Tuesday, 31 January 2017

MERAIKAN JANUARI

*sticky post sehingga 31 Januari 2017*
(scroll down for new posts yea)


Pejam celik kejap je, dah nak masuk setahun dah umur adik aqil. Jalan dah laju, mulut sentiasa bising nak bercakap, gigi je belum ade hihi.

Mami doakan adik aqil sentiasa membesar jadi anak yang sihat, ceria dan sentiasa di bawah lindunganNya. Mami, ayah, kakak aisya dan kakak hana saayaanngg adik muaahh.

Sooooowww, bagi meraikan bulan kelahiran adik aqil, kak imm nak launch satu offer tak masuk hakal punyee untuk semua yang berniat nak memulakan tabungan emas.

BELI GOLDBAR 5GRAM ATAU 1DINAR POWERGOLD, DAN DAPAT LESS RM 200 UNTUK YURAN KEAHLIAN POWERGOLD.

Nak tahu lebih lanjut, sile PM

"Nak offer birthday aqil" ke 0179191671
"Nak offer birthday aqil" ke 0179191671
"Nak offer birthday aqil" ke 0179191671

Disclaimer : 
- Offer terbuka untuk semua yang BUKAN AHLI POWERGOLD.

#GoldRUsStokis

LANGKAH UNTUK LATIH DIRI JADI JURUJUAL HEBAT

BERI KHIDMAT NASIHAT KEPADA PROSPEK SEBELUM MENJUAL

Khidmat nasihat sebelum menjual - Ini bahasa mudah. 

Bahasa Mat Salleh, ia dipanggil CONSULTATIVE SELLING. Apakah itu Consultative Selling?
.
.
+ Ia mengenai BINA HUBUNGAN. Hubungan harus dibina dahulu sebelum jualan berlaku. 

.
+ Ia satu proses menjual di mana kita fokus kepada apa yang pelanggan mahu. Bukan apa yang kita mahu. 

Kita tangguhkan dahulu meminta duit daripada pelanggan. Kita tangguhkan dahulu bercerita mengenai produk atau bisnes kita.

.
+ Kita tapis prospek. Tidak tamak mahu jual pada semua orang. Orang tamak selalu gagal menjual. 

Kita sudah ada ciri-ciri prospek kita mahu bantu. Fokus pada kumpulan mereka sahaja.

Kita sudah kaji 101 kebarangkalian soalan dan jawapan kumpulan sasaran ini. Kita sudah bersedia.

.
+ Apabila berkomunikasi dengan prospek, kita bertanya soalan. Soalan yang membantu untuk kita lebih kenal mereka. 

Soalan juga membantu untuk mereka rasa lebih selesa dan rapat dengan kita.

Lebih penting, kita tahu apa hasrat dan impian mereka, dan apa masalah yang mahu diselesaikan.

Kita respon berdasarkan jawapan yang mereka berikan, yang ada kaitan sahaja. Tidak meleret-leret. 

.
+ Kita latih diri untuk mendengar. Kita kawal perasaan membuak-buak mahu mencelah dan terus menjual.

Consultative selling berjaya apabila prospek lebih banyak bercakap daripada kita pada peringkat awal. 

Kita dengar dahulu. Tunjukkan kita prihatin. Kita rekod isi penting. 

Kita mula rancang apa yang perlu prospek lakukan untuk selesaikan masalah mereka. 

.
+ Kita educate prospek. Beritahu apa langkah yang mereka harus ambil. 

Kita sampaikan fakta.
Kita sampaikan informasi supaya pengetahuan mereka bertambah.

Kita ceritakan manfaat.
Kita ceritakan kisah positif pelanggan. 

.
+ Kita tawarkan produk dan servis kita. 

Sabar. Jualan biasanya tidak berlaku serta-merta.

Mungkin ada perkara lagi yang mereka mahu tahu.

Mungkin mereka tunggu masa lebih sesuai. 

Mungkin mereka bukan pembuat keputusan. Perlu minta pandangan atau izin orang lain terlebih dahulu.

Ini pentingnya aktiviti followup. Wujudkan jadual followup. 
.
.
Mary Kay merupakan salah satu jenama antarabangsa yang melatih wakil jualan mereka menggunakan kaedah consultative selling. 

Nota :

Bukan semua produk memerlukan consultative selling. Majoriti produk keperluan tidak perlu.


Tuesday, 24 January 2017

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

 Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asal kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk  mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.

Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada pelaksanaannya

#copynpaste
#TapiTaktauSumberAsalnya😊

Monday, 23 January 2017

TAK SANGKA AKU WANITA BESI (EPISOD 4)

Percaya tak walaupun kwn aku dah buat aku mcmtu, aku tak nangis langsung. Xde setitis airmata pun yg jatuh. Walaupun 3bln aku xde stok nak jual sdgkan sebelum ni phone hari2 berbunyi masuk order. Tiba2 senyap sunyi phone aku.

Terasa jgk kesannya.. Tp aku cuba utk terus jd kuat. Kan aku dah cakap aku dah sapu habis2 airmata dlm seminar IMKK Dr.Azizan. Aku tak nak nangis lg dah.

Bila agen2 tanya, customer tanya nak stok, Aku cakap stok terputus x tau bila lg ada.. Yg penting, kalau ada duit mereka dah ter bank in ke akaun aku, aku pulangkan balik.

Igt, XDE SIAPA NAK AMBIL TAHU APA MASALAH KITA. Better ada masalah apapun, x perlu cerita pd semua org. Biasanya yg nak dgr masalah kita siapa? Mak & ayah. Keramat hidup. Org lain cuma dgr telinga kanan keluar telinga kiri. Tak caya xpe..

Agen2 aku tak give up. Ramai yg sokong aku, diaorg merayu tolong la puan dila produk puan sgt berkesan ramai customer cakap dh mcm2 guna tp x puas hati. Produk puan mereka repeat order berkali2 siap kwn2, ahli keluarga pun beli sama. Produk pn mmg berbeza syg la kalau putus tgh jalan.

Tp ramai juga yg cabut lari. Aku dah byk belajar ragam manusia. Sb tu aku x hairan la hari ni dia suka kita, esok dia tak suka. Aku dah byk belajar dah.. Dia akn suka kita bila kita blh bg manfaat. Dia akan suka kita bila kita ikut telunjuk dia. Bila kita tak berguna utk dia, ramai yg lari pecut 100 meter. Beringatlah selalu & sediakan payung sebelum ujan.

Customer & agen aku skrg dr tahun 2012 pun ada lg yg masih setia. Terima kasih la syg semua. Sy hargainya.

Bermula dari kejadian kwn aku tikam blkg tu..
Aku jd mcm berdendam. Maksudnya bukan nak balas dendam tp tiba2 dtg semangat berkobar2 hati aku jerit, KAU TUNGGULAH SATU HARI NANTI KAU AKN TGK SIAPA AKU.

Jahat jgk kan aku? Tp xpelah skurgnya2 aku tak give up. Aku tak akan mengalah dgn apa yg dia buat pd aku. Aku akan buktikan sesuatu. Aku janji pd diri aku sendiri. Aku bg semangat utk diri aku sendiri. Cukuplah org hina kau sebelum ni bangkitlah buktikan sesuatu. Jgn biar org pijak2 maruah kau. Camtulah hati aku berkata2.

Dlm masa 3bln tulah suami aku byk bantu cari jalan. Jumpa org tu jumpa org ni. Nak cari balik produk yg sama. Tp tak jumpa yg sama.. Allah beri lebih baik dr yg sebelumnya. Percaya atau tidak itulah kenyataan. Lebih baik & mendapat kelulusan KKM lg. Hebat aturan Allah cuma kita je kdg tak sabar.

Oh suami.. Masa aku buat sales kencang dulu dia x pernah tanya brp duit aku ada. Brp hasil jualan. Byk mana duit dlm bank. TAK PERNAH TANYA sedangkan dia tahu sales laju phone aku pukul 3 4 pagi pun masih berbunyi customer  order brg.

Tp bila aku jatuh, dialah yg susah payah cari jalan utk bawa aku keluar balik dari kejatuhan tu. Kau rasa?

Yg ramainya masa kita senang tulah bodek tak habis2... Masa kita down? sorry next timelah kita sembang bos.

Tiba2 waktu aku tersungkur tu kan..Allah hantar lg seorg insan ni melalui fb je. Aku tak pernah kenal dia. Tp dia byk pengalaman dlm bidang ni.  Mula2 aku takutlah dia ni siapa. Jujur ke tak. Bukan aku kenal pun.

Kami selalu chat di inbox. Dia cerita siapa dia. Apa dia buat. Aku pun luahkanlah problem aku pd dia. Sepantas kilat dia bg contact no.org2 yg dia kenal pd aku. Dia siap bgtahu.. Org ni boleh dipercayai. Org ni plk hati2 sikit. Supplier ni mcmni supplier tu mcmtu..sekiranya aku nak buat produk baru kata dia boleh contact nama2 yg dia beri tu.

Sekali lg aku terkedu.. Betul ke ni..? Aku tak pernah tahu semua ni sebelum ni. Ya Allah mcm gerun plk aku rasa. aku kena masuk ke dunia lebih mencabar. Sebelum ni deal dgn kawan aku yg tikam blkg tu je. Ini nak berurusan dgn company besar plk tu..

Aku byk share dgn dia & dia byk bg tunjuk ajar pd aku. Dia bg aku semangat, dia kata kita buktikan kita boleh berdiri atas kaki sendiri. Jgn mengalah. Aku bertambah semangat. Kdg tu sampai subuh aku chat dgn dia.. Kongsi idea & jalan cerita utk bangkit kembali. Masa ni xde siapa nak susah payah dgn kita.. Yg nak dgr gosip tu ramailah. Lps dgr dia tutup telinga balik & bwk mulut sana sini. Lebih baik jgn cerita pd sesiapa hanya pd org2 tertentu saja.

Masa tu aku sedar...aku tak cari kwn aku yg baik ni...tp Allah yg htr dia pd aku. Sampai hari ni, aku tak pernah jumpa dia lg.

Aku mula terfikir adakah sb amalan2 yg tak seberapa yg aku buat dari masa dulu, Allah balasnya skrg dgn kurniakan org2 baik & buka jln utk aku terus melangkah?

Igt, solat awal waktu, solat sunat, sedekah & baca Al-Quran. 4 amalan yg sgt2 luar biasa kesannya.

Aku pun mulakan langkah contact no. yg kwn aku bg td. Aku cuma contact 2 no.saja. Aku bgtau dia apa yg aku nak. Aku & suami pergi jumpa dia utk buat produk baru. Bgtau produk camana yg aku nak, dia pun bg cadangan apa yg patut. Terasa ada kejujuran di situ walaupun aku masih dlm mode berhati2.

Siapa tak serik kena tikam? Aku serik tp aku berani utk gagal & berani utk bangkit.

Ada duit ke nak buat produk baru?
Terus terang aku cakap, dlm simpanan cuma ada RM15k cukup2 hasil aku jual produk kwn aku dulu. Aku pernah kata, aku tak buat joli duit jualan. Aku kena bersedia sbrg kemungkinan yg akn berlaku. Dan ia jd kenyataan. Dgn duit 15k tulah aku bermula segala yg baru. Bangkit semula dari jatuh selama 3bln.

Bila dah dapat sample produk yg aku nak... Aku pening.
Aku tak tahu nak pilih yg mana. Aku bgtahu kwn aku lg.. Ada 2 sample ni tp dua2 bagus tp aku keliru nak pilih yg mana.

Dia cakap, buatlah istikharah. Bukan nak pilih jodoh je buat istikharah. Aku terkedu lg. Baiklah.

Aku buat istikharah setiap hari & 2minggu selepas itu Allah bg aku jawapan. Sampai hari ni aku masih setia dgn satu kilang ni sb..itulah jwapan yg Allah bg masa aku minta petunjuk dulu nak pilih yg mana satu antara dua tu.

Hari ni, customer selalu kata semua produk Mamadil terbaik. 90% customer Repeat order setiap bulan. Mcmtu mcmni.. Berkesan segala.

Satu rahsia aku nak bocor di sini.. Semua tu berkat solat sunat istikharah. Sampai hari ni.. Itulah amalan yg aku akn cuba tidak tinggalkan. Kita hamba yg lemah, setiap masa kita perlukan petunjuk dari Dia. Itulah rahsianya bila uol kata produk Mamadil semua berkesan. Sanggup kumpul duit utk repeat order.

Jawapannya.. Allah yg bg sb aku minta dgn Dia dulu sebelum aku buat. Produk dr pengilang mana pun insyaallah semua terbaik tapi...... Jgn letak Allah di blkg. Mintak dgn Dia dulu insyaallah Dia berikan yg lebih baik. Kita x pedulikan Dia lepastu kita nak Dia berikan yg the best.. Mcm x malu skit la muka kita.

Selepas tu aku dgr la cerita kwn aku yg tikam blkg tu buat cerita produk baru supplement anti_aging  yg aku akan keluarkan nanti ni ambil dari Thailand. Ada bahan terlarang kalau amalkan nanti jd sakit buah pinggang. Rosak dalaman bla bla bla..

Nak tahu dia racun siapa? Dia racun agen2 aku yg sedia ada tu.. Dia cakap jgn jd agen produk baru aku tu nanti. Bahaya..

Agen2 aku yg sedia ada tu apa lg berderu la wasap aku mintak penjelasan.

Aku rasa nak baling je phone kat dinding biar pecah berkecai. Tp aku cool je. Ada yg aku jwb ada yg aku ignore je. Last sekali kalau diaorg byk tnya sgt, aku bg je la kata putus kalau masih nak jd agen sy, silakanlah. Kalau xnak pun xpe sy xde hal.

Ada jgk yg bengang bila aku cakap camtu. Habis???? Aku je yg kena jaga hati kau? Kau tanya mcm2 soalan mcm aku ni penjenayah ada kau fikir apa aku rasa???
Kalau tanya elok2 xpe la jgk.. Ini tak.

Aku cuma boleh katakan... Bukan mudah aku nak lalui saat tu. Aku perlukan kekuatan yg luar biasa.

Dalam susah payah tu akhirnya bulan 4 2014 lahirlah supplment Women Love anti_aging MAMADIL. Aku yg jd testimonial pertama setiap produk MAMADIL yg ada hari ini.

Berkat sabar dgn ujian, aku mmg tak sangka sambutan sgt2 luar biasa tak perlu tunggu masa lama utk org beli. Dari 500 unit ke 1000 unit. Skrg 2016 ntah brp ribu unit terjual setiap bulan.

Apa yg special sgt supplement kan byk di pasaran?
1- Aku sendiri jd testimonial. Ramai yg tercekik tgk aku dulu mcm mak cik. Lps keluar supplement tu malas nak cakap la mcm siapa..

Diaorg kata jarang sgt founder yg jd testimonial.  Ada kelainan di situ kata mereka. Mereka mula follow aku... Sb teruja dari kurg cun jd mcm budak skolah. Gitu..... Biarlah aku puji diri aku sendiripun. Reward atas segala penat lelah aku.

Org yg buat produk MAMADIL dr awal sampai hari ini bukan calang2 org my dear.. Mereka org dari bidang perubatan. Mereka cipta khas R&D utk setiap produk MAMADIL. Faham tak maksudnya?
Bila dia buat utk MAMADIL, dia tak akan buat lg utk org lain. Exclusive utk MAMADIL sahaja. Sb tu uol selalu kata, produk MAMADIL tak sama dgn produk lain. Walaupun ada yg meniru apa kami buat, insyaallah tetap tak sama.

Itulah hadiah dari Allah yg sgt bernilai bg aku lps aku lalui pelbagai kesulitan.

Kami tak hebat.... ALLAH YANG BAGI.
CARI DIA DULU. Itu rahsianya.

Igt, sebelum nak buat satu keputusan.. Mintaklah dgn Allah dulu. Jgn rasa kita pandai. Minta dulu..

Ya Allah aku hambaMu yg lemah. Aku tak tahu mana yg terbaik. Kau berikanlah petunjuk buatku.

Bukan payah pun nak berdoa. Betul?

Tp... Jgn masa nak Dia je kita cari Dia. Lps Dia beri apa yg kita nak, kita mula tak sedar diri. Minta Allah jaga hati kita selalu.

Bila produk dah kencang, stok xde tempat nak letak, bulan 5 2014 aku pun berpindah tempat ke bagunan 1 tingkat. Aku buat ofis sekali di situ.

Disitulah segalanya bermula kebangkitan nama MAMADIL. Aku dah ada staff 2 org waktu tu. Aku handle sendiri ofis, stok, staff. Sbrg masalah & cabaran aku urus sendiri. Suami aku masih dgn kerja dia. Aku tak nak ganggu dia sgt.

Aku cuba tinggalkan ofis pd staff & bln 11 2014 aku mula berguru dgn #SifuFbAds hinggalah skrg. Korang pun ramai yg kenal aku melalui Sifu Fb Ads betulkan?

Lepas sifu share kisah "AKU SURIRUMAH KAMPUNG JE...zero to hero" bln 7 2015. Dari situlah ramai yg follow aku.
T.kasih sifu. Sgt byk jasa sifu.

Tp....lepas sifu share kisah tu..
Bermulalah episod seterusnya....

Bersambung...

P/s: Dah baca share ok semoga bermanfaat utk org lain.

Dila Mubarak
#FounderOfMAMADIL
#MAMADIL2016

TAK SANGKA AKU WANITA BESI (EPISOD 3)

Korang tau adik aku suruh buat apa? Dia suruh aku pegi kelas Dr.Azizan. Dia cakap dia dah join best giler.

Aku terpinga2.. Dr.Azizan sape tu..? Ini awal tahun 2013 umur aku 28. Adik aku pun terangkan la..

Aku cakap x nak ah. Mahal. Aku dah la terumbang ambing duit cukup2 mkn.. ni ko nak suruh aku keluar duit lg pegi kelas Dr.Azizan. Nak ke KL tu tol lg, minyak lg.. Makan lg..nak pakai duit semua tu.. Bertingket alasan aku bg. Alasan yg tak dibuat2. Mmg duit aku semput.

Mula2 dia pujuk lg aku suruh pergi jgk. Aku berkeras tak nak. Last sekali...
Dia cakap ikut suka kaulah.. Kalau kau nak teruskan hidup mcmtu, takyah pegi. Xde org nak paksa.

Eh sentap plk aku bila dia cakap camtu.

Last aku tergoda jgklah.. Aku pegi dgn adik aku kelas berniaga pertama kali seumur hidup aku. Ank2 aku bwk sekali.. Kwn adik aku tolong jaga masa aku masuk kelas. Betapa aku xblh nak berenggang dgn ank. Sanggup bwk kiri sorang kanan sorg. Dalam perut ada lg sorg. Tumpang kereta kwn adik aku tulah. Aku xde duit nak byr tol, minyak semua tu.. Ada pun utk buat makan je. Sedihlah plk tiba2.. :(

Nama kelas tu, BERANI BERNIAGA 2013. Takyah bayar mahal kelas ni.. Ini mcm kelas pengenalan jela. Tak silap aku yuran Rm50 kot.. Yg mahal2 tu kelas lanjutan. Mmg la mahal..ilmu kan.. Org nak ajar tu dah kira ok..igt mudah org suksess nak share ilmu dia kat kita? Kalau semua nak bg free.. Percayalah tak ramai yg hargai benda free!

Lps aku pegi kelas tu, balik rumah mcm biasa rutin aku duk kedai.

Seminggu aku termenung. Apa aku nak buat ni. Aku dah nampak sinar sikit lps pegi kelas tu tp masih x tau nak mula dari mana. Apa aku nak buat.

Lps seminggu, Allah bg jalan... Ada produk atas rak dlm kedai yg kwn aku mintak jual tp xde label. Xde brand. Aku terpikir jgk camana la org nak beli nama pun xde. Bermula dari situlah segalanya bermula hingga adanya MAMADIL hari ini.

Allah bg idea, ambil produk tu buat brand aku sendiri. Aku apa lg.. Cepat2 tanya kawan aku tu. Aku nak buat jenama aku sendiri boleh? Susah nak jual sb xde jenama. Kwn aku cakap, ok boleh. Xde hal. Nanti aku supply kat kau. Orait cantik....

Tahu tak perkara pertama yg aku buat?
Aku cari mangsa. Misi aku dptkan testimonial. Makcik2 kat pasar tu ramai yg kulit bermasalah.. Aku kerjakan la diaorg. Mula2 berniaga mcm biasalah kena sanggup rugi dulu sikit. Aku bg free produk tu utk dptkan testimonial diaorg. Bila dah menjadi apa lg diaorg hepi sgt la... Dah jd mcm cindorela.

Kecoh jgk la kat pasar tu m.cik jual misup dah comey lotey.. Jual misup pakai heel you sb rupa dah cantik, body cun ramai yg tegur.. Pakai apa? Guna apa? Diaorg pun berjemaah la beli produk brand aku baru cipta tu..masa tu bukan nama MAMADIL.

Apa lg aku buat? Ambil gambar sebelum mereka guna & selepas guna. Testimonial tu aku share di fb. Ada jgk yg kecam diaorg kata gambar edit gambar edit. Kecewa aku.. Aku buat kerja letih2 kau kata aku edit? Aku nak edit camanapun x reti itu tahun 2013 x de kamera phone canggih sgt mcm skrg. Kalau ada pun x femes mcm skrg. Aku pun x tahu kewujudan kamera filter waktu tu.

Ada yg kecam ada yg xcited. Aku mulakan langkah kedua, pergi cari tempat buat packaging tu semua. Bwk perut ok prgnant ank ke 3. Ke hulu ke hilir dgn bwk 2 org lg ank.
Penat kau x yah cakaplah... Tp aku nekad aku nak keluar dr kesempitan hidup. Aku nak tebus balik masa ank2 aku yg dah byk terabai di kedai kecil tu. Aku rasa bersalah kat ank2 aku. Penat, alahan lg, kaki kejang kdg tu jln smpai terhincut2 aku dah x peduli dah.. Semua tu letak tepi. Aku nk buat sampai jadi! AKU NAK SUKSESSSSSSSS!!!!! Mcmtulah hati aku teriak. Menangis pun cuma dlm hati. Semoga Allah bantu aku.

Akhirnya siaplah packaging..cantiklah sikit ada nama, duk dlm kotak..org yakin la skit nak beli. Yg terlindung itu la yg mahal drpd terbukak terdedah org tak nak. Org pandang & tanya saja...lg pun nampak murah kan.............

Kerja aku di kedai hari2 duk depan laptop sambil layan fb aku godek2 sampai aku blh buat page sendiri. Bukan payah sgt pun.. Walaupun masa tu aku mmg x tau sgt pasal IT ni. Main redah je.

Page yg pertama sekali aku buat namanya, KULIT LICIN GEBU GEBAS. Tahun 2013. Skrg dah bertukar namanya Beauty Sara HQ.

Setiap hari aku share produk. Share testimonial. Sampai satu masa aku tahu ttg fb ads. Aku dah lupa camana jumpa fb ads. Aku pun mula cari guru utk belajar fb ads. Ternyata waktu tu tak ramai org guna fb ads, sambutan sgt2 menggalakkan. Lg pun zmn tu rules fb ads tak mengarut mcm skrg. Skrg rules dia dh mcm x masuk akal pun ada. Sb tu skrg ramai org give up nk buat fb ads. Aku? Skrg kdg2 naik fed up jgk tp disebabkan brand MAMADIL dah kuat la jgk, follower ramai.. So kdg aku tak buat fb ads 2bln pun sale maintain jgk. Kalau buat ads lglah mencanak sales tu naik. Insyaallah. Kena belajar tambah channel la.. X blh berharap pd satu medium saja.

Ok berbalik semula.. Dah belajar buat ads tu..sales kencang! Terkejut pun ada selama ni nak buat sales seratus sehari pun sakit.. Lps buat ads nak dpt 2ribu sehari senang2 je. Ya Allah rezeki apa ni tiba2 jd camni.

Kwn aku yg supply produk tu pun hepi sgt la dia. Yg lelahnya aku nak marketingkan produk.

Aku jd xcited gila. Sb x pernah dpt sale senang mcmtu. Aku cari lg guru. Upgrade ilmu. Sb over xcited aku kena tipu la dgn sorg mamat ni & wife dia. Elok je pasangan ni buat kerja tipu org. Xpe aku x nak ungkit biar dia jwb la depan Allah mati nanti.

Setiap hari ada order masuk.. Phone x brenti berbunyi. Seronoknya waktu tu ya Allah. Tak habis2 aku ucapkan syukur. Duit sales tu, aku tak lupa bg utk mak ayah aku. Mertua aku. Aku blh bantu suami aku setel sikit2 hutang lama masa dia hilang kerja dulu. Baru rasa lega sikit. Syukurnya..kalau tak, hidup rasa serabut je sb xtau camana nak byr hutang yg byk tu.

Semuanya aku handle sendiri. Buat marketing. Layan order. Packing order. Pegi pos laju pos brg customer. Perut dah sarat waktu tu. Nak pegi pos brg tu kan sebelah petang dlm pukul 4.. Aku tutup sekejap kedai. Aku bwk la 2 org lg ank aku tu.. Bwk brg lg kiri kanan. Dah mcm org x betul aku tgk. Patutlah org kat situ tgk2 je. Agaknya diaorg pikir apabendala dia ni nak pos kiri kanan bwk beg plastik. Kdg tu kotak2.

Aku dah tak peduli dah..org x tahu apa yg aku alami, apa yg aku lalui. Xde masa aku nak fikir apa org kata.

Akhir tahun 2013 bln 12 aku pergi seminar Dr.azizan IMKK. Aku dah simpan duit sikit nak masuk kelas lg utk upgrade ilmu. Kali ni hati aku kental sikit aku tinggalkan ank2 kakak ipar aku tlg jaga. Walaupun menangis sepanjang perjalanan sb rindukan ank2. Waktu tu baru lepas pantang ank ke 3 namanya RIZQI. Sb masa mengandungkan dia walaupun susah payah, dr situlah Allah beri rezeki lebih. Sb tu namanya RIZQI. Lps pantang, aku terus keluar cari ilmu. Aku pergi dgn suamiku. Aku mula sedar, utk suksess paling penting mohon pertolongan Allah, restu suami, ibu bapa, restu guru & upgrade ILMU!

Inilah kelas yg buat aku terus berubah jd org baru seperti bayi baru lahir aku rasa. Aku jd seorg yg positif gila. Aku jd seorg yg bersemangat waja. Aku dah sapu airmata habis2 masa dlm seminar IMKK tu. Aku byk berikrar & berjanji pd diri aku sendiri. Byk perkaralah yg merubah aku dulu dr seorg penakut, kurang sabar, pemikiran negatif. Lps balik dr IMKK semua tu dah hilang ntah ke mana. Aku jd seorg yg cool lebih sejuk dr air batu kot.

Org nak mengata aku ke.. Nak apa ke.. Dlm hati aku kata 'lantak kau'
Aku dah puas menangis. Skrg masa utk aku fikirkan kehidupan aku, ank2 aku, keluarga aku, mak ayah aku, org2 susah, ank yatim, semua tu perlukan bantuan aku so aku kena jd org kaya!

Lps balik kelas Dr.Azizan tu..

Allah tak bg senang2 apa yg aku mintak. Dia uji aku jatuh semula.

Aku akan igt tarikh 1/1/14, kwn aku tu dah tak nak supply lg produk dia utk aku. Dia demand habis. Bercakap dgn aku pun mcm aku kena merayu nak dptkan stok. Balance stok yg ada kat kedai aku semua dia kebas. Licin dlm almari. Dia kata, kalau nak, bayar dulu baru dpt brg. No cash no stock. Dah x nak main hutang2 lg.. Sebelum ni mmg ambil hutang tp tak lama.. Setiap minggu dia htr stok, Aku akn byr stok yg minggu sebelumnya. Maknanya setiap minggu aku byr hutang dia.

Last sekali aku tahulah.. Dia nak jual sendiri produk tu. Dia nak buat brand sendiri.

Aku terkedu. Sampai begitu sekali...sampainya hati..selama 3bln aku xde stok langsung nak jual. 3bln xde hasil. 3bln aku & suami cari jalan apa kami perlu buat?

Bersambung...

P/s: Uol dah baca share tau. Moga2 org lain dpt manfaat uol dpt pahala insyaallah -:)

Dila Mubarak
#FounderOfMAMADIL
#MAMADIL2016

TAK SANGKA AKU WANITA BESI. (EPISOD 2)

Setiap hari aku jaga kedai sendiri. Nak pakai pekerja buat apa.. Bukan sibuk sgt pun. Kdg2 sehari ada sorang je pelanggan masuk. Ini cerita tahun 2012.

Setiap pagi aku siapkan 2 org ank aku utk htr ke tadika. Sorang 6thn sorg lg 4thn. Waktu nak ambil diaorg balik tadika, aku tutup sekejap kedai tu.. Lps ambil diaorg dr tadika aku pegi kedai balik. Ank2 setiap hari ikut aku duduk kedai. Pukul 6ptg baru balik rumah.

Kdg tu kan.. Nitis air mata sb satu hari xde jualan pun. Dari pagi jaga kedai, dgn ank2 sekali tp x ada hasil pun. Sebak sgt rasa bila tgk muka ank2. Biasanya sebelum tutup kedai diaorg dah tertidur kat blkg kedai tu aku sediakan ruang sikit utk berehat. Kat situlah ank2 aku tidur.

Pukul 6ptg nak tutup kedai, bila diaorg dah tertidur, Sorang2 aku angkat masuk kereta suami aku. Aku bergilir2 kereta dgn suami aku waktu tu.. Kereta cuma ada sebiji aje. Suami aku pergi kerja tumpang kawan dia. Masa angkat ank tidur nak masuk dlm kereta tu kan.. Aku x tau nak cakap mcmana pilunya rasa hati bila tgk wajah diaorg tidur. Dahlah hasil xde.. Masa seharian habis mcmtu je..Kesian diaorg hari2 tunggu aku kat kedai sampai tertidur. Boring kata mereka. Nak balik nak main dgn jiran sebelah rumah. Tuhan jela tahu hati aku kala tu. Aku rasa mcm tak berguna apa yg aku buat.

Setiap hari di kedai aku selalu fikir apa aku perlu buat utk majukan kedai ni. Tak kan nak tunggu je org masuk. Ini bukan kedai makan..org lapar org brenti makan. Ini kedai jual produk kecantikan. Hari2 di kedai aku layan fesbuk. Tgk you tube kuliah Ustaz Azhar Idrus okay. Kan masa tu fenomena Ustaz You Tube. Itu jela yg aku buat.

Ok di sini bermula langkah perubahan aku.

Kini setiap pagi di kedai lepas htr ank pegi tadika, dalam pukul 10pagi aku akan buat solat sunat Dhuha. Setiap hari.

AMARAN: Jangan kata aku buat semua tu sb nak imbuhan dunia ya. Sb aku x tau apapun waktu tu. Yg aku tahu setiap hari aku dgr kuliah Ustaz Azhar Idrus byk menyedarkan aku dekatkan diri, dekatkan hati, jiwa dgn Tuhan.
Ustaz selalu sebut kelebihan sedekah. Aku terasa spt dapat jawapan persoalan yg aku tertanya2 setiap hari apa aku perlu buat.

Aku mula bertindak.

Sunat Dhuha setiap pagi. Bersyukur walaupun jualan sehari dpt Rm10 je. Jgn merungut. Dekatkan diri dgn perjuangan Islam. Berniaga cari keberkatan. Jgn rembat je asal masuk duit. Aku selalu dgr ustaz kata, jgn guna model tak tutup aurat utk lariskan jualan.
"Mung kaya saja tak guna kalau xde keberkatan. Di Akhirat esok2 Allah tanya mung nak jawab apa?"
Ayat Ustaz Azhar tu aku pasak kemas dalam jiwa raga. Mcm2lah semua berkait dgn agama. Gerun plk aku rasa. Mampukah aku nak jadi usahawan beriman? Usahawan yg berpandukan agama? Mampukah aku?

Sampai hari ni, testimonial produk aku, aku cuma share yg tutup aurat je walaupun kurang sempurna. Kalau ada pun yg tak tutup aurat terang2..walaupun testimonial tu gempak gila mmg boleh buat sale berganda, aku tak share. Aku takut sb benda tu aku dah dgr dlm kuliah Ustaz.  Ustaz kata, nanti beratus lg org share, dosa beratus org share tu kita tanggung sekali sb kita yg mula2 share. Kita pencetus. Aku takut.. Aku tak tau nak jwb apa depan Allah nanti. Mcm baik sgt aku ni kan... Tak.aku byk dosa cuma aku nak belajar jd lebih baik.

Depan kedai kecil aku ni pasar tau.. Setiap pagi lepas Sunat Dhuha tu aku pergi la beli makanan skit utk sarapan kat kedai. Aku suka beli keropok panas kat pasar tu. Ini yg aku buat..aku beli lebih keropok tu sb setiap hari kat depan kedai aku tu ada kucing suka melepak. Kdg2 dia tidur kat situ. Aku beli lebih.. Sampai kat kedai aku bg kucing tu makan keropok panas2 yg aku beli td. Seleranya dia.. Nasib baik tak cicah dgn sos :p

Kalau ada org dtg kedai mintak sedekah, aku bg jela Rm2 ke Rm5 ke.. Walaupun org2 kawasan tu dah pesan, kalau ada org dtg mtk sedekah jgn bg. Tipu je dioarg tu semua. Aku tak kisah pun.. Bukannya aku byk duit. Aku bg jela 2ringgit. Yg nyatanya mmg aku bg x kiralah rupa dia mcamanapun. Dia nak berlakon ke apa ke itu dia jwb sendirilah depan Allah nanti.

Sungguh waktu tu apa yg aku buat, aku tak pernah letak harapan pun Allah akan balas sebegini rupa. Aku buat sb aku rasa ok je kalau aku buat. Tak rugi apapun. Aku tak pernah bermimpi pun kedai kecil tu akn bertukar jd bagunan 3tingkat spt skrg.

Nampak tak betapa baiknya Allah.. Kita buat sikit Dia balas byk sungguh. Tak tahu bagaimana rasanya nak bersyukur.

Walaupun waktu tu jualan xdelah hebat sgt. Duit masuk pun boleh buat pusing modal. Untung ada sikit.. Tp aku tak pernah guna duit untung tu. Aku takut sekiranya berlaku apa2 dari mana aku nak dpt duit lg? Sb tu duit untung walaupun tak byk aku simpan je.

Skrg kan aku tgk org berniaga.. Duit modal sekali mereka guna buat joli. Asal nampak wow hebat! Camana nak kembangkan perniagaan kalau mcmtu gayanya.

Aku masih dgn pakaian biasa, kereta biasa.. Xde la nak tukar itu tukar ini. Berniaga baru tanam benih jgn gelojoh sgt nak nampak mewah di mata org. Kita yg sakit nanti. Itula yg aku tanam dlm kepala waktu tu. Biarlah org kata.. Dah setahun berniaga xde nampak perubahan apa2pun...Mcmtu la jgk.

Kau makan gaji sedap la kau cakap.. Cuba kau berniaga aku nak tgk mampu jual tak pen sebatang. Kalau tak mampu jual tak yah sembang la.. Aku dulu brutal skit hu3.. Skrg je nampak ayu gitu..

Selama setahun aku jaga kedai tu akhir tahun 2012 aku rasa aku dah x nak teruskan lg. aku rasa mcm x nampak jalan dah camana nak majukan kedai tu. Modal besar, untung tak seberapa. Nak bayar mcm2 lg.. Nak bayar bank lg yg modal 20k mula2 aku guna nak berniaga tu. Tak tidur mlm jgk la aku duk fikir camana nak buat. Tak nak berniaga lg dah.. Tp hutang bank nanti camana aku nak bayar? Hutang masa zmn suami aku hilang kerja dulu pun bertingkat lg nak kena bayar. Camana aku nak buat.. Aku fikir sorg2.. Aku sedih sorg2.. Aku tak tau nak rujuk pd siapa. Aku pendam sorg2 aku x share pun dgn suami aku. Aku x nak dia fikir apa yg aku rasa ni. Biar dia buat kerja dia.

Bila suami aku tanya camana sale hari ni? Ok?
Aku jwb je ok alhamdulillah -:)
Walaupun sebenarnya....Xde sale :(

Aku dah xde arah sgt aku bgtau adik aku.. Kau nak kedai tu kau ambik la.. Aku dah x nak berniaga lg. Aku x tau nak buat apa lg dah. Buntulah. Ambiklah aku mmg dah betul2 x nak teruskan lg. Aku rasa buang masa! Aku kesian kat anak2 aku setahun diaorg membesar dlm kedai yg sedih tu..terperap diaorg kat situ. Xde life. Bosan tunggu aku tutup kedai pukul 6ptg sampai diaorg tertidur kat blkg kedai.

Tp aku terfikir jgk..kalau aku tak berniaga lg malulah aku. Mesti org gelakkan aku nanti. Yg paling buat aku nak ubah kehidupan aku tu nak tau pasal apa? Sb masa aku berada dlm zon susah tu.. Org layan kita mcm kita xde perasaan. Mcm kita ni sampah. Org luar la bukan adik bradik kita. Kdg tu org pandang pun tidak kita masuk kedai letrik nak beli brg. Aku akan igt smpai bila2 sorg hamba Allah ni kata aku bangsat papa kedana. Bila aku kenang balik ayat ni air mata bergenang confirm. Rasa hina sgt.

Lps bgtau adik aku hasrat aku x nak berniaga lg tu, dia marah aku balik.. Korang tau dia suruh aku buat apa?

Bersambung...

P/s: Dah baca korang share tau.. Mana tau org lain dpt manfaat uol dpt pahala. Insyaallah...

Dila Mubarak.
#FounderOfMAMADIL
#MAMADIL2016

TAK SANGKA AKU WANITA BESI. (EPISOD 1)

Namaku Dila Mubarak. Skrg org panggil aku Dila Mamadil sb aku pengasas produk kecantikan, kesihatan & kosmetik jenama MAMADIL.

Mula2 mereka igt MAMADIL ni produk utk ibu2 bersalin@produk utk bayi2... Rupanya eh salah. MAMADIL produk utk MAMA HOT! Hot di rumah. Ops terover plk aku ni. Masih berpewatakan gila-gila remaja walaupun umur dah 31thn, anak 3, suami sorang.
Asal dr Terengganu, membesarpun di Terengganu. Org kampung ni..bukan org bandor tau.

Followers MAMADIL tercipta al kisahnya bila mula2 aku ceburi bidang ni, aku buktikan akulah testimonial pertama produk keluaran MAMADIL. Mereka tak percaya. Betul ke asalnya mcm pokok getah tua skrg bertukar mcm Cindorela gitu.. Ramai jgk yg panggil aku Cik Ta. Cik Ta Zain Saidin tu.. Over kan diaorg. Manakan nak sama.. Aku lebih muda sikit je :p

Mereka tak percaya x apa.. Aku buktikan lg dgn testimonial gempak pengguna2 produk MAMADIL. Kekadang tu kan.. Aku tak mtk pun testimonial diaorg.. Diaorg sendiri yg sukarela send pd admin. Kata mereka, selama sy guna produk kecantikan, utk anti-aging segala tu.. Sy tak pernah dpt result mcm sy guna produk MAMADIL. Mcamana sy nak jd agen MAMADIL?

Itu namanya rezeki.. Tanpa terlalu susah payah, mereka sendiri dtg serah diri. Alhamdulillah Allah yg htr mereka pd kami.

Aku dah terlajak jauh ni.. Asalnya nak mulakan cerita dr awal bagaimana aku bermula sb ramai yg nak tahu. Penat la aku nak jwb sorang2.. So aku ambil masa sehari utk karang sedikit kisah jatuh bangun aku ni.. Ini baru episod pertama.

Yg tak kenal aku mesti tertanya2 kan siapa la dia ni... Mcm bagos sgt. Cuba la follow I.. Org kata tak kenal maka tak cinta. Ada juga mula2 cinta lepas tu cabut lari.
Gurau je.. Jgn serius sgt air muka cepat nampak tua -:)

Aku cuma org biasa. Ank org biasa. Bukan anak org kaya. Habis sekolah, umur 20thn aku dah kawin. Org lain sibuk sambung belajar, aku sibuk urus rumah tangga. Aku tak pernah fikir la masa depan aku camana. Ibaratnya... Aku serah pd Allah aturkan perjalanan hidup aku.

Mcm uol juga rmhtgga mana yg x de gelombang tsunami. Aku pun tak terlepas. Aku pernah kecewa, aku pernah rasa sakit seperti disiat2, aku pernah menangis terduduk sampai tertidur tak bangun2.

Aku lalui zaman kejatuhan sang suami. Serba serbi kena berkira. Duit ada cukup2 saja. Smpai masanya rumah nak dilelong.. Kereta wira yg byk berjasa tu dh bbrp kali nak kena tarik.

Bbrp kali org dtg rumah mintak hutang. Org dtg rumah cari suami aku.. Bukan along tau.. Court Mamot pun cari sampai rumah sb hutang byk tertunggak. Beli mesin basuh & peti ais je pun. Dah x mampu nak bayar...
Takutnya aku waktu tu.

Semua tu berlaku sbnya... Suami aku pernah kehilangan kerja selama 8bln. Selama 8bln tulah buat sajalah apa yg patut utk teruskan kehidupan. Nak beli baju anak pun xde duit. Tambah2 lg waktu tu nak raya... Tgk saja org lain shopping sakan. Aku hanya pandang sepi.

Aku selalu yakinkan suami aku, keadaan kita ni tak lama.. Kita akn keluar dr semua ni nanti. Yakinlah dgn kuasa Allah. Walaupun airmukanya nampak tak hepi..mungkin rasa bersalah sbgai ketua keluarga tak dpt berikan yg terbaik utk org yg dia syg. Mungkinlah...

Sampai skrg bila aku & suami kenang balik masa lampau, kitaorg selalu cakap.. Waktu kita susah dulu, kita tak pernah bergaduh pasal duitkan? Seingat abg x ada kita gaduh sb duit. T.kasih sb jd isteri yg baik.
Berbunga hati aku ni..

Imbau balik masa lalu.. Oleh krn aku dah tak tahan hidup dlm keadaan yg serba kurang, aku selalu cari idea apa aku nak buat utk keluar dr kepompong yg tak selesa ni.

Sampailah masanya, Allah dah aturkan Dia bg aku sebuah kedai kecil terletak di pekan berhampiran pasar. Di situlah segalanya bermula tahun 2011.

Aku dpt modal rm20k. Dari mana aku dpt? Td kata nak beli baju ank pun xde duit. Payah nak cerita kat sini camana aku dpt duit modal tu. Nanti aku cerita kemudian.

Sebelum tu aku cuba jual kain pasang dari rumah ke rumah. Aku pinjam duit dgn abg aku Rm1000 buat modal. Aku cakap pd suami aku, aku akan buat duit seribu ni jd 1juta satu hari nanti. Sembang lebat org kata.. Tp skrg alhamdulillah rezekiku lebat sekali.

Ok, dgn duit modal Rm20k td.. Bermulalah misi aku nak jual produk kecantikan. Campur2 brand. Mcm2 brand. Aku tumpang kwn ke KL ambil brg dgn pemborong. Kdg tu aku pegi dgn adik aku. Adik aku la yg bwk aku ke hulu ke hilir.

Aku dah mengandung ank ke 3 waktu tu..Pegi dgn Myvi ok bukan dgn Range Rover. Sakit pinggang, muntah tepi jalan.. Apa lg aku dah x igt.. Sambil tu aku bwk 2 org lg ank aku. Aku tak sanggup nak tinggal sb aku x pernah berpisah dgn ank2.. Dari kecil aku jaga sendiri..

Aku ni jakun gila. Bayangkanlah masa tu aku dah 7thn jd suri rumah sepenuh masa. Aku takut nak berdepan dgn org luar. Adik aku la yg jd jurucakap. Aku penakut. Skrg aku dah berani da...

Muat ke letak brg dlm kereta Myvi? Baru aku sedar... Bermodalkan Rm20k xdelah byk sgt dpt stok. Utk berniaga produk2 kecantikan ni memerlukan modal yg sgt besar. Aku tak pernah terfikir apa yg aku buat tu betul ke salah. Aku xde ilmu langsung. Yg aku tahu, aku minat. Dulu bukan ada mentor @ sifu mcm skrg. Ada tu ada la tp diaorg pun belum femes. Kita belum kenal.

Balik dr KL.. Bwk stok masuk kedai kecil tu.. Tak penuh pun brg dlm satu almari. Modal 20k satu almari pun x penuh? Habis tu??? aku nak kena ada brp k lg? Tak boleh jd ni..

Bermulalah aku berniaga.. Aku buat banner, aku buat flyer. Aku tak berguru dgn sesiapapun. Dari awal aku create idea sendiri. Tp skrg jika diimbas balik mmg kelakar la.. Proses belajar. Pengalaman tulah jd guru skrg.

Jualan hari2 adakalanya laju juga..adakalanya sendu sgt. Ada juga rasa nak menangis. Dgn anak lg 2 org lepas balik tadika, duduk kat kedai kecil tu dgn aku. Aku mmg tak bg org jaga ank2 aku.. Aku lebih tenang & bahagia bila ank ada depan mata. Walaupun kekadang mereka buat perangai, boring duduk kat kedai. Bukan kedai sibuk bukan kedai maju. Kedai hidup segan mati tak mahu. Bertambahlah sendu aku bila tgk ank mcmtu..

Bersambung...

P/s: Korang dah baca tlg share tau. Mana tau org lain dpt manfaat, uol dpt pahala. Insyaallah..

Dila Mubarak
*#FounderOfMAMADIL*
#MAMADIL2016

Sunday, 22 January 2017

A blessing in disguise

 فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka, nikmat TuhanMu yang manakah yang engkau dustakan?"
(Ar-Rahman,13)

Hasil dari meredah banjir, radiator n termostat rosak. Pheww. Tengah2 drive temperature naik tinggi.



Syukurlah rosak dekat2 bengkel kereta. Takdelah gelabah sangat.

Syukurlah mekanik tu dapat jumpa terus apa yang rosak. Takpayah tinggal kereta kat bengkel pun.

Syukurlah anak2 kecik tidur. Boleh cut masa kebosanan mereka menunggu.

Syukurlah bengkel tu dekat dengan surau. Dah maghrib, kereta belum siap repair, anak2 dah bangun, kite solat dan main2 kat surau dulu.

Syukurlah en suami tak cukup cash nak bayar bil, sementara kami pegi keluarkan duit kt atm, kami tinggalkan goldbar 2 gram dekat tokei tu. Balik bengkel nak bayar bil, tokei bengkel tanya2 pasal goldbar tu dengan penuh minat. Yeaayy free marketing untuk kami haha.

A blessing in disguise orang putih kata.

Alhamdulillah

Wednesday, 18 January 2017

Cara nak jana duit cepat dengan emas

Ada la beberapa orang tanya kak imm camane nak untung cepat dengan emas?

Alamakk korang salah approach orang la hahahah..

Dengan pengalaman putik jagung kak imm ni, jika ditanya camane nak buat duit dengan emas, kak imm hanya mampu jawab, korang juallah emas. Buat trading. Join powergold, buat networking. InsyaAllah masuklah income.

1 Dinar, seberat 4.25gram

Kalau nak tanya ilmu melabur dengan emas tu kak imm tak pandai, sori.

Jujur kak imm bagitau, kak imm berpegang pada konsep simpanan emas untuk masa depan. Masa depan tu as in 10 tahun lagi.

Oooo lambat lagi laa nak nampak ape kebaikan emas ni ye, kena tunggu 10 tahun lagi.

Ehhee simpan emas ni macam tonton drama bersiri. 10 tahun tu kira final episod la. Untuk sampai ke finale, ada beberapa episod yang membawa keseronokan tersendiri. (Perghh ayat macam pengarah filim dah hahahh)

Yang besar 5gram, yang kecik 1gram


Contoh episod2 seronok menyimpan emas

+ Sebulan simpan 1gram, 12 bulan ada 12 gram. Bile congak2, wahh dalam setahun aku ada ±RM 2000 saving. Seronok!!

+ Aura emas ni lain macam sikit. Once dah masuk tabung memang saaayaanggg gile muah2. Datanglah viral tudung itik ke, baju angsa ke, insyaAllah emas gagah melawan nafsu membeli belah tu. Rasa macam kitelah wanita paling kuat di dunia. Seronok!!

Ce kalau ada duit RM 200, nescaya ringaann je tangan tu nak klik2 order kan?😏

+ Cerita pasal aura emas lagi, bile kite dah ada 1 gram, nescaya dia mampu "tarik" kawan2 die yang lain. Sedar tak sedar, kite dah ada berpuluh gram dah. Seronok!!

+ Harga emas sentiasa meningkat. Tahun 2015 kite beli harga RM 156 segram, tahun 2017 harga beli balik dia dah RM 180 segram. Kita dah jana RM 24 setahun. Kalau ada 10 gram? Lek lek pisang je jana RM 240 setahun. Kalau 10 tahun? Wahh imagine pun dah rasa seronok!!

+ Kite ada emas confirm kite ada duit. Kite ada 10 gram emas, kite confirm ada ±RM 1800. Seronokkk!!!

Haa, seronok kan episod pertama simpan emas ni. Kak imm percaya episod 2,3,4,5 bla bla bla akan lebiihhh seronok.

Jom simpan emas. Pastu kite seronok sama2😘

~Kami ada buat promo beli 5 gram, dapat less RM 210 yuran keahlian powergold. Berminat boleh whatsapp kak imm terus. 0179191671~

#GoldRUsStokis.

Jyaa mata ne

Tuesday, 17 January 2017

CERITA KAK IMM DAN BAHAN MASAK FROZEN

Korang kalau nak tahu, kak imm tak pandai memasak dengan bahan2 berserbuk hahha. Serbuk kari ka, serbuk kunyit ka, serbuk lada ka, serbuk ape jelah, memang kak imm tak reti guna okeh.

So, masa study dulu, setiap kali cuti, bila nak balik jepun balik, kak imm gigih bawak kunyit hidup sekilo dan lengkuas hidup sekilo, serta cili kering sekilo. Halia takpayah, dekat jepun ada jual. Serai kite tanam dalam pasu dekat beranda.

Pastu kunyit lengkuas tu kak imm potong saiz sekali masak, masukkan dalam ziploc, dan frozenkan mereka. Cili kering takpayah laa letak dalam peti.

Perangai frozenkan bahan masak ni kak imm bawak sampai sekarang hihi. So, dalam peti kak imm ada kunyit, lengkuas, halia frozen. Daun kesom, daun pandan, daun limau purut. Daun kari dah habis, nanti nak pegi topup.

Tokpa kite penanam pisang yang berjaya. Tiap kali balik kampung mesti dapat stok pisang kapas 2,3 sikat. So, tunggu pisang masak, buang kulit, masuk ziploc, frozenkan pisang jugak. Nak buat jemput2 kang, thawkan, lenyekkan saja.

Benda2 frozen ni tahan lama. Daun kesum tu dah berkurun lama kurasakan dia dok dalam peti tu, elok2 je lagi tau. Kak imm tak pasti perubahan rasa die cane, kak imm rasa macam biasa je. Masakan iols sedaapp je hahaha. Ahhh jamie oliver pun kata kunyit frozen n fresh rasa die dalam masakan sama je😎

Macam2 ada stok bahan mentah frozen kite😂


Masak asam pedas guna daun kesom frozen jugak


Korang wanita bizi mesti ada pengalaman beli bahan masak, tapi tak sempat masak. Sedar2 kunyit lengkuas dah kering. So, korang boleh tiru macam iols. Potong siap2 saiz sekali masak, bekukan mereka.

Hidup bahagia, feeling2 dok oversi pun ada😂

Kbai, iols nak lunch pula.

#GifuDalamKenangan

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Monday, 16 January 2017

BAGAIMANA VIVIX BANTU PESAKIT BUAH PINGGANG


Macam ni, proses metabolisma dan aktiviti dalam badan kita akan membebaskan oksigen aktif. Tapi dalam masa stress meningkat, penghasilan oksigen aktif (omputeh panggil reactive oxidative spesies, ROS) jadi tak terkawal.

ROS yang tak terkawal tadi boleh merosakkan sel buah pinggang. Makin kita stress, makin banyak bebaskan ROS, dan makin cepat la sel buah pinggang rosak. Bila sel buah pinggang rosak, menyumbang kepada kegagalan fungsi buah pinggang. Jadilah sakit buah pinggang.

So, macam mana vivix boleh bantu?

#1) Vivix adalah antioxidant yang berupaya mengurangkan penghasilan ROS. Bila ROS kurang, kita boleh melambatkan kerosakan sel sekaligus progress sakit buah pinggang pun menyelowlah jugak.

#2) Vivix berupaya membina sel baru. So, vivix akan buat sel2 baru menggantikan sel rosak tadi. Bila sel dah baru, gejala dan simptom sakit buah pinggang pun turut berkurang.

Vivix boleh sembuhkan penyakit buah pinggang tak?

Boleh, tapi dengan beberapa keterbatasan lah. Maksudnya,

Kalau pesakit masih muda remaja, tahap kerosakan buah pinggang pada tahap sederhana, pengambilan vivix boleh membantu pesakit repair semula bahagian rosak dan ganti baru. Penyakit mungkin boleh sembuh.

Tetapi, kalau pesakit dah warga emas, tahap kerosakan pun dah kronik, pengambilan vivix boleh membantu mengurangkan gejala sakit. Harapan tipis untuk sembuh macam orang2 muda, tapi keadaan kesihatan pakcik ternyata akan lebih cantik dan marvellous berbanding sebelum ambil vivix.

Pesakit buah pinggang yang nak ikhtiar dengan vivix? Meh whatsapp kak imm, 0179191671

#promoVivix tinggal 2 minggu je lagi.

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Thursday, 12 January 2017

CHECK KREDIT TEPON ADA RM 2 JE

(kak imm memang guna prepaid je dulu kini dan selamanya)

Call umi sembang2 pagi.

Um : Ehh kak, vivix tu sedap la.

Ki : Hoo sedap, berasa supo anggur.

Um : Mi nak kata sedap kesan dia la.

Ki : Oooo hahahahah

Um : Mi beraso senang dah nak b***k

Ki : Haa yo ko?

Um : Yo la, senang jah beraso. Mulo gak puah cemuh dok dale jambey.

Ki : Hoo mujo la. Ado lagi dop vivix umi?

Um : Nak abih doh. Berapo ya sebotol tu?

Ki : 400 lebih

Um : Olohhh mahalnyo, sebab tu pun sedap makan.(ada nada kecewa sikit)

Ki : Bulan ni ada promosi mi, jadi murah sikit la.

Um : Oooo tapi ratus2 jugok. Sedap makan vivix ni. (read : kesan bagus)

Ki : Takpo mi, esok bonus kak masuk, nati kak beli ko umi.

Um : Hooo mi nak sebotol deh (ada bunyi ceria di hujung sana)

Kak imm sayu di pagi hari.

Kawan2 dah tanya khabar kesihatan mak ayah? Jom berbakti selagi mereka masih ada.



#CherishThemRYG #promovivix

Wednesday, 11 January 2017

Bagaimana vivix membantu pesakit kencing manis.

Mula2 kita tengok apa simptom diabetis aka kencing manis ni

GEJALA PENYAKIT KENCING MANIS



+ Sentiasa letih dan lesu
+ Sentiasa merasa lapar
+ Sentiasa merasa dahaga
+ Jangkitan vagina pada wanita
+ Kebas kaki dan jari
+ Bermasalah ketika hubungan kelamin
+ Berat badan turun mendadak
+ Rabun dan katarak
+ Luka lambat/tidak sembuh
+ Kerap membuang air kecil

So, dah baca kan tanda2 penyakit kencing manis?

Pesakit kencing manis ni macam ni, bila dia makan manis, gula dari makanan tu tak jumpa pintu nak masuk ke dalam sel.

So, gula dok berenang-renang dalam darah je. Gula takdapat ditukar jadi tenaga, makan banyok letih lesu jugek.

Gula dalam darah bahaya, boleh jadi makanan bakteria. Bakteria membiak gemok beranak ramai2 berpesta makan gula dalam darah. Sebab tu bila berkudis lambat sembuh, ada yang tak sembuh langsung sampai kena potong.

Tapi bila amalkan #vivix/resveratrol,  ibarat gula jumpa pintu dan dapat masuk dalam sel, mengalami glucolysis dan jana tenaga untuk aktiviti badan.

Bacaan gula dalam darah normal, badan bertenaga.

Gitu.

Senang je konsep bagaimana vivix bantu pesakit kencing manis, tapi impact dia memang hebat. Ramai dah yang berpuas hati dengan vivix.

Kawan2 yang ada mak ayah penghidap kencing manis, jom kita pakat hadiahkan vivix kepada mereka.

Ceria hati mak ayah dapat hadiah dari anak. Bila mereka ceria, mereka otometik rajin makan vivix, pemgambilan konsisten memang significantly membantu menurunkan gula dalam darah.

Bulan ni, Jan 2017, ada promo vivix buy
6 free 1 @ 2 less 5% tau.

Whatsapp Kak imm, 0179191671, pastu bagitau nak hadiahkan dekat sape, nanti kak imm balutkan dan letak wish card cantik2.

Whatsapp cepat2 tau, Jyaa mata ne😘

APE BEZA SIMPAN DUIT KERTAS DENGAN DUIT EMAS.

 Jumpa balik gambar ni, so meh kita cerita.


Duit kertas tu duit 1000yen jepun. Sisa2 biasiswa, kak imm simpan selai.

Tapi dah terkoyak sikit, money changer taknak ambik. So, status dia sekarang jadi kertas takde makna dah.

Taktau lah kalau kak imm pegi nihon boleh guna lagi ke tak. Tapi nak pegi nihon tu bile lah agaknya hahaha.

Duit emas tu duit 10 dollar tahun 1907. Moyang kami mok aji beli dekat Mekah kalu tak silap, pastu dia bagi ke umi kak imm. Emas pound orang panggil.

Emas pound ada harga. Lebih  kurang RM 100/gram. Berat syiling ni 16 gram. Kalau jual confirm2 dapat RM 1600.

And consider dengan nilai sejarah dia, dekat ebay orang beli RM 2500~3000. And permintaan sangat tinggi, confirm ada buyer.

So, nampak tak beza simpan duit kertas dengan duit emas?

Duit kertas, kite punya sendiri 10 tahun lepas pun dah tak laku sekarang.

Tapi duit emas, siap boleh diwariskan ke cucu, cucu simpan dari 50 tahun lalu pun, masih laku dijual sekarang.

Nampak tak masa depan cerah kite kalau ada simpan emas?

#GoldRUsStokis

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Tuesday, 10 January 2017

Dah jumpa mana nak off autocorrect

Barulah feeling nak mengarang haha

Hp lama kak imm rosak. Peniaga online dengan hp dan internet berpisah tiada hihi. Takde dua ni memang serba tak kena hidup iols.

So semalam terpaksa jugak beli hp baru. Ikutkan kak imm, asalkan tepon boleh guna internet, boleh guna whatsapp, ape2 pun tak kisah, lagi murah lagi bagus haha.

Tapi en suami belikan asus zenfone max RM 735, mahal la kak imm rasa (kalau duit sendiri, baik aku beli emas hahah) tapi sebab en suami bagi, iols terima jew hihihi.

Ni dia tepon baru kitew. Agak berat compared to phone lama. So terasa lenguh dekat kura2 tangan

Isteri Solehah : Woww banyaknya duit abang
Suami Mithali : Abang ajat nak beli dinar sebenarnya

Alaaa terus kak imm rasa sayu dan piluuu bermain di jiwakuu.

Kak imm join powergold awal tahun lepas. Kire genap setahun lah bulan ni. En suami ok je, tak bantah dan sangat support dari segi tenaga. Balik keje dah malam pun still bawak kite gi ambil emas kat rumah stokis.

Warna gold, baru sesuwei dengan status kak imm tokei emas hahahahah. Tapi hp ni licin lah. Tangan kite tak berapa grip. Kak imm nak pegi cari cover kesat lah nanti.

Tapi kan, dia tak pernah tanya harga emas berapa, tak pernah ambik tau saving kak imm ada berapa puluh gram. Tak nampak berminat langsung dengan aktiviti emas kak imm ni haa.

Sampailah sebelum raya tahun lepas, 1st time suami kite risik2 harga emas.

8 bulan bini bernega emas, baru tanya hoii.

Lepas raya haji baru en suami kite beli dia punya 1st Goldbar 1gram. Sebab mase tu en suami bukan ahli, kak imm siap jual harga runcit lagi kahkahkah.

Kalau korang nak tau kenapa en suami kak imm tiba2 terbuka hati nak simpan emas, korang tanya Che Wan Aimi sendiri ehh, sebab kak imm sendiri pun taktau dia dapat hidayah ape.

Gambar pertama dalam tepon baru hihi


  • ~So bulan ni kak imm nak berkerja lebih gigih sebab nak hadiahkan 1 Dinar ke en suami iols pulak. Konsep take dulu, pastu kite give semula~


Doakan kite berjaya kumpul duit cepat2 nak bagi en suami benda ni huhu

Terima kasih abang belikan tepon baru😘

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Sunday, 8 January 2017

Semangat membara di jiwa

Semalam master kami anjurkan seminar offline untuk Rich Young Group buat julung2 kalinya.

Korang ada master mantap macam ni?

Huuu sesungguhnya kak imm bangga gile dapat join ryg. Master kitorang adalah bisneswoman yang tersangat bijak bestari brilliant beuty with brain. Haaa melambung2 kak imm puji hehe, tapi memang betul. Master cip memang layak dapat pujian camni sebab memang betul sifat2 dia gitu.

So semalam master cip buat seminar topik 20 cara marketing untuk boost bisnes kita ke tahap kebabommm.

Kak imm kecewa jugak sebab takleh join, tapiiii master cip nak bagi semua anak buah dia dapat ilmu macam yang peserta seminar semalam dapat, so dia buat CD kejadian semalam okehh. Brilliant sungguh la dr cip ni.

Oh by the way master cip kami tu doktor perubatan okeh. Dah resign untuk serius berbisnes shaklee and income shaklee dia sekarang dah cecah RM 50k sebulan.

Dan kelebihan lagi kami dok bawah didikan dia, kami punya ilmu vitamin dah macam ilmu doktor2 dah. Memang kami ditrain untuk consult customer dengan cara terbaik untuk membantu merawat masalah customer. Bukan setakat juai2 vitamin ye, kami akan bagi nasihat yang betul2 tepat untuk masalah kesihatan tuan puan. Gituuu.

Dan Dr Cip juga very business minded person. Adaaa je idea dia bagi kat kami untuk marketing dan tingkatkan sales kami. Hasilnya, bonus kak imm pun cecah 4angka bulan lepas hihi Alhamdulillah.

Wahhh berkobar2 entry kak imm harini ye. Takdapat pergi sobbs, tapi mari hiburkan hati dengan layan gambar seminar semalam.

bestnya korang dapat pegi seminar ramai2

ironlady dr cip dengan tops leader. 



ni baju rasmi group kami

siap ada sesi leleh2 air mata lagi 😭

Gagah master kami bagi talk. Tengah preggy 5 bulan pun gagah cenggini. Makan ape nii?
"Vivix la ape lagi hihi"

Aaa one fine day kak imm pulak nak gambar2 dgn dr cip

Fuuu semangat kan. Tak sabar nak dapat cd nak menonton cerita seminar ni hihi.

Kak imm semangat sangat nak ajak korang berbisnes dengan kak imm bawah bimbingan Dr Cip. Nak korang merasa jugak perkembangan yang macam kak imm rasa ni. My bisnes waaayy much better bawah bimbingan dr cip. Thanx Allah bukakan hati join RYG.

Jom berbisnes dengan kami. Whatsapp kak imm 0179191671, kite borak2

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Saturday, 7 January 2017

Cerita aichan dan minggu pertama sekolah.

Hari ahad 1/1/2017

Hari daftar sekolah. Daftar pukul 8. Dek kerana pukul 7.50 tu adik2 takde tanda2 nak bangun tidur lagi, ayah je yang bawak aichan daftar sekolah.

Sekolah dekat je, 5 minit je drive. Memang kami nak cari sekolah dekat2 sebab mami tak biasa drive bawak adik aqil. Selalunya akan ada orang pegang adik hihi.

Lepas daftar balik rumah, kelas tak mula lagi.

Malam tu ayah pasangkan carseat dalam kereta nak letak aqil esok kang.

Hari isnin 2/1/17

Pagi2 aichan turun ke sekolah sekali dengan ayah keje. Ayah drop je dekat kelas. Tapi awal sangat pukul 7.30 dah sampai sekolah hihi.

Masa sampai kelas, cikgu belum datang lagi, so aichan tumpang kelas sebelah. Ada 2 kelas rupanya tadika kat situ.

Pukul 9, cikgu ha sms mami tanya bila nak datang daftar aichan?

Haaaaa mami terkejut gile terus tanya takde budak nama che wan aisya ke kat kelas tu?

Rupanya ayah tersalah daftar hahahahaa. Aichan patutnya duduk kat kelas 2, tapi ayah daftarkan kat kelas 1. Kahkahkah ape laa buat lawak.


Pukul 11 mami pegi ambik aichan, terus cakap dengan cikgu kelas 1, cikgu mah yang patutnya aichan dok kelas 2.

Hahahah kelakar, tadika lagi dah ada kes silap kelas😂

By the way, 1st time drive dengan aqil dok dalam carseat. Dari pintu sekolah sampai pintu rumah dia melalak tau. Nasib baik dekat je hadoii

Hari selasa 3/1/17

Isnin malam aichan mengadu sakit telinga. Rupanya telinga dia diserang raksasa kenit for the 6th time. Awat la cikenit suka sangat telinga kakak ni? Geram mami tau

So hari selasa cuti sekolah, pegi klinik.

Hari rabu 4/1/17

Talinga aichan masih sakit. Mami tengah karang ayat nak betau cikgu yang aichan takboleh ke sekolah, sekali masuk msg cikgu dulu betau sekolah cuti sebab sekolah dah masuk air hihi.

Hujan lebat gile mula dari pagi selasa sampai pagi rabu tu.


So, banjir kat sekolah, cuti lagi.

Hari khamis 5/1/17

Telinga aichan dah makin ok, tapi masih sakit kalau sentuh. Alang2 dah hari khamis, mami kata, sambung cuti je lah.

Hahahhaha

Kesimpulannya aichan sekolah sehari je di minggu pertama persekolahan. Minggu depan kita pegi sekolah rajin2 ye kakak😘


Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Friday, 6 January 2017

Vivix - Anti radang

Vivix boleh bertindak sebagai Anti-radang (anti-inflammatory)

Maka dalam kes  penyakit:

Osteoarthritis-->radang pada sendi lutut


Semua yang ada bengkak, sakit, limited movement, merah-->tanda keradangan
boleh ambil vivix.

Contoh sakit yang ada keradangan seperti gout, luka, terseliuh, patah, lepas operation dan lain-lain

Sakit gigi juga jenis sakit keradangan, so ambik vivix boleh hilangkan sakit untuk sementara dan lepas tu sila jumpa dr gigi


Kekebasan pada sendi ketika sejuk juga boleh ambil vivix. Vivix meningkatkan pengaliran darah dan akan jadi panas, so kebas dan sakit akibat sejuk akan hilang.

Lepas operation sesuai tak vivix?

Yes, sangat sesuai. Apabila ada organ atau kulit dipotong, ada luka, ada bengkak, maka sangat sesuai ambil vivix untuk hilangkan bengkak dan cepatkan penyembuhan luka.

Selain itu vivix sesuai untuk pesakit slip disk. Slip disk adalah masalah keradangan pada tulang belakang. Vivix boleh membantu mengurangkan radang dan membaiki kerosakan pada saraf yang mengalami slip disk.


sumber : kelas online RYG

Ok setel nota point anti radang. Vivix ada banyaakkk kegunaan so ada lagi 9 point yang bakal kak imm update hehe. Lets follow me.

By the way, bulan ni ada promo vivix ye korang. Jangan tangguh2, cepat consume, cepatlah kesannya. Semakin sihat ceria lah kite😘

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

DAH TAKMAU ZALIM KEPADA DIRI SENDIRI

Dulu kak imm takde masalah kulit sangat, just keluar jerawat remaja masa nak period camtu je la.

ni tulus mulus gile zaman banyak duit pakai sk2 hahaha
So, kak imm consider muka kita okei je lah takpayah beria sangat nak pakai skincare itu nak makan supplement ini.

Preggykan aichan, masih okei glowing2 lagi hihi
Sehinggalah fb tunjuk memory 6,7 tahun lalu!

Kak imm compare muka kak imm 6 tahun lepas dengan setahun dua lepas, rasa macam

OMG, APE AKU DAH BUAT DEKAT MUKA AKU NI!!!

Anak 2, dah start kusam
Down gile wehh, dengan kulit kusam gile dah macam nenek kebayan. Sedih gile tau

Yang ni memang klimaks, dah macam mocik umur lewat 40an dah😭

Ade tau ritu orang kata, alahh memang dah tua, nak awet muda buat ape lagi?

Eeehhh 30an belum tua lah hahaha.

Bagi kak imm, kalau tak nampak muda remaja pun, biarlah kulit kita menggambarkan usia sebenar kita,

Alhamdulillah start December ritu kak imm mula ambik vivix dan collagen, muka kak imm getting better.

Yeayy muka dah waayyyy better dari muka maklampir

Letak sebelah2 camni rasa nak nangis, mula2 nangis sedih sebab macam maklampir, pastu nangis terharu sebab kulit kembali glowing macam zaman anak dara hihuhu

So, sape yang rasa takperlu consume supplement tu, mohon jangan kejam terhadap diri sendiri.

Kulit dan badan kita berhak kelihatan seperti usia kita tau.

Jangan sampai umur baru 30-an, tapi nampak macam mocik umur akhir 40-an. Sedih kulit kite diperlakukan begitu tau.

Jom sayangi diri sendiri.

Promo vivix bulan ni, memang masa terbaik untuk anda mula membelai diri kembali.

Psst :
#RYG ada buat kempen CHERISH THEM tau bulan ni, so kak imm nak ajak suami2 hadiahkan sebotol vivix kepada isteri tersayang.

Kalau isteri kita cantik suami juga yang sejuk hati kan😘

Whatsapp kak imm, 0179191671

#cherishthemryg #promovivix

Jyaa mata ne

Thursday, 5 January 2017

Jom kenal VIVIX


Vivix diperbuat dari 4 tumbuh-tumbuhan:


1) Polygonum cuspidatum
2) Muscadine grape
3) European elderberry
4) Purple carrot

Ke-empat2 pokok ni kaya dengan resveratrol yang juga merupakan antioxidants yang hebat.

Polygonum cuspidatum sendiri dah digunakan oleh perubatan tabib Cina sejak berabad lamanya.

Kenapa Shaklee pilih 4 pokok ni?

Kerana kandungan resveratrol buah2nya jauh lebih banyak dari dalam red wine itself dan supplements resveratrol lain dipasaran.

So apa itu resveratrol?

Resveratrol ni ada pada kulit anggur yg menjadikan buah tu sangat purple.

Bila dikaji semula resveratrol memberi perlindungan pada buah anggur itu dari dijangkiti penyakit atau kulat yang merosakkan pokok tu sendiri. Maka bila dimakan, manusia juga boleh mendapatkan effect anti-kulat tu.

Dah beratus tahun French people minum red wine. Dan selepas beratus tahun, para saintis mengkaji, mendapati masyarakat French mengalami kadar risiko rendah untuk menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan obesiti.

Kenapa?

Rupanya mereka mengamalkan satu gelas red wine setiap hari. Pada kadar yang moderate. Bukan minum sampai mabuk.

Maka dalam buku teks medical dikatakan pengambilan red wine yang sederhana membantu mengurangkan risiko serangan jantung.

Sebenarnya yang membantu turunkan risiko penyakit tu sendiri bukan sebab alcohol. Tapi sebab kandungan resveratrol dalam red wine tu kerana ia diperbuat dari anggur merah yang special.

TAPI ORANG ISLAM JANGANLAH PULAK MINUM RED WINE.

So, untuk mendapatkan effect seperti French people dapat dari red wine, kita boleh consume vivix sebab dalam vivix pulak semua buahan yang digunakan ada kandungan resveratrol yang tinggi. In fact, kesan vivix ni lebih bagus berkali ganda dari red wine dan supplement2 resveratrol lain di pasaran.

sumber ilmu : kelas online RYG

~mantap gile ilmu nutrisi dalam kelas RYG. Ilmu meleleh menggelegak otak~

Bulan ni ada promo Vivix tau korang. Beli twinpack dapat keahlian percuma, then automatically dapat akses ke telegram grup #RYG.

Dalam ilmu bisnes, ilmu nutrisi, ilmu marketing, u name it, semua ada.

Whatsapp kak imm kalau nak join ehh, 0179191671

Jyaa mata ne

RESEPI : Kuih Boko Ubi Kayu

Musim tengkujuh adalah musim makan makanan berasaskan ubi kayu. Sebabnya sebelum banjir petani akan gali ubi kayu supaya ubi tak rosak terendam air.

Tokpa ada tanam banyak ubi kayu, so masa balik kampung minggu lepas, tokpa bagi baannyaakk ubi kayu haha. Dah rebus cicah gula (malas nak cari kelapa parut), ada lebih lagi kite buat kuih boko ubi kayu pulak.

Kak imm punya 2nd attemp buat kuih ni dan kali ni menjadi dengan mahvelles sekali hihihi. So baik tempek resepi cepat2 lain kali nak buat lagi boleh rujuk.

Bahan2


Ubi kayu,
Gula melaka,
Santan,
Daun pandan,
Tepung beras (Takde dalam gambar)

Cara2

1) Parut ubi kayu menggunakan pemarut tradisi turun temurun.


Nak blender pun boleh tapi nanti ubi kayu jadi sangat halus dan berair. Kena tapis keluar semua air dengan penapis halus atau kain muslin. Since kak imm takde benda2 tu, so kita rajinkan diri parut saja.

(Yang kecik ketul2 tu kak imm blender jugak akhirnya sebab aku ngeri nak parut yang kecik2 takut terparut jejari runcing ni haa)

2) Hancurkan gula melaka dan gaul bersama ubi kayu


Gula melaka hancurkan halus2 dulu baru gaul (nak tumbuk dalam lesung pun boleh). Kalau kite masukkan yang ketul besar tu, berkurun lama lah ko nak tunggu dia cair haha.

3) Simpulkan 2 helai daun pandan dan gaul bersama.


Rumah kak imm takde pokok pandan. So masa balik kampung kak imm kutip daun pandan umi, potong siap2 simpan masuk freezer hehe

Jangan lupa masukkan secubit garam untuk naikkan rasa lemak2 ye.

4) Gaul sebati, masukkan dalam loyang dan kukus.


Takde pengukus? Sile pergi beli dekat pengkalan kubur, murah2 tau hahahha.

6) Kukus sehingga bahagian atas bersinar keemasan (ewah) dan letakkan tisu dapur kat atas untuk serap air yang bertakung.


Buat dulu baru korang perasan ada air bertakung nanti haha. Kak imm lupe lah nak ambik gambar masa kejadian ini.

Kukus sehingga masak (lebih kurang sejam kot) Cara nak tahu, ceduk bahagian bawah, bile semua ubi kayu dah nampak berkilat dan menyelerakan, maksudnya dah masak lah tu.

Pastu kite buat santan pulak ye.

1) Campurkan setengah kotak santan, 2 sudu tepung beras  dan sedikit air dalam periuk.

2) Letakkan di atas api perlahan dan kacau laju2 sehingga pekat smooth and silky.


Kalau kacau lemah gemalai nanti santan berketul tak cantik.

Okei semua dah siap, ceduk letak dalam mangkuk, amek gambar dulu, baca bismillah, baru makan.


Selamat mencuba ye. Sedap ni tak tipu😁


Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671. Atau klik sini pun boleh Bantu masalah kulit saya pliss

Jyaa mata ne

Wednesday, 4 January 2017

Aichan dan cikenit berpisah tiada

Hari isnin balik dari sekolah aichan mengadu telinga dia sakit.

Haaiahh macam2 la masalah telinga kakak ni, mami monolog dalam hati.

Selepas 5 kali masuk cekenit dalam telinga, aichan jadi sangat sangat trauma. Trauma tahap 20/10. Dia tak bagi orang pegang telinga, tak bagi orang korek telinga dan bila dengar mami ayah sebut perkataan telinga, air muka terus berubah takut dan pucat.

Bila dia tak bagi korek telinga, timbul macam2 masalah. Pernah kena infection sampai bernanah la, pernah jadi telinga "bunyi2", mami rasa maksudnya telinga berdengung kot. Dan tahi telinga keras banyak berkumpul dalam telinga.

Dia cakap dia sakit telinga, tapi bila kite nak tengok, dia tak bagi siap guling2 gelepar lagi, geram tak? Hahaha.

Hasil dari suluhan jarak jauh, dan pengalaman 5 kali telinga aichan masuk cekenit, mami dah expert dah haha, so kali ni pun sah soheh ada cikenit somewhere in her ear.

Tanda2 masuk cikenit
- Sakit gile babi nak sentuh pun tak boleh.
- Binatang tu berak nanti keluarkan serbuk hitam2 macam kopi.
- Anak akan demam
(kali ni aichan tak demam, mami macam woww pelik, pastu teringat tiap2 hari dia dan hana dok telan nutriferon, sebab tu tak demam kot)


Isnin malam tu memang dia takboleh tidur lansung sebab sakit. So, semalam hari selasa, ayah ambik cuti, kita pegi klinik.

Dalam kereta muka dia dah cuak gile, ayah terpaksa tipu nak g klinik sebab nak timbang berat haha. Kalau dia tahu sebab nak cek telinga, dalam kereta lagi dah nangis kot.

Kat klinik pun ayah masuk bilik doktor dulu ceritakan history telinga aichan ni, kami tunggu kat luar. Bila doktor panggil masuk dalam, n aichan nampak doktor pegang lampu, dia terus nangis haha.

I told u, trauma dia memang tahap 20/10. Last2 doktor pun tak berjaya nak tengok sendiri telinga dia dan prescribe ubat berdasarkan explanation ayah je.

Doktor bagi painkiller nama brufen, soluwax ear drop, ubat surut bengkak. Total RM 49😅

Eardrop tu boleh matikan cikenit tapi makan masa jugak. So sementara binatang tu mati dan hancur, aichan memang bergantung dekat painkiller je lah nak bagi tahan sakit. Painkiller ni memang kuat gile ehh kesan dia. Lepas telan tak sampai 3 minit sakit akan hilang dan boleh tahan 6-8 jam.

Cepatlah mati wahai binatang cikenit. Kesian anak saya tau.

~Mami dok fikir apasal la cikenit suka sangat telinga aichan ni? Mami syak cikenit yang masuk dulu dah tinggalkan jejak feromon (hormon tarikan) dalam telinga dia, sebab tu lah menarik cikenit2 lain masuk telinga aichan ni.~

Tuesday, 3 January 2017

Buat sendiri rak besi dapur

Haritu en suami buatkan rak besi letak dekat dapur. Main purposenya adalah untuk letak water dispenser coway yang besar gabak itu.


Tapiii, selain dari ruang letak penapis air, ruang lain pada rak itu amatlah tidak praktikal kepada kite hahaha.

Maka gigihlah kite bertukang sendiri semalam pasang balik rak tu ikut kite punya selera hehe. Mestilah kena ikut selera kite sebab kite kan yang habiskan masa sehari2 dekat dapur tu.

Maka, ape2 yang ada di dapur perlulah praktikal dengan fungsinya dan menyenangkan hati bila dipandang, barulah boleh memasak dengan gembira gitu. (Ya lah sangatt)

☝(Terasa sangat bahasa melayu level SPM karangan di atas ini)

Besi ni en suami beli dekat hardware dan mintak diorang potong siap2. So sebelum pegi hardware, silelah ukur dan lukis siap2 nak design rak camane. Syukurlah kite ada en suami yang pandai design rak. (Tepuk2 bahu sendiri)

Kalau korang macam blurr nak ukur camane, just ukur panjang, lebar dan tinggi rak yang korang nak. Nanti orang hardware taulah nak suggest banyak mana besi yang korang perlu beli. Minta diorang lukiskan design rak tu pun boleh huhu.

Harga besi tu RM 13/20 kaki. Untuk buat rak sebesar tu plus dengan papan plywood dan plastik cover papan tu, total semua dalam RM 300 kot. Berbaloi lah, lagipun kita boleh customize nak ruang2nya sebesar mana.


Banyoknye vitamin mami, telan semua ke tu?

Taklah, ada yang botol kosong tapi kite simpan, senang kalu prospek tanya bahan2 dalam vitamin, nak tengok rupa bentuknya ke, sup sap sup kite snap gambar hihi.


Disebabkan kite selalu merungut kabinet dapur tinggi dan tangan cepat lenguh bile memasak, en suami buatkan kekuda kecik ini juga hihi. Dah takboleh merungut lenguh tangan hahaha.

Okeh nak bersiap nak pegi hospital, nanti kite cerita dekat next entry.

Jyaa nee


Followers