Wednesday, 5 April 2017

PARI2 GIGI

Assalamualaikum semua,

Aichan gigit epal pastu gigi bawah dia longgar. Awal2 tu dia takut sampai taknak makan langsung haha

Mami cakap la dekat aichan, "Hebatnyaa gigi aisya dah nak tercabut sebab aisya dah besar. Sama macam ipin. Ipin pun gigi goyang bila umur 6 tahun."

Lepas tu barulah dia okei sikit.

Terima kasih Les' Copaque buat Upin Ipin episod gigi ipin nak tercabut tu. Senang keje mami nak memujuk anak hihi.

Pastu tadi dua beradik tu sembang berdua.

Ai : Nanti kalau gigi aisya dah tercabut, kena letak bawah bantal. Pastu pari2 gigi bagi aisya hadiah emas.

Hamboii pengaruh katun omputeh sangatt.


Agaknya bila gigi dia dah tercabut nanti mami kena bagi emas ke?

#NasibBaikAnakTokeyEmas
#GigiTakCabutPunMamiBagiEmasJugak



 

5 comments:

  1. hehhehheh anak akak pon sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seharian tgk katun, mmg terpengaruh laa huhu

      Delete
  2. Amboi, dah up dapat emas...
    Anak2 saya hari tu cakap, letak gigi bawah bantal dapat duit... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. nak dapat emas tu..habislah mami kalau tiap kali dia tcabut gigi mintak emas NANT😨

      Delete
  3. Besar betulkan pengaruh TV ni Imm....sampai budak budak pun boleh lembut hati.

    ReplyDelete

Followers