Saturday, 24 December 2016

Slowly but Surely

Dah lama sebenarnya kak imm menyimpan angan nak upgrade stokis powergold, Alhamdulillah dimakbulkan juga akhirnya.

Tiba2 Allah bagi rezeki. Asbab dari encik suami dapat bonus hehe. Kak imm tak bajet pun dia dapat bonus. Tiba2 tanya,

"Sayang nak register stokis powergold tak?"

Of course naaakkkkkk hihi.

So, here we are. Gold'R'Us_Stokis.

Stokis powergold kelantan, mainly kawasan pengkalan chepa dan padang tembak. Bolehlah orang pade tembok nak berurusan jualbeli emas dengan kak imm. Yang dok jauh2 jangan risau, kite akan usahakan sehingga emas sampai ke tangan anda👍

Kak imm menjual dan mengedarkan produk emas dan perak. Goldbar/coin, dinar dengan platform powergold. Produk perak dan Barang kemas pun ada juga jual dan dari beberapa supplier barang kemas sekitar kelantan.

So, semoga rakan2 dapat bagi sokongan pada kedai emas kecik kak imm ni ye. Jom kita berurusan jualbeli emas dengan gembira hii.

Reveal nama tokei di balik tabir sikit.

~ Tapi tetap kak imm yang jaga urusan jual beli. Biasalah, kena letak awek cun dekat frontline, pelaris katanya ahakks~



#Bimetal ayat 1000 Dinar, RM 175 sekeping. Kite ada 2 keping je letgo. Lagi 8 dah berpunya.

Whatsapp kak imm tau
0179191671

How to : Cara buat blog baru

Entry ni kak imm copy dari blog lama, jadi penggunaan ganti nama diri masih "saya". Hahahah

Okei, kak imm buat tutorial PALING ASAS untuk create blog. Sape nak mula buat blogspot, baca sampai habis.

Memandangkan saya pengguna tegar yang telah menggunakan blogspot selama 10 tahun, entry ini hanya cerita camane nak create blogspot je ye.. (wordpress atau platform lain acik x pandai sile google sendiri :p)

 1) Buat satu akaun gmail
Untuk bina satu blog, paling utama anda harus ada akaun gmail. Kalau dah ada akaun gmail, bagus boleh teruskan. Kalau belum ada, pergi create akaun gmail anda dulu. 

2) Selepas create akaun gmail, buat carian di google dengan keyword "blogger dashboard" "create new blogspot" "blogger" dan apa2 lah asalkan keluar result yang paling atas "One account. All of Google. - Blogger" Klik link tersebut.


3) Anda akan dibawa ke page ini. Sign in dengan acc gmail anda.


4) Seterusnya anda akan dibawa ke page ini

Pilihan untuk guna google+ profile atau blogger profile. Google+ profile lebih mesra seo sebenarnye. Tapi saya sendiri lebih selesa guna blogger profile. ☺

5) Lepas klik pilihan profile, anda akan dibawa ke page di bawah. Saya pilih blogger profile, macam ni keluar pagenya. Boleh upgrade ke Google+ profile anytime. (Yg tu kita cerita lain kali ye). 

Dah isi display name yang disukai, klik continue to blogger

6) Seterusnya page ini akan keluar. Ramai orang salah faham kat sini. Dok tercari2 mana butang nak tulis entry hihi..tunggu tunggu tunggu ..Blog anda belum siap lagi lah. Anda belum ada blog lagi. Klik "New Blog" dulu.


7) Seterusnya anda akan dibawa ke page ini. Haa kat sini la baru proses create blog sebenarnya bermula. Yang kat atas2 tadi tu baru create profile je tau huhu.. Fikir tajuk blog yang cantik2 yang unik2 dan melambangkan kita dan url yang catchy dan mudah diingat. Semestinya yang melambangkan kita juga lah.

Dah isi nama blog, url blog dan pilih design blog, klik Create Blog

8) Tadaaaa.. akan keluar page macam ni.

Blog anda dah siap, tahniah anda telah mempunyai blog sendiri. 

9) Dah boleh tulis 1st entry anda. Yeyeayy. Rujuk gambar di atas, nampak gambar pensel oren kan? Klik pensel oren tu lalu keluarlah page ini

tulis lah ape yang nak ditulis pastu klik publish.

Untuk entry seterusnya pun sama lah. Masuk ke blogger dashboard, klik pensil oren untuk create entry baru.

8) Excited nak tengok rupa blog sendiri kan. lepas klik publish tadi, akan keluar page ini pulak. Klik View Blog dan anda akan dibawa masuk ke blog anda.


9) Ini lah design blog anda. Sangat basic takde ape2 haha. Tutorial untuk masukkan widget kita buat di entry lain ye. Sementara itu, enjoy your blog lah ye.
 

Phewww panjangnya tutorial ini. Semoga bermanfaat ye. Okei nak gi telan ostematrix pastu nak tidur.

Kak imm,
0179191671

Followers