolah tinggi, diploma dan university) bermula bulan April. Hari daftar sekolah tu kena feeling2 ambik gambar bawah pokok sakura ye.

Setiap kali sem baru bermula, kami akan ada guidance day. Bagi freshies, hari guidance ni kami akan dapat buku tebal tak ingat dah nama dia. Buku tu adalah buku rujukan sepanjang 4 tahun kami kat GiDai (Gifu University). Dalam buku tu ada rujukan camane nak follow sistem akademi dekat GiDai. Selain tu kami akan dapat jadual kelas sem tersebut, besar gile saiz A3.

Bagi seniors, hari guidance akan dapat result exam sem lepas. Maka guindance day adalah hari yang paling menakutkan, malam sebelumnya tidur tak lena dan malas mandi jadinya.

Dekat GiDai (atau semua universiti Jepun, kak imm tak pasti) guna sistem 単位 (tan'i) aka credit. Setiap kelas yang diambil akan dapat 1 atau 2 kredit. Syarat utama nak dapat kredit ialah KENA PASS EXAM. Kalau tak pass, tak dapat tan'i, maka tahun depan kena ulang lagi😭


Kelas kami ada 4 jenis.

+ 一般科目: 必修 ippan kamoku hisshu (General Subjects: Compulsory)

+ 一般科目: 選択 ippan kamoku sentaku (General Subjects: Elective)

+ 専門科目:必修 senmon kamoku hisshu (Specialized Subjects: Compulsory)

+ 専門科目: 選択 senmon kamoku sentaku (Specialized Subjects: Elective)
 
+ GeneralSubjectsCompulsary

Kelas2 asas yang ditetapkan untuk setiap course macam kelas Math, Fizik, Biologi, dan Specialized seminar. Kelas ni WAJIB LULUS. Untuk setiap kelas yang kita lulus examnya, kita dapat 2 kredit. Kalau tak lulus, silalah mengulang tahun depan (tumpang kelas junior la maksudnye)

+ GeneralSubjectsElective

Kelas2 yang boleh dipilih dalam kategori Sejarah,  Kemasyarakatan, Human Science, Phsycology, Sport, Bahasa Jepun, Bahasa Asing, macam2 ada.

Untuk Malaysian, kami diberi kelonggaran, boleh ambil kelas bahasa jepun dan diconvert ke bawah kategori bahasa asing. Masuk kelas, ada 3 orang je, (kak imm dengan 2 orang budak mechi) nak tidur dalam kelas pun tak boleh. Sepanjang sem tu sensei ajar mendalami dan menghayati lagu klasik. Vavavava

Kelas elective ni boleh ambil dengan budak2 course lain. So, pakat2 la dengan kawan lagi sorang untuk ambil kelas sama. Kelas yang kitorang sempat ambik bersama ialah sport, dan kami pilih joging. Ingatkan joging santai2, sekali sensei (dah tua okei) bawak joging pusing satu kampung gifu, gile semput nak mampus hahahaha. Kitorang selalu mengelat, tapi nasib baik sensei luluskan😂😂😂😂

Dekat kelas general ni jugak kita berpeluang sekelas dengan budak fakulti lain. Inilah masa kak imm dok usha budak jepun nama junki. Dia fakulti ape, course ape pun kak imm taktau. Tau nama dia junki dengar masa sensei panggil nama amek kedatangan hahaha.

+ SpecializedSubjectsCompulsory

Kelas wajib course kita. Kalau macam kak imm amek course biomolecular, kak imm ada 50 kelas wajib ambil dan WAJIB LULUS dalam masa 3 tahun. Contohnya kelas tu dijadualkan pada tahun satu, tapi kak imm tak lulus, tahun depan kak imm kena mengulang tumpang kelas junior. Alhamdulillah, satu je kelas yang kak imm ulang, lagi 49 lulus sekali ambil je hohoho. (walaupun kebanyakannya dapat markah cukup makan saje hewhewhew)

+ SpecializedSubjectsElective

Kelas warna hijau tu kelas general untuk satu fakulti kejuruteraan (kak imm budak engineering tau haha). Kelas hijau kami boleh pilih nak yang mana. Cara kak imm pilih? Kak imm eliminated semua kelas yang ada perkataan FIZIK (heytchuu fizik). Yang lebih2 tu la kak imm pilih. Gamble kan hidup kak imm zaman sekolah dulu.

Untuk setiap kelas lulus exam kita akan dapat kredit. Untuk masuk final year, setiap course ada minimum kredit yang kena lepas. Macam kak imm dulu, kena ada 123 kredit untuk naik 4th year. Untuk kelas kuning dan purple (specialized compulsary dan general compulsary) kita dah dapat jadual waktu (yang besar saiz A3 tu) so takde masalah.

Untuk kelas hijau (specialized elective) dan kelas general elective (takde dalam gambar) kita kena adjust sendiri nak pilih apa dan make sure tak clash dengan kelas kuning. Sooooo, sewajibnya, habiskan (read : LULUSKAN) semua kelas elective ni pada tahun 1 dan 2. Sebab, tahun 3 kang jadual confirm penuh dengan kelas kuning, memang wajib bertindanlah dengan kelas general elective.

Kami selalu diingatkan supaya kira elok2 kredit tiap kali nak pilih kelas sebab by end of 3rd year, kalau kredit tak cukup seperti yang course tetapkan, maka kita takboleh naik 4th year. Ape maksudnya tu? Maksudnya kita kena ryuunen (mengulang tahun). Akibatnya, confirm pasti kita extend tak dapat graduate dalam masa 4 tahun yang JPA tetapkan.

Kak imm tak pasti ini kisah benar ke, atau cerita JPA saja nak suruh kami kira kredit betul2. Ceritanya, ada student yang kena extend sebab tak cukup kredit. Kelas wajib pecah kepala semua dah lulus, rupanya dia tertinggal satu kelas general. Kena extend hanya sebab kelas general adalah sungguh merugikan. Kalau takde iman macam budak jepun, dah tahap nak bunuh diri kekecewaan yang perlu ditanggung. Haaa gitu sekali.

4th year adalah tahun kenkyuu (research). Korang panggil final year project kan. Macam biasa, kena buat research dan thesis semua. Tahun keempat ni memang kak imm all out dan obsess dengan kerja lab dan research kak imm. Hasilnya, thesis kak imm masuk dalam oxford university journal huhu. Kenangan terbaik zaman university kak imm.

Adik2 yang baru nak mulakan hidup dekat jepun, boleh tanya seniors nak ambil kelas apa ye. Selalunya course yang ada seniors, korang takde masalah sebab seniors akan cakap kena ambil kelas sekian2. Bagi yang takde senior, sila rujuk buku tebal sekolah bagi tu sampai lunyai. Point paling penting, selalu kira tan'i ye.

Korang baca sampai habis jugak ke entry ni? Gigihnya haha. Korang nak kak imm cerita pasal ape lagi ye?

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671
Jyaa mata ne

Followers