Saturday, 7 January 2017

Cerita aichan dan minggu pertama sekolah.

Hari ahad 1/1/2017

Hari daftar sekolah. Daftar pukul 8. Dek kerana pukul 7.50 tu adik2 takde tanda2 nak bangun tidur lagi, ayah je yang bawak aichan daftar sekolah.

Sekolah dekat je, 5 minit je drive. Memang kami nak cari sekolah dekat2 sebab mami tak biasa drive bawak adik aqil. Selalunya akan ada orang pegang adik hihi.

Lepas daftar balik rumah, kelas tak mula lagi.

Malam tu ayah pasangkan carseat dalam kereta nak letak aqil esok kang.

Hari isnin 2/1/17

Pagi2 aichan turun ke sekolah sekali dengan ayah keje. Ayah drop je dekat kelas. Tapi awal sangat pukul 7.30 dah sampai sekolah hihi.

Masa sampai kelas, cikgu belum datang lagi, so aichan tumpang kelas sebelah. Ada 2 kelas rupanya tadika kat situ.

Pukul 9, cikgu ha sms mami tanya bila nak datang daftar aichan?

Haaaaa mami terkejut gile terus tanya takde budak nama che wan aisya ke kat kelas tu?

Rupanya ayah tersalah daftar hahahahaa. Aichan patutnya duduk kat kelas 2, tapi ayah daftarkan kat kelas 1. Kahkahkah ape laa buat lawak.


Pukul 11 mami pegi ambik aichan, terus cakap dengan cikgu kelas 1, cikgu mah yang patutnya aichan dok kelas 2.

Hahahah kelakar, tadika lagi dah ada kes silap kelas😂

By the way, 1st time drive dengan aqil dok dalam carseat. Dari pintu sekolah sampai pintu rumah dia melalak tau. Nasib baik dekat je hadoii

Hari selasa 3/1/17

Isnin malam aichan mengadu sakit telinga. Rupanya telinga dia diserang raksasa kenit for the 6th time. Awat la cikenit suka sangat telinga kakak ni? Geram mami tau

So hari selasa cuti sekolah, pegi klinik.

Hari rabu 4/1/17

Talinga aichan masih sakit. Mami tengah karang ayat nak betau cikgu yang aichan takboleh ke sekolah, sekali masuk msg cikgu dulu betau sekolah cuti sebab sekolah dah masuk air hihi.

Hujan lebat gile mula dari pagi selasa sampai pagi rabu tu.


So, banjir kat sekolah, cuti lagi.

Hari khamis 5/1/17

Telinga aichan dah makin ok, tapi masih sakit kalau sentuh. Alang2 dah hari khamis, mami kata, sambung cuti je lah.

Hahahhaha

Kesimpulannya aichan sekolah sehari je di minggu pertama persekolahan. Minggu depan kita pegi sekolah rajin2 ye kakak😘


Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Followers