Tuesday, 17 January 2017

CERITA KAK IMM DAN BAHAN MASAK FROZEN

Korang kalau nak tahu, kak imm tak pandai memasak dengan bahan2 berserbuk hahha. Serbuk kari ka, serbuk kunyit ka, serbuk lada ka, serbuk ape jelah, memang kak imm tak reti guna okeh.

So, masa study dulu, setiap kali cuti, bila nak balik jepun balik, kak imm gigih bawak kunyit hidup sekilo dan lengkuas hidup sekilo, serta cili kering sekilo. Halia takpayah, dekat jepun ada jual. Serai kite tanam dalam pasu dekat beranda.

Pastu kunyit lengkuas tu kak imm potong saiz sekali masak, masukkan dalam ziploc, dan frozenkan mereka. Cili kering takpayah laa letak dalam peti.

Perangai frozenkan bahan masak ni kak imm bawak sampai sekarang hihi. So, dalam peti kak imm ada kunyit, lengkuas, halia frozen. Daun kesom, daun pandan, daun limau purut. Daun kari dah habis, nanti nak pegi topup.

Tokpa kite penanam pisang yang berjaya. Tiap kali balik kampung mesti dapat stok pisang kapas 2,3 sikat. So, tunggu pisang masak, buang kulit, masuk ziploc, frozenkan pisang jugak. Nak buat jemput2 kang, thawkan, lenyekkan saja.

Benda2 frozen ni tahan lama. Daun kesum tu dah berkurun lama kurasakan dia dok dalam peti tu, elok2 je lagi tau. Kak imm tak pasti perubahan rasa die cane, kak imm rasa macam biasa je. Masakan iols sedaapp je hahaha. Ahhh jamie oliver pun kata kunyit frozen n fresh rasa die dalam masakan sama je😎

Macam2 ada stok bahan mentah frozen kite😂


Masak asam pedas guna daun kesom frozen jugak


Korang wanita bizi mesti ada pengalaman beli bahan masak, tapi tak sempat masak. Sedar2 kunyit lengkuas dah kering. So, korang boleh tiru macam iols. Potong siap2 saiz sekali masak, bekukan mereka.

Hidup bahagia, feeling2 dok oversi pun ada😂

Kbai, iols nak lunch pula.

#GifuDalamKenangan

Nak kulit sihat cerah tanpa masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam? Kak imm boleh bantu anda. Hubungi kak imm di 0179191671

Jyaa mata ne

Followers