Friday, 21 April 2017

Petua kuali tak melekat

Assalamualaikum semua,

HAAA KORANGGGGG!!

Korang rasa tak iols punya api keterujaan yang berkobar2 ni hahahaha

Actually haritu kak imm secara tak sengaja terjumpa satu cara nak elakkan kuali melekat.

Kak imm beli kuali ni dah lama la jugak. Tapi dia punya melekat2 tu memang hazab gile. Kalau buat goreng ikan, boleh hancur ikan tu. Stress gile haku.

Pastu bulan lepas musim belimbing buluh, kak imm guna kuali tersebut buat rebus belimbing.

Orang kata kalau nak rebus belimbing buluh, jangan guna periuk yang kita sayang, nanti periuk rosak.

So kak imm pun cari la benda yang paling kite tak sayang (sori kuali hahaha). Rebus lah belimbing dalam tu sampai kering. Lepas tu kite sambung buat sambal hitam pulak dalam dia.

(Resepi sambal hitam korang google sendiri ekk, tapi en suami kata sambal hitam kak imm sedap ehemmm)

Hasil dia memang hitam legam la kuali kite. Nak basuh pun tak lalu. Tapi gile kau nak buang kuali, kena cepuk dengan toklaki baru tau. Redhalah iols menyental beliau.

Bile kite rendam dengan air, rupanya yang hangit2 hitam tu boleh je tanggal. Dah berus elok2, dah bersinar balik kuali kita.

Yang paling teruja, lepas tu kuali kite dah tak melekat langsung tau. Goreng telur pun lek2 piss je macam dok atas nonstick pan uols. Memang ko takkan sangka beliau yang dulu bukan begitu sehingga dianaktirikan selalu.

Iols is gembira dan kuali tersebut dah naik taraf jadi kuali kesayangan dah hihihi.

So korang, kalau ada kuali melekat, silelah cari belimbing buluh dah masaklah sambal hitam. Nescaya korang akan gembira lepas tu.

Goreng ikan lebih lancar dan makan lebih berselera dengan ikan goreng cicah sambal hitam. Ehh



 

6 comments:

  1. sedapnya sambal hitam..
    memang betul kalau kuali melekat memang geram je kan. ni dah ada petua boleh la ikut nanti, tapi kena cari belimbing dulu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal haha.. tak sangka lgsung belimbing buluh boleh buat kuali tu tak melekat skang..

      Delete
  2. wah3... dr anak tiri trs jd anak emas ye kak hahahhaha

    yelah kalau kita rebus belimbing buluh tu kan dia mcm ada dia punya alkali ke asid ke apa yg bg kite nyer kuali je buruk n itam... agaknya benda alah tu jadikan kualit tuh berubah dr melekat pd tak melekat...

    pasni blh try lah ek mana2 kuali yg dibenci tuh try boh belimbing buluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sebab efek asid2 tu la ko. tp memang jenuh la nak menyental kuali hitam.. nasib baik sabar hahaha

      Delete
  3. Bila saya kawin nanti saya cari belimbing buluh dulu. Dah ada belimbing buluk baru beli kuali.

    Kena rebus berapa banyak belimbing? Bilangan kuali mestilah satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi belimbing buluh bermusim..so kalau nak kawen, kena pilih tarikh dalam musim belimbing buluh berbuah la ye.. hehhe

      Akak rebus lebih kurang 500gram belimbing buluh dalam kuali saiz 24".

      Delete

Followers