Tuesday, 28 February 2017

Promo bulan ini

Assalamualaikum semua,

PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Thursday, 23 February 2017

Bahan semulajadi vivix

Assalamualaikum semua,

Kalau korang nak tahu, rasa vivix ni sama macam rasa anggur merah. Manis, masam, dan kelat di tekak.

Vivix diekstrak dari 4 jenis bahan di bawah.



1. Anggur Muskat

- Muscadine grape atau anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika.  
- Kandungan resveratrol pada kulitnya dapat memberi kesan awet muda kepada pengamalnya. 
- Biji anggur muscat merupakan sumber antioksidan terbaik.
- Anggur muskat mempunyai kandungan polifenol yang paling tinggi berbanding anggur lain.
- Extract vivix mempunyai 40 kali lebih polifenol berbanding wine merah.
- Polifenol terbukti dapat menurunkan tahap gula dalam darah, meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan melambatkan penuaan.

2. Elderberi

- Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. 
- Elderberi digunakan dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. 
- Antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

3. Polygonum Cuspidatum

- Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol. 
- Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. 
- Digunakan dengan meluas dalam perubatan tradisional Cina.

4. Lobak Ungu

- Lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Taip vivix dalam kotak pencarian untuk baca testimoni vivix merawat pelbagai penyakit ye.

Untuk order dan konsultasi kesihatan, boleh whatsapp imm dekat 0179191671

Semoga anda sentiasa diberi kesi



PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Tuesday, 21 February 2017

Kelas supplement : VIVIX

Assalamualaikum semua,

Pagi tadi kak imm masuk kelas supplement. Topik utama kelas ialah vivix. Memang supplement yang paling kak imm suka sekarang. Rasa wowww sangat lepas cuba amalkan vivix ni. Rasa rugi pulak tak mencuba vivix awal2. Hihi

So, untuk pengetahuan umum, kak imm tepek balik info kelas vivix yang kak imm attend pagi tadi ye.

Apa itu Vivix?

Vivix adalah salah satu revolusi terbaru oleh Shaklee.

Merupakan campuran polyphenol (Polifenol adalah kumpulan fitokimia. Terdiri daripada sebatian semula jadi yang sangat tinggi khasiat antioksidannya dan juga merupakan sel anti-penuaan semulajadi) ekslusif yang dihasilkan daripada bahan-bahan yang terbukti dalam penyelidikan makmal dapat memberi kesan positif kepada empat mekanisme utama dalam penuaan selular iaitu:-

1- Melindungi dan membaiki DNA
Setiap hari sel kita terdedah kepada berjuta radikal bebas yang menyerang dan memusnahkan DNA di dalam sel. Ini akan meningkatkan risiko pertumbuhan sel tidak normal terutamanya kanser. Polifenol sangat penting untuk melindungi DNA dan menyokong pembentukan DNA supaya sel dapat berfungsi dengan sihat.

2- Memberi kesan kepada pengawalan genetik untuk melambatkan penuaan sel
Setiap kali sel membahagi kepada sel baru, TELEMORE (bahagian di hujung DNA yang berfungsi sebagai pelindung DNA) makin memendek. Semakin pendek telemore, hayat sel juga semakin pendek dan cepat tua. Polifenol terbukti dapat melambatkan pemendekan telemore sebanyak 40% dan sekaligus melambatkan penuaan sel.

3- Meningkatkan pembentukan mitochondria
Mitokondria adalah kilang tenaga dalam setiap sel. Kajian menunjukkan polifenol dapat meningkatkan pembentukan mitokondria di dalam sel. Oleh itu dapat menjana lebih banyak tenaga kepada aktiviti sel. Polifenol juga dapat meningkatkan tahap glukosa dalam darah, menyihatkan jantung dan membantu badan mendapat berat badan yang sihat.

4- Melambatkan pembentukan protein AGE (Advance Glycation End products)
Pembentukan protein AGE dalam badan boleh merosakkan dan mencepatkan proses penuaan terutama bagi pesakit kencing manis. Polifenol dapat menghalang pembentukan protein AGE, meningkatkan kesihatan jantung dan memberi kesan baik pada pesakit kencing manis.

Apakah pula kombinasi bahan untuk menghasilkan Vivix?


Vivix dihasilkan melalui campuran botanik Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.

Seperti yang dinyatakan di atas, kombinasi botanik ini sangat tinggi kandungan polifenolnya.

Bahan-bahan ini telah diuji secara klinikal dan ianya ekslusif untuk Shaklee sahaja.

Selain polifenol, vivix juga kaya dengan Resveratrol. Resveratrol tu ape pulak?

Merupakan satu sebatian semulajadi yang terdapat dalam beberapa tumbuh-tumbuhan, buah-buahan benih-benih, anggur, dan produk-produk anggur seperti wain merah.

Resveratrol mempunyai polifenolik dan aktiviti-aktiviti antioksidan yang berpotensi meningkatkan kesihatan tubuh manusia.

Ianya terbukti dalam banyak kajian makmal dari seluruh dunia. Kalau search journal pasal resveratrol ni terus tengangaa mulut taknak tutup sebab kagum dengan kehebatannya.

Berapa banyak resveratrol di dalam vivix?

Kandungan resveratrol dalam sebotol vivix = 3000 gelas red wine

Shaklee Vivix menyediakan 100mg resveratrol dan 1300 mg ekstrak polifenol dalam setiap hidangan (sudu teh)

Vivix diextract dari Anggur Muscadine yang mempunyai kandungan resveratrol tertinggi berbanding anggur merah lain

Kajian makmal telah mendapati bahawa gabungan unik polifenol dan resveratrol mampu memberi kesan positif kepada keempat-empat mekanisme utama penuaan selular dan ianya adalah 10 kali lebih berkesan daripada resveratrol sahaja.

Adakah bahan-bahan dalam Vivix adalah semulajadi?



Ya. Vivix adalah 100 % semulajadi. Vivix diextract dari muscadine grape, polygonum cuspidatum, purple carrot dan european elderberry.

Tiada bahan kimia dan tiada bahan-bahan termasuk warna atau perasa.

So tak hairanlah vivix mempunyai nutshell (tempoh matang) yang singkat kerana vivix tidak ditambah dengan apa2 bahan pengawet.

Mengapa Warna Vivix Shaklee berbeza dari botol-ke botol?

Bagi yang tak tahu, warna vivix adalah berbeza bagi setiap batch production. Ini adalah kerana, setiap bahan setiap kelompok bahan digunakan membuat gabungan Rejuvenol berbeza, warna tonik akan berbeza-beza.

Allah dah cipta setiap makhluk ciptaannya tidak akan serupa antara satu sama lain. Ini termasukkan warna kulit2 anggur tu.😘
Oleh kerana shaklee menggunakan 100% bahan semulajadi, warna vivix juga berubah2 mengikut warna bahan yang terhasil pada masa itu.

Adakah Vivix mengandungi Emodin?

Vivix tidak mengandungi emodin.

Walaupun emodin didapati banyak di dalam produk resveratrol, proses pengekstrakan unik yang dibangunkan oleh pasukan sains Shaklee telah menghapuskan semua emodin.

Jadi anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan anda.

Adakah Vivix mengandungi Alkohol?

Vivix tidak mengandungi alkohol dan disahkan HALAL.

Supplement shaklee ada sijil halal ISA ye.


Kenapa saya perlu menyejukkan Vivix selepas dibuka?

Ini adalah salah satu lagi bukti bahawa vivix takde bahan kimia pengawet di dalamnya. Vivix adalah diekstrak dari bahan2 semulajadi, so logiknya buah2 asli ni bila kita dah blender buat jus, kita kena simpan dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran dia.

Same to vivix. Lepas dah buka, kena simpan botol di dalam peti sejuk.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak menyejukkan Vivix, potensinya tidak terjejas melainkan jika anda membiarkanya di luar dan di bawah suhu yang panas untuk jangka masa yang lama.

Anda nak tahu ape2 lagi pasal vivix, boleh pm kak imm ye. Mungkin vivix boleh jadi penawar sesuai untuk masalah kesihatan anda. Wasap 017 9191 671 ye.

Baidewei, cekidaut promo dari shaklee bulan ni ye.👇

PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Sunday, 19 February 2017

Jom buat kertas dengan HAPPY MIXER

Assalamualaikum semua,

Semalam ade kawan sekolah kak imm hantar gambar dengan tulisan jepun, minta kita translet. Kite pun translet lah berdasarkan gambar.

Pastu dok teka2 apekebendanya barang tersebut. En suami kata macam instruction nak tukar filter ekon je.

Ehh takkan la instruction ekon gambar katun2 camtu kan, so kite mintaklah kawan tu hantar gambar barangnya sekali.


Laaa menan untuk budak2 rupanya. Nama dia KIRA DECO ECO HAPPY. Set mainan untuk buat kertas baru dari kertas terpakai. Korang kalau jumpa set mainan ni nanti bolehla belikan untuk anak2 ye. Pastu bolehlah beraktiviti dengan anak2 dengan gumbira.

So, ini full instruction cara guna happy mixer dan buat kertas tu.


1) Sediakan bahan2nya

A : Kandungan Happy mixer set
1.Mixer 2.Frame 3.Penyerap air 4.Net 5.Papan penekan 6.Gam 7.Sudu gam 8.Acuan love 9.Acuan segi 10.Stickers 11.Taktahu haha 12.Buku panduan

B : Barangan dari rumah
1.4 keping tisu double layer (kalau ada tisu kaler2 lagi comei)
2.Besin air 3.Pinggan 4.Tuala 5.Surat khabar 6.Cerek
7.Pengalas

*Kali pertama buat guna tisu dulu, next time boleh cuba lagi dengan kertas terpakai*

2) Rendam tisu dalam air.

1) koyak tisu dengan tangan. JANGAN GUNA GUNTING TAU!
2) masukkan tisu ke dalam mixer, tambah air sehingga aras yang ditetapkan

3) Jom kita setting frame

1) buka frame → basahkan lace → susun lace-net-frame → tutup frame sehingga ada bunyi kelepeppp😂

2) letak frame ke dalam besin, tambahkan air sampai bahagian net tenggelam (paras air 5mm atas net).
ketepikan, nanti pasni kita guna

4) Sekarang kita sediakan bahan kertas

1) Pusing handle mixer selama 2 minit.
2) Tambah gam sesudu
3) Pusing lagi seminit
* Blend sehingga tisu jadi macam bubur.

Amaran ketika menggunakan mixer.
1) Wajib letak penutup masa pusing handle.
2) Jangan letak banyak2 nanti rosak. 
3) Jangan blend benda lain selain bahan untuk buat kertas
4) Jangan sentuh pisau kat dalam tu
5) Jangan buat aktiviti kat tempat tak selamat

5) Dah boleh mula buat kertas yeayy



- Tuang adunan tisu ke dalam frame.
- Ratakan betul2

6) Langkah pertama keringkan kertas

1) Angkat frame dari air dengan hati2. Pegang secara mendatar seketika sehingga air berhenti menitik
2) Pindahkan frame ke atas pinggan
3) Buka frame
4) Letakkan lace penahan di atas adunan tisu cantik2 jangan bagi kedut2. Tutup frame dengan hati2
5) Lap air berlebihan dengan penyerap air
6) Letak frame atas surat khabar. Biarkan seketika

7) Masa untuk keringkan kertas

1) Letak papan penekan atas pinggang
2) Pindahkan adunan kertas ke atas papan. Angkat sekali dengan lace
3) Letak papan penekan di atas.
4) Tekan perlahan2 menggunakan kedua2 tangan

8) Tak puas hati tekan je, kite pijak pulak
Sebelum pijak boleh letak hiasan (barang no 11 tu. batu2 ke?)



9) Jom keringkan kertas (secara semula jadi)

1) Agak2 air dah kering, buang papan penekan, surat khabar dan lace.
2) Letakkan di atas pengalas dan biarkan mengering selama sehari.
*Tindan dengan buku tebal semalaman

9) Jom keringkan kertas (pantas)

1) Buang papan penekan, surat khabar, lace.
2) Alas kertas dengan kain (atas dan bawah)
3) Iron sehingga kering

*Adik2 jangan iron sendiri, bagi mak ayah buat ye. 
*Kalau nak letak deco2 no 11 tu, tak boleh guna iron.

Dah habis aktiviti, bersihkan dan simpan mixer di tempat yang selamat.
Tutup gam elok2 dan simpan.

Kertas boleh digunakan mengikut kreativiti masing2👍

Fuwwahhh tak sangka kak imm masih boleh baca nihongo hahahha. (Okeii ni ayat2 untuk budak tadika bolehlah, ce bagi aku buku teks 物理生物化学, 1% je boleh baca kot haha)

Selamat buat kertas bersama anak2 uols. Sebelum tu boleh pegi cari set happy mixer tu dulu ye.😘

Mak2 sambil beraktiviti dengan anak2, boleh cekidaut promo laku keras bulan ini ye👇

PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Friday, 17 February 2017

Tinggal bekas saje, isinya benda lain

Assalamualaikum semua,


Mahal oitt SKⅡ, sayang gile dengan bekas2 aku simpan haaa. Bukan setakat bekas, dengan paper bag dia pun masih simpan dalam almari😄

Tokorode, hana selsema.

Aduii mencabar sungguh la ade kanak2 dah sekolah ni. Kuman sekolah semua bawak balik rumah. Pastu adik beradik2 selsema bersilih ganti.

Dah lama kak imm tak buat minyak bawang putih, so pagi ni merajinkan diri sikit la.

Bahan2
2 ulas bawang putih tu bakar sampai lembut, lenyekkan dia selumatnya,
2 sudu besar olive oil,
7 titik CMD
Campur dan kacau sebati.

Pastu haritu kak imm selongkar stor jumpa bekas krim (ape ntah) skⅡ ni, sedang elok buat simpan minyak bawang putih kite hewhew.

Isi minyak bawang putih dalam bekas tu, then letak dalam freezer bagi beku. Nanti dia jadi macam bentuk vicks tu, senang mak nak sapu kat dada anak2 nanti.

Rupa minyak bawang putih bila beku

Bila beku ni dia takde la keras kekong macam air batu tu, kalu kena jari memang terus cair. Macam vicks tu la. Kak imm suka, senang nak apply. Takde risiko tumpah2 huhu.

Minyak bawang ni berkesan tau nak keringkan selsema anak2. Korang cubalah nanti.

Mak2 yang nak kurus pulak boleh cekidaut promo bulan ni ye. Set kurus terlajak laris👇👇👇

PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Thursday, 16 February 2017

Ikat lah suami mu by Felinna Ed Fattah

Assalamualaikum semua,

tulisan FELINNA NADEA ED FATTAH

Kakfel selalu yakin untuk mendapat suami yg baik kakfel perlu menjadi sangat baik.

Lelaki ni luarnya ego, dalamnya lemah bila kena dengan wanita yg bijak kawal emosi mereka, bertolak ansur dan mudah bekerjasama.

Sebagai wanita kita dilahirkan sangat sensitif dan mudah emosi, tetapi itu bukan alasan untuk kita terus jadi macam tu.

Boleh merajuk tapi jangan berlebihan, boleh marah tapi dalam keadaan terkawal, jaga suami, jaga mulut, jaga aib, jaga hati dan jaga makan minum mereka.

Untuk mencari rumahtangga yg tenang tak mudah, kakfel sendiri mengorbankan sikap baran, sikap keras hati dan banyak lagi untuk pastikan kakfel blend dengan suami.

Di awal perkahwinan kakfel redha ikut suami tinggal dgn ibu dan bapa mertua, redha suami tinggal dalam keadaan mengandung untuk cari rezeki, dan redha suami tak banyak duit.

Kakfel tak berleter, tak maki suami malah tak bagi dia tekanan. Semakin matang kita, semakin kita rasa, kita dah tak perlu jd wanita biasa. Kita kena jd luarbiasa.

Kakfel tahu sbb suami kakfel pun banyak berubah, bukan dia cenggitu terus terus, banyak dia berubah bila kakfel pon berubah.

Lelaki bila bahagia mereka akan berhenti berfikir mencari kehidupan lain, kerana lelaki ini bukan multitasking macam wanita. Mereka tak boleh banyak2 kerja. Hhee

So kalau suami jahat, takmau solat, takmau taubat...cubalah.. buat projek pikat hati lelaki,kaji silap kita sbg iseri, mungkin suami rimas kta banyak berleter, tak sangkut towel pon bising, tak basuh pinggan pun bergaduh.

Then kalau lelaki suka marah, bertabah dan bertahan biar sampai wujud rasa kasihan kepada kita. Lelaki ni marah mereka sekejap, kalau tak dibalas dengan Api mereka akan berhenti.

Kalau lelaki suka curang? Ehemmm siapa boleh jawab dia bawah?

#tipsfelinnanadea

tulisan FELINNA NADEA ED FATTAH


PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Mami cantik

Assalamualaikum semua,

Hari tu (isnin ke selasa ntah dah lupa) en suami ajak pegi pasar, so kite siap2 la. Cari baju n tudung yang takpayah iron hoho. So, kite pakai abaya yang adik ipar beli kat Mekah n pashmina yang umi bagi, pun beli kat Mekah.

Aichan dok tepi perati kite pakai tudung.

Ai : Cantiknya mami, aisya suka mami cantik.

Hihihihi kembang kejap mak. Tapi nasib baik boleh kempis balik. Nasib baik ade anak puji2, nak harap orang lain puji, non hadoo la. Timekasih aisya. Muahhh.

Tak pasti ape yang dia nampak cantik tu, tapi maybe saikin kulit kite dah glowing sikit banding 2,3 bulan lepas hikhik. And kite ada pakai bedak silkygirl, so nampak sekata la sikit kulit ni haa.

Dulu2 kite tak pernah pakai ape2 kat muka sebab kite rasa macam "fake". Kite fikir orang yang tepek bedak kat muka tu sebab diorang nak tutup cela kat muka je. Tak asli, tak natural monolog hati jahat kite. Kehkehkeh.

Tapi haritu kite ada baca tips jaga kulit yang senpai Fith tulis, so kite dah rajinkan diri pakai bedak muka silkygirl yang ada spf-20. Pakai bedak yang ada sunblock ni bukan semata nak melaram atau nak sorok cela muka, tapi untuk protect kulit dari uv. Kalau takde protection, nanti kulit cepat berjeragat. Dah la kite memang ade jeragat kt pipi kiri ni cesss.

So, kite dah insaf haha. Kesian kulit kite selama ni kite dok perasan nak keluar rumah dengan natural beauty, tapi sebenarnya kulit kita terseksa kena panah uv.

So korang, nak keluar rumah sile pakai sunblock ye. Kesian kulit kite terdedah gitu nanti cepat berjeragat tau.

Selain pakai sunblock, kite ambil vivix n collagen shaklee untuk kulit tau. So, glowing dari dalam gitu hihi.

Nak try vivix, boleh whatsapp ye. 0179191671. Nak tanya pasal promo bulan ni pun bolehh👍

PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Wednesday, 15 February 2017

Jangan salah tafsir ujian by Kakdi GreenApple

Allah hantar peringatan. Simpan dan semat di hati. Terima kasih kak d




  1. Pagi-pagi lagi reader ni dah whatsapp aku.
    Mesti dia ingat aku bangun solat malam so she expect aku akan reply sebelum dia start solat juga.
    Sorry, aku tak solat minggu ni.
    Jadi aku bangun pagi time dah azan. Hence, reply pukul 7 lebih.

    Aku suka discussion macam ni.
    Aku tak pandai sangat, tapi aku cuba share apa yang aku belajar.
    Aku anggap ini sedekah aku pagi-pagi.

    Bila aku baca whatsapp reader ni, aku dapat rasakan dia dalam keadaan tertekan.
    Kalau tak, takkan dia sampai mintak ajarkan cara berdoa untuk dapat sales.
    Aku faham keadaan tu sebab aku pernah lalui zaman-zaman tu.






    Ramai orang masih kabur dengan nikmat dan ujian.
    Manusia ni kan sifatnya selalu keliru.

    Kalau senang selalu dikaitkan dengan nikmat.
    Kalau susah dikaitkan dengan musibah, malapetala, bala.
    Sedangkan ujian kehidupan tu mesti dihadapi.
    Ujian dalam hidup kita ni tak bahaya sama sekali. malah ujian tu sebenarnya sebahagian dari nikmat Allah.

    Allah berfirman pada malaikat "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

    Repeat - "...kerana Aku mahu mendengar suaranya."

    Lagi sekali aku repeatkan - "...kerana Aku mahu mendengar suaranya."

    Yang nak dengar suara kita sekarang ni bukan calang-calang ya.
    Allah yang nak dengar tau.
    Allah yang panggil khas untuk dengar suara kita merintih merayu kat Dia.

    Jadi macamana kita boleh kata ujian tu satu malapetaka?
    Belum tentu lagi.
    Nikmat atau bala itu urusan Dia.
    Bukan kerja kita nak kategorikan.

    Allah dah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman', sedang mereka belum diuji?" (Al-Ankabut : 2-3).

    Tak cukup dengan hanya sebut "Aku beriman".
    Manusia takkan dibiarkan free free cakap aku beriman until dia didedahkan pada ujian dan buktikan kebenaran kata-kata mereka.

    Firman Allah "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (Al-Kahfi :7-8).

    Jangan jadi manusia yang salah tafsir ujian.
    Ujian tak salah.
    Yang salah adalah bila kita salah anggap pada ujian tu.

    Kita always rasa ujian tu adalah sesuatu yang tak best macam susah dapat sales, tak naik gaji, tak dapat naik pangkat, anak tak pandai, diri tak cantik, suami tak kaya, etc.
    Asal yang tak best je kita rasa ini ujian.
    Sedangkan dapat yang best pun namanya tetap ujian, malah lebih susah lagi nak handle ujian kesenangan sebab selalunya ujian sebegitu datang complete pakej dengan riak, ujub, sombong, dan lalai.

    Contoh, bila produk tengah laku. Nak stop kejap pun payah. Bontot ni macam melekat depan laptop. Asik dok balas whatsapp customer. Asik dok kira order yang masuk.
    Kita naik seronok layan customer, hati tengah berbunga-bunga jualan tengah laku katakan.
    Berapa ramai yang pada waktu happy happy tu sanggup stok kejap untuk pi solat dulu sebab dah masuk waktu?
    Selalunya akan bertangguh, kan?
    Dah la bertangguh, lepas solat terus zassss angkat bontot.

    Tapi berbeza kalau kita dalam keadaan susah hati, sedih, kita akan cenderung untuk tunggu waktu solat dan berlama-lama atas sejadah.

    Jadi, yang mana satu nikmat yang kita cari?

    Ada lagi. Secara terang difirmankan olehNya bermaksud: "Dan kami akan uji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Al-Anbiya : 35).

    Baca tu dan fahamkan.
    Dia dah kata, buruk pun ujian, baik pun ujian.
    Pandai-pandailah kita.

    Lagi satu, jangan ingat kerana kita solat tahajud, kerana kita solat Dhuha - maka Tuhan bagi kita rezeki.
    Malu kalau kita ada anggapan macam tu.
    Malu kat sape?
    Malu kat Rasulullah saw.

    Rasulullah saw tu solat sunat sampai bengkak kaki, tapi hingga ke akhir hidupnya Baginda kekal miskin. So, adakah Allah tak sayang dia?
    Ada sesape nak question apesal Rasulullah saw tak kaya-kaya walau solat sampai bengkak kaki?
    Toksah tanya la.
    Kaya tu hak Allah. Dia bagi kalau Dia nak bagi. Toksah pertikaikan kenapa Dia tak bagi kita kaya. Kita buat kerja kita je.

    Betul solat Dhuha itu untuk murah rezeki, solat Tahajud doa dimakbulkan.
    Tapi, kita buat solat sunat bukan untuk tarik rezeki.
    Kita buat solat sunat sebab kita perlu hadirkan rasa syukur dalam diri.
    Macamana nak dapat rezeki, macamana nak dimakbulkan doa kalau syukur tu tak ada?

    Manusia memang takkan puas dengan urusan dunia.
    Dapat jual 1, berangan nak jual 10.
    Lepas tu nak jual 100.
    Lepas tu nak jual 1000.
    Sampai satu masa dapat jual 50 dah murung balik.
    Padahal 50 sah-sah lebih baik dari takde lansung.

    Baru kerja setahun dah mintak naik gaji tinggi.
    Baru jual RM5000 sebulan dah mintak imbuhan pi overseas trip.
    Sebab kita always rasa kita dah buat banyakkkkk sangat.

    Sama lah macam ibadat.
    Setakat solat tahajud kita yang 12 rakaat tu, setakat Dhuha yang 4 rakaat kita nak Allah gantikan dengan nikmat melimpah-ruah?

    Kita kira setiap solat sunat kita.
    Kita kira setiap sedekah kita.
    Kita kira puasa sunat kita.
    Dengan harapan Allah gantikan dengan kekayaan.
    Habis dosa kita pulak, taknak kira? Ujub kita? Riak kita? Zakat perniagaan dah bayar?

    Selalunya orang solat Dhuha sebab nak rezeki dalam bentuk duit.
    Bila kebetulan kita dapat sales melimpah ruah, gaji banyak - kita rasa itu sebab Dhuha.
    One day, entah macamana, kita tak dapat semua tu lagi, so adakah kita akan terus berDhuha?
    Selalunya tak. Sebab kita rasa macam no point dah buat Dhuha.

    Sedangkan maksud rezeki tu luas.
    Kadang-kadang duit tu tak didatangkan melimpah, tapi kecukupan.
    Kecukupan yang membuatkan kita tak payah meminjam-minjam kat orang.
    Tapi manusia mana pandang kalau setakat duit sikit-sikit ni.
    Kalau duit yang datang sikit-sikit ni manusia panggil 'nasib'. Kalau melimpah ruah boleh beli Range Rover, boleh melancong 2 kali seminggu tu baru namanya rezeki.

    Nauzubillah.
    Jangan sampai salah menyingkapi nikmat.

    By the way, solat taubat kena buat hari-hari ya.
    Jangan ingat kita tak buat dosa.
    Dosa perbuatan mungkin tak.
    Tapi dosa lintasan hati?
    Tetap namanya dosa. Jadi biasakan solat taubat buat everyday.

    W3SchoolsW3SchoolsW3SchoolsW3Schools



Loading

Ubat untuk buang cekenit

Assalamualaikum semua,

Banyak betul entry tertunggak. Kes tukar telefon la ni. Gambar/video dok dalam phone lama, pastu bila nak update, xde gambar, terus mematikan niat huhu. Pastu lupeeee hmmm.

Ni rentetan kisah cikenit masuk telinga aicha buat kali ke enam awal tahun ritu. Kami ke klinik panel, Klinik Fatah&Abdullah cawangan taman bendahara PC. Nama doktor situ Dr Rozita yang peramah (banyak cakap hoii dr ni hihi).

Dah dapat ubat, balik la titik ubat yang dr bagi tu. Hasilnyaa, jeng jeng jengg.

Amaran : Sape yang macam geli geleman jangan tengok video ye. Hihuhi


Hamekkaww, keluar hidup2 lagi.

Kelakar masa cikenit keluar tu. Aichan tengah baring tapi badan dia macam keras kejung je. Nasib baik mami masuk bilik nak ambil aqil, pastu tengok aichan camtu kite tanya la dia sakit telinga ke?

Ai : Aisya tak sakit, tapi telinga aisya ada benda berjalan. (Muka tegang hahahahha)

Mami ingat ubat titik tu yang mengalir keluar, laju2 pegi ambik tisu. Datang dekat rupanya cikenit bulat gomokk debok dok bersiar2 kat cuping telinga dia. Huhu.

So, Alhamdulillah. Next time kalau cikenit masuk lagi (hopefully tak la), tapi kalau ada jugak, dah tahu la nak pegi ambil ubat kat mane. Yeheeyy thanx to ubat Dr Rozita. Berkesan gile.

Ni dia gerangan ubat yang diperkatakan itu. 

Semoga bermanfaat ye korang.

Baidewei, cekidaut promo shaklee bulan ni kat sini ye👇


PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Tuesday, 14 February 2017

Episod pertama #GifuDalamKenangan

Assalamualaikum semua,

(Actually inilah episod pertama #GifuDalamKenangan yang kite tulis dekat fb. Baru perasan belum tepek kat sini hewhew)

Tadi masa nak buat post yang ada "kesan kekurangan minyak ikan" tu, saya ada karang cerita panjang. Panjanggg gile, baca lah kalau korang rajin😂

Warning : Tulisan ini sangat panjang tau!!

Saya sangat suka subjek biologi sejak sekolah menengah sebab cikgu biologi saya cantik. Tapi saya sangat tak suka fizik (walaupun cikgu kamil comel, tetap tak menarik minat saya nak suka fizik..ihiii sori cikgu). Bayangkan, ada kawan satu form yang dapat exam fizik 100 markah, tapi saya dapat 19 saja. Hetchuu fizik.

Lepas SPM saya takdapat offer apa2 course yang related dengan biology, tapi dapat offer buat engineering kat UIA dan persediaan ke Jepun, pun course engineering jugak. Dua2 pun engineering, baik saya pilih offer yang jauhhhhh. hahaha

Masa isi borang nak pilih universiti Jepun, saya pilih uni yang ada course biologi. Ape2 sajalah asalkan biologi huhu. Walaupun pelajar Malaysia ke Jepun lebih sinonim dengan course Mechanical atau Electric&Electrical engineering, saya pilih seimei kougakka (yang pada awal2 tu saya tak tahu pun maksud sebenarnya). Asalkan ada perkataan bio kat depan dia, saya pilih lah😂

Hari pertama di Jepun, kami ada taklimat dengan embassy. Di saat kawan2 lain excited dan cuak membayangkan kehidupan yang bakal dilalui, pihak embassy menambahkan dos kecuakan saya dengan memanggil nama saya di depan khalayak ramai.Encik Adib nama pegawai embassy itu.

EA : Mana Hanim Munirah Che Hassan?
HM : Saya (bangun slow2)
EA : Ke Gifu daigaku.
HM : Ye, saya.
EA : Kougakubu seimei kougakka.
HM : Ye saya. (sumpah saya cakap, di hari pertama tu saya masih tak faham pun apekah maksud sebenar seimei kougakka)
EA : Tahu tak awak first Malaysian yang ambil course ni dekat Gifu?
HM : Tak tahu
EA : Jadi, awak takde senpai. Awak ok tak?
HM : Ok tak ok, saya dah pun sampai sini.
EA : Nanti saya melawat awak kat Gifu ye.
HM : Baiklaahhhh (naif gile sebab taktahu realiti yang bakal dihadapi)

Realitinya,

+ Saya sorang2 Melayu dalam kelas tu. Takde rare sangat sebab kawan saya yang amek E&E pun sorang2 Melayu dalam kelas dia jugak. Hari pertama (hari guidance) saya duduk sebelah budak pompuan nama madoka.

Saya : Hajimemashite. imm desu, mareeshia kara kimashita. Yoroshiku onegaishimasu. (Selamat berkenalan, nama saya imm. Saya dari Malaysia. Sila bagi tunjuk ajar). Ayat ni wajib hafal hahaha.

Madoka ada kawan nama Kaori. Mereka berdua (sajalah) kawan jepun yang agak rapat dengan saya selama 4 tahun. Saya masih keep in touch dengan Kaori sebab dia ada fb. Madoka, dah lost contact lepas saya balik sini.

+ Saya takde senpai (senior) yang amek course sama, so sebelum lecture start, saya memang takde rujukan lansung apekebenda seimei kougakka itu. Tak tahu nak expect ape. Awal2 masuk kelas, saya ingat saya amek course biotechnology, tengah2 tahun baru saya tau seimei kougakka tu maksudnya biomolecular. hihi blurr sungguh.

+ Di saat kawan lain menerima buku warisan dari seniors, (dan bolehla berjimba sikit2 dengan duit elaun buku) saya kena spend semua duit elaun buku untuk beli buku sendiri. Buku2 dah la stok2 ensiklopedia semuanya. Tak cukup pun duit elaun buku untuk budak seimei sebenarnya. Ada buku yang mahal sangat tu, saya pinjam dari library. Renew tempoh pinjaman setiap 3 minggu. Sampaikan saya dah balik Mesia 2 tahun lebih, ada kawan sampaikan pesan dari library kate ada buku yang saya belum pulangkan. Eehhh dah hantar semua la. Seriously saya taktahu buku yang mana yang dikatakan belum hantar tu. Yang pasti, dah takde buku bercop Gifu University dalam simpanan saya.

+ Di saat kawan lain dapat kakomon (soalan exam past years) dari seniors, syukurlah saya dapat kakomon dari sensei sendiri. Pegi je mintak, confirm sensei bagi. Untung2 sensei cakap, sila study cara lukis DNA,  atau hafal step dari asid amino ditranslate kepada ribonucleic acid atau hafal 13 steps penapaian (wahhh sedapnya tapai, teringin la pulak). Silelah hafal sebab confirm soalan tu keluar nanti ahaha.

+ Saya bukanlah excel di zaman universiti saya, papers pun sekadar lepas je hiii tapi syukurlah saya boleh survived selama 4 tahun di sana. Saya tak ingat dah tahun ke berapa, En Adib datang melawat gifu. Nampak muka saya terus tanya, "hahh hanim munirah, camane?"
Hanim Munirah : Alhamdulillah, masih hidup dan masih pass semua paper😂

+ Final year adalah tahun kegemilangan. Separuh, ehh lebih dari separuh kehidupan saya adalah kat dalam lab. Masuk pagi2, balik tengah malam. Weekend masuk lab. Hari raya, selepas solat raya, masuk lab. Musim sejuk, gelap awal, balik rumah solat maghrib, pastu lari2 pegi sekolah masuk lab balik dan kena stay sampai tengah malam. Pastu tiap2 hari nak balik takut sebab lab dok tingkat 7. Guna tangga takut, guna lif pun takut. Pastu sedapkan hati cakap dekat jepun takde hantu, tapi mata melilau atas bawah kot2 ada ju-on tengah merangkak.

Jadi sekarang,

Walaupun saya jual macam2, saya tak pernah tinggal bisnes yang related kepada supplement.
Saya ada kecintaan dan obsesi yang tinggi kepada ilmu biologi, ilmu nutrition, yang kena baca jurnal, yang kena bukak ensiklopedia.

4 tahun woihh belajar bio dok usung ensiklopedia tebal, rugi gileeee la kalau tinggal kan. Jadi, saya jadikan platform bisnes supplement #Shaklee sebagai satu cara untuk mewajibkan diri sendiri terus mentelaah ilmu2 biologi.

Zaman student saya, saya rasa adalah zaman di mana saya sangat produktif, sangat fokus dan sangat positif. Saya harap suatu masa akan tiba di mana saya boleh jadi seproduktif, sefokus, sepositif saya zaman study dulu. Rindu sungguh saya kepada saya berumur 23 tahun. Seorang gadis yang berjiwa besar.

Doakan saya boleh jadi sehebat saya dulu, (dan masih awet muda macam umur 23 tahun jugak hihihi)

Okei dah habis mengenang masa lalu, sapa baca sampai habis? Tabah gile korang hahah, tinggal la link pages korang kat komen, nanti akak like😘

#GifuDalamKenangan


PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

KENKOU SHINDAN @ MEDICAL CHECK UP

Assalamualaikum semua,

Dulu dekat uni, every year kami diwajibkan buat kenkou shindan atau medical check up. Medical check up dibuat pada hujung bulan 3, sebelum sem baru bermula. Semua orang wajib buat, dan percuma saja.

Medical check up dibuat menyeluruh tau. Ada 9 test semuanya. Dari ukur berat tinggi, kepadalah blood test, urine test segala, semua dia check.

Dan untuk budak2 biology dan chemistry field yang selalu guna chemical, kami ada extra test untuk check chemical level dalam darah. Satu lagi untuk check kereaktifan jugak sebab kak imm dulu pernah guna bahan radioaktif.

Selingan :
Sensei kak imm selalu pesan, "Handle radioaktif elok2 ye, kesannya boleh sebabkan mandul. Saya takpe, dah ade 3 orang anak cukuplah"
😂😂😂

Kak imm zaman sekolah dulu sangatlah kecik. BMI kak imm takpernah lulus, 18.5~18.8 saja which is underweight. (Dululahh😑😑😑)

Tetapi, di sebalik kekurusan itu, badan kak imm menyimpan rahsia yang amat mengerikan kahkahkah.

Body fat average untuk wanita sihat ialah  25%~31%.  Kak imm punya body fat adalah 28%!!
Selalulah kak imm kena tegur oleh doktor yang review result tu sebab kak imm underweight tapi body fat kak imm amatlah tinggi jika nak banding dengan kekecikan badan kak imm.

Dia syak lemak kak imm banyak berkumpul dekat organ dan dalam salur darah. Doctor cakap risiko tinggi untuk salur darah tersumbat dan tiba2 jadi stroke.

Takut kan.😲😲

Macam mana nak check blood fat percentage? Paling tepat, buat blood test dekat klinik. Untuk gambaran ringkas, kite boleh teka kite berlemak ke tak dengan cara ini.

+ Kalau kite gemok, itu memang petanda kita ada banyak lemak bawah kulit.

+ Kalau kita rasa kita kurussss, cuba tarik kulit kita. Kalau banyak gelebeh, sangat elastik dan boleh tarik panjang2 tu maknanya kite ada lemak di bawah kulit.

+ Kalau kite buncit, peha bergesel, dan lengan lembik berayun2 (iklan kat jepun sebut karuku yabai), terimalah hakikat kita memang ada banyak lemak bawah kulit dan mungkin dekat organ jugak.

Faham kan, walaupun kita kurus, tapi kita tak jaga makan, kita ada risiko untuk diserang penyakit darah tinggi, stroke dan macam2. Dan kalau kita gemuk hmm risikonya lagilah tinggi.

Btw, kak imm dah lama tak buat blood test. Tapi kalau tengok ke gambaran kasar ni, boleh tahan banyak jugelah lemak aku sekarang.😷

Stress!! Lecithin dan Alfalfa silelah cepat2 cairkan dan flushkan lelemaks daku ini.

~Promo set kurus bakal tamat 28hb ye korang. Whatsapp kak imm 0179191671. Hihi tibe2 iklan 😝~



Caption : Guideline medical check up Gifu university, kak imm pinjam dari website sekolah hihi

#GifuDalamKenangan


PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Followers