Friday, 28 April 2017

SMARTPHONE CANGGIH KE, DSLR?

Assalamualaikum semua,

Seminggu 2 ni kak imm dok terbayang2 DSLR hikks. Habis segala review ku korek.

So, terjumpa satu review bagus ni, dia buat comparison antara iphone n dslr nikon. Review dia bagus, sangat fair n square haha. Korang klik sini http://www.tomsguide.com/us/iphone-vs-dslr,review-3386.html

So kak imm macam dah berbelah bagi, nak ambik smartphone yang sangat bagus cameranya (mahal gile weii. Tibe2 rasa baik aku beli emas 15 gram haha) atau dslr. Dua2 ada pro n con masing2.

Ya Allah berilah aku petunjuk, monolog kak imm dalam hati.

Malam tadi mase kite tengah amek wudhuk nak solat maghrib, tiba2 bunyi kelepak2 air dalam baldi ditepuk2.

Pusing belakang tengok, ya Allah anak jatey ambe dok tepuk air dalam baldi dengan tepon mami.

Ikut petua orang letak jam masuk air dalam beras. Kalu letak hp agak2 jadi tak? Boleh hidup balik tak beliau?

😂😂😂😂😂😂😂

Terima kasih Allah for the fast answer.

Kejadian macam ni memang selalu je jadi. Bukan stakat anak2, kak imm sendiri pun selalu je tertumpahkan air atas hp hihi.

Memang tak layak lah kite nak guna smartphone mahal2 sebab dah tahu kite memang tak boleh jaga elok2. Camera dia cantik cane pun, if the hp rosak, takboleh nak amek gambar jugok lah huhu.

Maka, mari kite sambung berangan nak DSLR baru. Nikon D5500 itu sangat menggoda.



#BeranganItuPercuma #KameraMahalBukanPercuma #MariKerjaKeras



 

Thursday, 27 April 2017

ANAK2, DAN KASUT BARU

Assalamualaikum semua,

Pagi tadi aichan ade lawatan sambil belajar ke balai bomba.

Semalam cikgu bagi note supaya pakai uniform sekolah dan berkasut/sandal.

Alang2 dah dekat raya (ehh puasa pun belum haha) kite belikan kasut raya la terus.

Dekat kedai kasut, ayah pun pilih la kasut.

"Yang ni okei?" Ayah tunjuk kasut warna biru.

Sah2 lah anak2 rijek kasut biru.

Pastu tunjuk sneakers hijau pulak, kena rijek jugak😂😂😂

Ayah ni, anak2 dah besar dah ade taste masing2 lah.
(Uhhh terasa tua pulak tulis ayat gini)

"Aisya sama adik pegi pilih nak kasut mana," kata mami mithali.

Berbeza sangat kasut taste ayah dan taste anak2 haha. Aichan pilih kasut warna peach ade bunga. Hana pulak nak kasut warna pink (hana kata kasut dia warna purple) ada rama2.

Terima kasih ayah bagi anak2 pilih kasut sendiri (walaupun agak mahal la pilihan diorang tu haha). Semoga ayah sentiasa dimurahkan rezeki sebab menceriakan kami semua.

Ayah balik keje tadi baru masing2 cakap terima kasih kat ayah. Ayah control je, tapi dalam hati ada taman kan😝

#RandomStory #MenciptaMemori


 

Wednesday, 26 April 2017

AKAK KAIN VIETNAM

Assalamualaikum semua,

Petang semalam pukul 5 kak imm bawak anak keluar main kat laman. Sesambil tu kite sidai baju.

Tibe2 ade akak bawak beg besar bagi salam.

"Assalamualaikum kak, boleh saya tumpang berehat kejap"

Kak imm terkesima sambil pegang hanger haha tapi dalam hati terus baca ayat pendinding.

Umi kak imm ade pesan, kalau orang tak dikenali approach kita, jangan pandang muka dan mata dia.

Dan lagi satu petua kita dapat dari internet, baca Bismillahillazi la yadurru maas mihi syai'un fil ardi, sampai habis. Ulang2 sebanyak2nya sampai orang tu blah hihi.

Ayat ni untuk elakkan sihir, pukau dan sebagainya.

Dekat luar rumah memang ade kerusi plastik tempat en suami lepak sapkok. Kak imm bagilah akak tu duduk situ. Pastu kite sambung sidai kain.

Sambil tu dengar akak bercerita. Dia dari vietnam. Bawak kain pasang batik vietnam. Habis kain terjual, balik vietnam. Dekat vietnam ada suami dan 5 anak perempuan.

Selalunya turun ke perak dan selangor sebab ada sedara di sana boleh menumpang. Kali ni try nasib kat kelantan pulak. Hmm tak tanya pulak kat kelantan nanti dia dok menumpang kat mana.

"Akak turun bas kat depan sana, jalan jauh tengok2 takde orang pun kat luar. Semua masih kerja agaknya kan. Rumah adik je ade orang, akak singgah la kejap nak berehat," katanya dengan loghat pelat orang asing.

Kak imm ooo kan saja sambil jeling2 perati muka dia. Akak ni memang putih gilaaaa muka flawlesss gilaaaa. Makan vivix dan collagen ke kak? Hahah. Nampak la dia dah berjalan jauh dalam panas litlit tu, muka merah gile macam kena panggang.

AK :
Akak jual batik vietnam dik. Kain ni elok, lembut, sejuk, takpayah iron teruk2 macam batik teganu.

KI :
Ye ke kak? Saya tak kenal sangat la kain2 ni. Selalu beli baju siap je.

AK:
Akak jual RM 150 sepasang, tapi sebab adik baik bagi akak duduk berehat, akak bagi diskaun ke adik. Bla bla bla.

KI :
Saya takde duit kak. Kalau saya nak beli pun, kena tunggu suami balik dulu.

AK :
Suami adik balik pukul berapa?

KI :
Pukul 8. Lambat lagi la kak.

Masa tu baru pukul 5 suku

Akak kain diam macam fikir something.

AK :
Akak tinggal kain ni pastu malam nanti suami balik, adik bank in duitnya boleh?

KI :
Owhh akak ade maybank ke? Kalau camtu senang la.


AK :
Boleh ke? Akak tak pernah ni tinggal kain macam ni tunggu orang bank in. Tapi sebab perangai adik baik, bagi akak tumpang rehat, layan akak baik2, akak tinggal dulu kain. Nanti adik bank in bila suami balik. Boleh?

KI :
Boleh la, bagi no acc maybank akak.

Akak kain bagi no acc maybank. Kak imm terus bukak maybank2u. Takpayah bank in malam ni, iols boleh transfer terus la hihi.

Sambil kak imm transfer duit, akak tu mintak nak masuk toilet.

KI :
Minta maaf banyak2 akak, suami takde saya takboleh bagi orang masuk rumah.

AK :
Owhh ye ke takpelah macam tu. Akak nak cari toilet ni adik. Akak pegi dulu, akak tinggal kain ni, malam nanti adik bank in ye. Akak percaya kat adik ni.

KI :
Siapp. Saya dah transfer online la akak. Ni resitnya.

Kak imm tunjuk screenshot resit transfer maybank2u.

AK :
Owhh boleh transfer gini senang la. Akak dah redha tadi nak tinggal kain. Berserah je la tadi. Doa2 adik bank in malam nanti.

KI :
Hihi. Saya takpandai tipu orang la akak.

AK :
Terima kasih ye adik. Rezeki akak jumpa orang baik harini. Akak pegi dulu, nak cari toilet.

KI :
Sama2 kak. Rezeki saya dapat diskaun hihi. Semoga akak dipermudahkan rezeki, kain laku, boleh cepat2 balik vietnam jumpa suami dan anak2 ye kak.

AK:
Aahh insyaAllah terima kasih banyak2"

Syukur Alhamdulillah, akak kain happy kain dia terjual, kak imm pun happy dapat kain baru.

Masalahnya, kain ni bila nak gi hantar ke tukang jahit ni?😅



 

Sunday, 23 April 2017

MAMI WORK APE?

Assalamualaikum semua,

Minggu lepas, mase mami tengah lepak dekat workstation mami, aichan tanya,

Ai : Mami, mami work ape?

Ma : Work jual vitamin dengan emas

Ai : Mami work kat mane?

Ma : Work kat rumah, work kat jabat pos.

Ai : Work kt kedai vitamin (shaklee branch kb)

Ma : Aah betul tu.

Ai : Work kat rumah kawan mami. (Rumah Kaklong Nuzula stokis emas/perak)

Ma : Aah.. Kenapa aisya tanya?

Ai : Saje je.

Hmmm memandangkan aichan tu misteri sikit orangnya, mami rasa mesti ada sesape or cikgu ade tanya dia pasal ni.

Awal2 ni dia mmg tak cerita, tapi next time dia sendiri pulak cerita, mami haritu bla bla bla, dan mase tu kita boleh lah tangkap balik ooooo patutlah dulu pernah tanya gini gini.

Mami jual vitamin nak bagi kawan2 sihat macam aichan dan adik2 sihat.

Macam mane mami bekukan simpanan aichan n adik2 dengan emas, macam tu lah mami nak educate mama kawan2 aichan jugak.

Apepun aichan, mami harap aichan happy dan bangga dengan ape pun work mami buat.

 

Friday, 21 April 2017

Petua kuali tak melekat

Assalamualaikum semua,

HAAA KORANGGGGG!!

Korang rasa tak iols punya api keterujaan yang berkobar2 ni hahahaha

Actually haritu kak imm secara tak sengaja terjumpa satu cara nak elakkan kuali melekat.

Kak imm beli kuali ni dah lama la jugak. Tapi dia punya melekat2 tu memang hazab gile. Kalau buat goreng ikan, boleh hancur ikan tu. Stress gile haku.

Pastu bulan lepas musim belimbing buluh, kak imm guna kuali tersebut buat rebus belimbing.

Orang kata kalau nak rebus belimbing buluh, jangan guna periuk yang kita sayang, nanti periuk rosak.

So kak imm pun cari la benda yang paling kite tak sayang (sori kuali hahaha). Rebus lah belimbing dalam tu sampai kering. Lepas tu kite sambung buat sambal hitam pulak dalam dia.

(Resepi sambal hitam korang google sendiri ekk, tapi en suami kata sambal hitam kak imm sedap ehemmm)

Hasil dia memang hitam legam la kuali kite. Nak basuh pun tak lalu. Tapi gile kau nak buang kuali, kena cepuk dengan toklaki baru tau. Redhalah iols menyental beliau.

Bile kite rendam dengan air, rupanya yang hangit2 hitam tu boleh je tanggal. Dah berus elok2, dah bersinar balik kuali kita.

Yang paling teruja, lepas tu kuali kite dah tak melekat langsung tau. Goreng telur pun lek2 piss je macam dok atas nonstick pan uols. Memang ko takkan sangka beliau yang dulu bukan begitu sehingga dianaktirikan selalu.

Iols is gembira dan kuali tersebut dah naik taraf jadi kuali kesayangan dah hihihi.

So korang, kalau ada kuali melekat, silelah cari belimbing buluh dah masaklah sambal hitam. Nescaya korang akan gembira lepas tu.

Goreng ikan lebih lancar dan makan lebih berselera dengan ikan goreng cicah sambal hitam. Ehh



 

Monday, 10 April 2017

Kisah Yang Sentiasa Segar Dalam Ingatan

Assalamualaikum semua,

1) Cikgu Fizik masa sekolah menengah kak imm nama En Kamil Deraman orang Tanah Merah. Kami pernah ternaik bas sama dari Kota Bharu. Bas tu lalu pasir Mas jugak. Kak imm dok seat belakang sambil makan keropok. Kak imm dok fikir, nak offer cikgu ke tak ni? Last2 kite offer, tapi cikgu taknak.

Rasa macam kena rijek gitu hahah.

2) Semua pun tahu kak imm tak pandai fizik. Di saat orang lain dapat A1, kak imm boleh pulak fail test bulanan.

Mungkin dalam kelas fizik kak imm dok main alah lain. Cikgu ajar kat depan, kite main "hantar gelombang" ke cikgu.

Tapi gelombang tak pernah sampai la pulak.

3) Ingat lagi satu kelas latihtubi hari Ahad. Cikgu Kamil ajar bab circuit dekat kite. Memang blur sungguh kak imm sampai cikgu kata, "Ape yang awak tak faham sebenarnya?"

Kak imm pun tak tahu ape yang kak imm tak faham, dan secara tak sengaja air mata laju menuruni pipi.

Cikgu kamil suruh kak imm bertenang dan tenung betul2 circut simbol. Kak imm tenungg sampai nak tembus kertas tu, dan akhirnyaa, tetap tak faham!

4) Mase ambik result SPM, kak imm call je sekolah. Cikgu Kamil yang angkat tepon. Dia bacakan satu2 result kite. 8 subjek semua A. Fizik dibacakan paling akhir.

"Fizik B3" Kedengaran suara cikgu dihujung sana.

Kak imm terdiam sekejap

"Ehh awak jangan nangis, ok dah result camni" Cikgu Kamil cuba memujuk kot.

"Hahahaha cikgu saya happy sangat ni, saya ingat saya failed dah fizik. B3 ekk? Yeaayy yeayy" Jerit kak imm ceria.

"Isshhh awak ni, kalau dapat A1 baru boleh yeay yeayy" Marah pulak cikgu sebab kak imm dah gembira sangat walaupun dapat B3 je.

"Hehehe terima kasih cikgu"

Kenangan kak imm bersama cikgu kegemaran.

Harini dapat berita Cikgu Kamil sakit tenat dan berada di hospital.

Cikgu Kamil Deraman disahkan mengidap Gullain Barre disease. Satu penyakit yang menyerang sistem saraf manusia. Penyakit yang sangat jarang berlaku di dunia ini. Menurut kajian, ia menyerang 1 dalam 100,000 manusia. Penyakit ini menyebabkan sistem pertahanan badan pesakit menolak immune nya sendiri.

Beliau mempunyai seorang isteri  dan tiga anak yang masih kecil. Keadaan kesihatannya semakin teruk, mohon doakan ye semua rakan2 agar cikgu kamil diberikan kesembuhan segera.

#Sebak
#STFDalamKenangan
 

Saturday, 8 April 2017

MENGURUS DUIT KELUAR MASUK

Assalamualaikum semua,

Korang tau tak kak imm suka main file excel. Hahaha sungguh ni.

Kak imm kenal excel mase tahun 2 dekat uni dulu. Tahun 2 kami dah start buat basic seibutsu jikken (eksperimen biology yang basic).

Dalam satu jikken tu kami kena kumpul beratus2 data. Pastu kenalah tambah tolak bahagi darab semua kan. Dari situ lah kak imm tahu sikit2 function dalam excel tu.

Pastu masa keje kilang dulu memang kita keje dengan excel. Key in data masuk excel. Itu lah kot keje yang kak imm paling suka dekat kilang dulu haha.

Dan sejak dulu memang kite keep track duit keluar masuk kite dengan file excel je. Kak imm memang listkan satu2 duit keluar masuk dari semua sumber yang ade.

contoh kite punya duit keluar masuk
Kak imm punya data duit keluar masuk sekarang. Kite letak nama file profit n loss. Hahahha nama nak gempak2 aje. Sebenarnya nama file tu kak imm tiru nama file kilang dulu hiii.

Duit keluar masuk dekat maybank/cimb memang kak imm akan key in balik satu2 sebiji2. Bila kita key in duit masuk atau keluar, terus excel calculate kite punya baki terkini. So, kak imm memang akan tahu duit dalam bank ade berapa dengan nilai yang tepat okeh.

Kadang2 ada customer buat payment untuk barang preorder (barang silver selalunya). Supplier pulak belum minta payment. Kite tengok baki dalam bank wahhh banyaknya duit. Terus datang nafsu nak beli sesuatu. Pastu lupa sebenarnya ade barang yang kite tak bayar lagi ke supplier.

Kalau camni, kak imm akan key in duit keluar in advance dengan remark. So kite tau lah, lepas bayar dekat supplier nanti baki sebenar duit kite ada berapa kan. Penting ni supaya kite tak terrgunaa duit orang.

Kak imm jarang ada duit wallet sebab segala belanja rumah en suami yang buat. Beli barang dapur ke, ikan kat pasar ke, semua kerja en suami.

Kak imm dapat duit wallet hari rabu je untuk belanja anak2 makan aiskrim. Pastu baki dari makan aiskrim, kite masukkan dalam tabung kite senyap2 hihi. Yang tu memang tak tahu ade berapa. Tahu2 ehh duit tabung dah banyak, boleh beli emas 0.5gram. Seronokksss

Korang pulak manage duit keluar masuk korang camane?


 

Wednesday, 5 April 2017

PARI2 GIGI

Assalamualaikum semua,

Aichan gigit epal pastu gigi bawah dia longgar. Awal2 tu dia takut sampai taknak makan langsung haha

Mami cakap la dekat aichan, "Hebatnyaa gigi aisya dah nak tercabut sebab aisya dah besar. Sama macam ipin. Ipin pun gigi goyang bila umur 6 tahun."

Lepas tu barulah dia okei sikit.

Terima kasih Les' Copaque buat Upin Ipin episod gigi ipin nak tercabut tu. Senang keje mami nak memujuk anak hihi.

Pastu tadi dua beradik tu sembang berdua.

Ai : Nanti kalau gigi aisya dah tercabut, kena letak bawah bantal. Pastu pari2 gigi bagi aisya hadiah emas.

Hamboii pengaruh katun omputeh sangatt.


Agaknya bila gigi dia dah tercabut nanti mami kena bagi emas ke?

#NasibBaikAnakTokeyEmas
#GigiTakCabutPunMamiBagiEmasJugak



 

Monday, 3 April 2017

KISAH MALANG DENGAN PENIMBANG

Assalamualaikum semua,

Korang tau tak kak imm dah lama tak timbang berat. Dari awal tahun ritu kot. Pastu feeling2 tak gemoks haha. Padahaaall (malas nak tulis😭)

Kisahnya penimbang kat rumah ni dia dah rosak. Dulu kini (dan mungkin selamanya) dia tunjuk berat kita 50 kg. Kak imm pun dok percayalah pada beliau sehinggalah beberapa kenalan tegur kak imm,

"Imm pregnant ke?"

Ahahahha sentapp aciks tau. Terus timbang berat, (tetapp penimbang tu tunjuk 50kg). Hahhaha

Beberapa kali kite try nak timbang kat mall dengan penimbang masuk syiling tu. Dah kata malang kan tadi, adeeee je benda yang terjadi.

Contohnya,

Dah wrap aqil elok2, malas nak keluarkan dia, so kensel timbang.

Tak wrap aqil, syiling pulak takdak, kensel timbang.

Syiling tak cukup lagi sekeping. Ya Allah ni memang sadis sungguh memikirkannya. Napelahh malang nau nasib iols dengan penimbang ni.

Dah cukup syiling, mesin timbang rosak la pulak. Dia tunjuk berat iols 45.7kg je? Nampak nau lah mesin tu pening. Kuang aja sangat tau bagi kite harapan pelesu.

Tadi pegi klinik timbang aqil, kak imm pun mintak kat misi nak timbang mami ni jugak hahaha.

Akhirrnyaaa, kite pun dah tau berat kite skang. Tapi taknaklah cakap dulu. Iols nak start program kurus secara intensif dah ni. Dah berjaya turun berat kang kak imm show off testimoni before n after. Kahkah.

Korang doakanlah kite istiqamah elakkan makan manis, elakkan air batu (ahaa berdebar pulak aku nak buat yang ni), dan rajin makan vitamins kurus ni seme.

Ade yang nak follow kite tak? Jom2 kite kurus sebelum raya.



~Ehh rumah kite takde white rose ni bagai, lagipun kamera kite rosak, so iols edit je gambar ni semua. Nampak real tak? haha~

Nak supplement kurus macam dalam gambar? Wasap kite ehh. www.wasap.my/60179191671/NakKurusJugak


 

Saturday, 1 April 2017

Ini sungguh tidak patut

Assalamualaikum semua,

Hari sabtu kami pergi pasar topup bahan mentah. Beli ikan, sotong, sayur mayur semua lah.

Kalau pegi pasar, kak imm dan anak2 tunggu kat tempat teduh sambil minum air milo ikat tepi. En suami yang pegi beli semua2.

Kak imm kenal ikan selar, kembung dan aye je. Jangan tanya ikan spisis lain, iols tak tau.

En suami kalau beli ikan sotong udang tu dia pilih sendiri sekor2.

Kalau kak imm pulak, nak pilih mane ikan segar, mane yang lama pun tak pandai. Iols tunjuk2 je, nasiblah mokcik ikan nak bagi ikan cane😅


Tadi en suami beli bendalah rebung la pulok. Haaiiahh kite tak tahu pun nak potong benda ni camane.

Beli sayur sawi sudah lah. Beli sayur susah camni nak masak cane pun taktau.Siap tengok kat youtube lagi nak menyiang rebung camane hihi.

Mil pernah jugak masak lemak rebung ni. Tapi menantu hantu ni tunggu makan je. Mase mil masak2 tu tak pernah pulak nak perati camane hehe.

Nasib baik ramai rakan blogger share resepi masak rebung. Kite google sajelah nak masak cane😅

#PakarMasakSayurSawiJe
#TaklehFefilingNakBuatHashtagKakImmMasakLaCamni


 

Followers