Monday, 23 January 2017

TAK SANGKA AKU WANITA BESI (EPISOD 4)

Percaya tak walaupun kwn aku dah buat aku mcmtu, aku tak nangis langsung. Xde setitis airmata pun yg jatuh. Walaupun 3bln aku xde stok nak jual sdgkan sebelum ni phone hari2 berbunyi masuk order. Tiba2 senyap sunyi phone aku.

Terasa jgk kesannya.. Tp aku cuba utk terus jd kuat. Kan aku dah cakap aku dah sapu habis2 airmata dlm seminar IMKK Dr.Azizan. Aku tak nak nangis lg dah.

Bila agen2 tanya, customer tanya nak stok, Aku cakap stok terputus x tau bila lg ada.. Yg penting, kalau ada duit mereka dah ter bank in ke akaun aku, aku pulangkan balik.

Igt, XDE SIAPA NAK AMBIL TAHU APA MASALAH KITA. Better ada masalah apapun, x perlu cerita pd semua org. Biasanya yg nak dgr masalah kita siapa? Mak & ayah. Keramat hidup. Org lain cuma dgr telinga kanan keluar telinga kiri. Tak caya xpe..

Agen2 aku tak give up. Ramai yg sokong aku, diaorg merayu tolong la puan dila produk puan sgt berkesan ramai customer cakap dh mcm2 guna tp x puas hati. Produk puan mereka repeat order berkali2 siap kwn2, ahli keluarga pun beli sama. Produk pn mmg berbeza syg la kalau putus tgh jalan.

Tp ramai juga yg cabut lari. Aku dah byk belajar ragam manusia. Sb tu aku x hairan la hari ni dia suka kita, esok dia tak suka. Aku dah byk belajar dah.. Dia akn suka kita bila kita blh bg manfaat. Dia akan suka kita bila kita ikut telunjuk dia. Bila kita tak berguna utk dia, ramai yg lari pecut 100 meter. Beringatlah selalu & sediakan payung sebelum ujan.

Customer & agen aku skrg dr tahun 2012 pun ada lg yg masih setia. Terima kasih la syg semua. Sy hargainya.

Bermula dari kejadian kwn aku tikam blkg tu..
Aku jd mcm berdendam. Maksudnya bukan nak balas dendam tp tiba2 dtg semangat berkobar2 hati aku jerit, KAU TUNGGULAH SATU HARI NANTI KAU AKN TGK SIAPA AKU.

Jahat jgk kan aku? Tp xpelah skurgnya2 aku tak give up. Aku tak akan mengalah dgn apa yg dia buat pd aku. Aku akan buktikan sesuatu. Aku janji pd diri aku sendiri. Aku bg semangat utk diri aku sendiri. Cukuplah org hina kau sebelum ni bangkitlah buktikan sesuatu. Jgn biar org pijak2 maruah kau. Camtulah hati aku berkata2.

Dlm masa 3bln tulah suami aku byk bantu cari jalan. Jumpa org tu jumpa org ni. Nak cari balik produk yg sama. Tp tak jumpa yg sama.. Allah beri lebih baik dr yg sebelumnya. Percaya atau tidak itulah kenyataan. Lebih baik & mendapat kelulusan KKM lg. Hebat aturan Allah cuma kita je kdg tak sabar.

Oh suami.. Masa aku buat sales kencang dulu dia x pernah tanya brp duit aku ada. Brp hasil jualan. Byk mana duit dlm bank. TAK PERNAH TANYA sedangkan dia tahu sales laju phone aku pukul 3 4 pagi pun masih berbunyi customer  order brg.

Tp bila aku jatuh, dialah yg susah payah cari jalan utk bawa aku keluar balik dari kejatuhan tu. Kau rasa?

Yg ramainya masa kita senang tulah bodek tak habis2... Masa kita down? sorry next timelah kita sembang bos.

Tiba2 waktu aku tersungkur tu kan..Allah hantar lg seorg insan ni melalui fb je. Aku tak pernah kenal dia. Tp dia byk pengalaman dlm bidang ni.  Mula2 aku takutlah dia ni siapa. Jujur ke tak. Bukan aku kenal pun.

Kami selalu chat di inbox. Dia cerita siapa dia. Apa dia buat. Aku pun luahkanlah problem aku pd dia. Sepantas kilat dia bg contact no.org2 yg dia kenal pd aku. Dia siap bgtahu.. Org ni boleh dipercayai. Org ni plk hati2 sikit. Supplier ni mcmni supplier tu mcmtu..sekiranya aku nak buat produk baru kata dia boleh contact nama2 yg dia beri tu.

Sekali lg aku terkedu.. Betul ke ni..? Aku tak pernah tahu semua ni sebelum ni. Ya Allah mcm gerun plk aku rasa. aku kena masuk ke dunia lebih mencabar. Sebelum ni deal dgn kawan aku yg tikam blkg tu je. Ini nak berurusan dgn company besar plk tu..

Aku byk share dgn dia & dia byk bg tunjuk ajar pd aku. Dia bg aku semangat, dia kata kita buktikan kita boleh berdiri atas kaki sendiri. Jgn mengalah. Aku bertambah semangat. Kdg tu sampai subuh aku chat dgn dia.. Kongsi idea & jalan cerita utk bangkit kembali. Masa ni xde siapa nak susah payah dgn kita.. Yg nak dgr gosip tu ramailah. Lps dgr dia tutup telinga balik & bwk mulut sana sini. Lebih baik jgn cerita pd sesiapa hanya pd org2 tertentu saja.

Masa tu aku sedar...aku tak cari kwn aku yg baik ni...tp Allah yg htr dia pd aku. Sampai hari ni, aku tak pernah jumpa dia lg.

Aku mula terfikir adakah sb amalan2 yg tak seberapa yg aku buat dari masa dulu, Allah balasnya skrg dgn kurniakan org2 baik & buka jln utk aku terus melangkah?

Igt, solat awal waktu, solat sunat, sedekah & baca Al-Quran. 4 amalan yg sgt2 luar biasa kesannya.

Aku pun mulakan langkah contact no. yg kwn aku bg td. Aku cuma contact 2 no.saja. Aku bgtau dia apa yg aku nak. Aku & suami pergi jumpa dia utk buat produk baru. Bgtau produk camana yg aku nak, dia pun bg cadangan apa yg patut. Terasa ada kejujuran di situ walaupun aku masih dlm mode berhati2.

Siapa tak serik kena tikam? Aku serik tp aku berani utk gagal & berani utk bangkit.

Ada duit ke nak buat produk baru?
Terus terang aku cakap, dlm simpanan cuma ada RM15k cukup2 hasil aku jual produk kwn aku dulu. Aku pernah kata, aku tak buat joli duit jualan. Aku kena bersedia sbrg kemungkinan yg akn berlaku. Dan ia jd kenyataan. Dgn duit 15k tulah aku bermula segala yg baru. Bangkit semula dari jatuh selama 3bln.

Bila dah dapat sample produk yg aku nak... Aku pening.
Aku tak tahu nak pilih yg mana. Aku bgtahu kwn aku lg.. Ada 2 sample ni tp dua2 bagus tp aku keliru nak pilih yg mana.

Dia cakap, buatlah istikharah. Bukan nak pilih jodoh je buat istikharah. Aku terkedu lg. Baiklah.

Aku buat istikharah setiap hari & 2minggu selepas itu Allah bg aku jawapan. Sampai hari ni aku masih setia dgn satu kilang ni sb..itulah jwapan yg Allah bg masa aku minta petunjuk dulu nak pilih yg mana satu antara dua tu.

Hari ni, customer selalu kata semua produk Mamadil terbaik. 90% customer Repeat order setiap bulan. Mcmtu mcmni.. Berkesan segala.

Satu rahsia aku nak bocor di sini.. Semua tu berkat solat sunat istikharah. Sampai hari ni.. Itulah amalan yg aku akn cuba tidak tinggalkan. Kita hamba yg lemah, setiap masa kita perlukan petunjuk dari Dia. Itulah rahsianya bila uol kata produk Mamadil semua berkesan. Sanggup kumpul duit utk repeat order.

Jawapannya.. Allah yg bg sb aku minta dgn Dia dulu sebelum aku buat. Produk dr pengilang mana pun insyaallah semua terbaik tapi...... Jgn letak Allah di blkg. Mintak dgn Dia dulu insyaallah Dia berikan yg lebih baik. Kita x pedulikan Dia lepastu kita nak Dia berikan yg the best.. Mcm x malu skit la muka kita.

Selepas tu aku dgr la cerita kwn aku yg tikam blkg tu buat cerita produk baru supplement anti_aging  yg aku akan keluarkan nanti ni ambil dari Thailand. Ada bahan terlarang kalau amalkan nanti jd sakit buah pinggang. Rosak dalaman bla bla bla..

Nak tahu dia racun siapa? Dia racun agen2 aku yg sedia ada tu.. Dia cakap jgn jd agen produk baru aku tu nanti. Bahaya..

Agen2 aku yg sedia ada tu apa lg berderu la wasap aku mintak penjelasan.

Aku rasa nak baling je phone kat dinding biar pecah berkecai. Tp aku cool je. Ada yg aku jwb ada yg aku ignore je. Last sekali kalau diaorg byk tnya sgt, aku bg je la kata putus kalau masih nak jd agen sy, silakanlah. Kalau xnak pun xpe sy xde hal.

Ada jgk yg bengang bila aku cakap camtu. Habis???? Aku je yg kena jaga hati kau? Kau tanya mcm2 soalan mcm aku ni penjenayah ada kau fikir apa aku rasa???
Kalau tanya elok2 xpe la jgk.. Ini tak.

Aku cuma boleh katakan... Bukan mudah aku nak lalui saat tu. Aku perlukan kekuatan yg luar biasa.

Dalam susah payah tu akhirnya bulan 4 2014 lahirlah supplment Women Love anti_aging MAMADIL. Aku yg jd testimonial pertama setiap produk MAMADIL yg ada hari ini.

Berkat sabar dgn ujian, aku mmg tak sangka sambutan sgt2 luar biasa tak perlu tunggu masa lama utk org beli. Dari 500 unit ke 1000 unit. Skrg 2016 ntah brp ribu unit terjual setiap bulan.

Apa yg special sgt supplement kan byk di pasaran?
1- Aku sendiri jd testimonial. Ramai yg tercekik tgk aku dulu mcm mak cik. Lps keluar supplement tu malas nak cakap la mcm siapa..

Diaorg kata jarang sgt founder yg jd testimonial.  Ada kelainan di situ kata mereka. Mereka mula follow aku... Sb teruja dari kurg cun jd mcm budak skolah. Gitu..... Biarlah aku puji diri aku sendiripun. Reward atas segala penat lelah aku.

Org yg buat produk MAMADIL dr awal sampai hari ini bukan calang2 org my dear.. Mereka org dari bidang perubatan. Mereka cipta khas R&D utk setiap produk MAMADIL. Faham tak maksudnya?
Bila dia buat utk MAMADIL, dia tak akan buat lg utk org lain. Exclusive utk MAMADIL sahaja. Sb tu uol selalu kata, produk MAMADIL tak sama dgn produk lain. Walaupun ada yg meniru apa kami buat, insyaallah tetap tak sama.

Itulah hadiah dari Allah yg sgt bernilai bg aku lps aku lalui pelbagai kesulitan.

Kami tak hebat.... ALLAH YANG BAGI.
CARI DIA DULU. Itu rahsianya.

Igt, sebelum nak buat satu keputusan.. Mintaklah dgn Allah dulu. Jgn rasa kita pandai. Minta dulu..

Ya Allah aku hambaMu yg lemah. Aku tak tahu mana yg terbaik. Kau berikanlah petunjuk buatku.

Bukan payah pun nak berdoa. Betul?

Tp... Jgn masa nak Dia je kita cari Dia. Lps Dia beri apa yg kita nak, kita mula tak sedar diri. Minta Allah jaga hati kita selalu.

Bila produk dah kencang, stok xde tempat nak letak, bulan 5 2014 aku pun berpindah tempat ke bagunan 1 tingkat. Aku buat ofis sekali di situ.

Disitulah segalanya bermula kebangkitan nama MAMADIL. Aku dah ada staff 2 org waktu tu. Aku handle sendiri ofis, stok, staff. Sbrg masalah & cabaran aku urus sendiri. Suami aku masih dgn kerja dia. Aku tak nak ganggu dia sgt.

Aku cuba tinggalkan ofis pd staff & bln 11 2014 aku mula berguru dgn #SifuFbAds hinggalah skrg. Korang pun ramai yg kenal aku melalui Sifu Fb Ads betulkan?

Lepas sifu share kisah "AKU SURIRUMAH KAMPUNG JE...zero to hero" bln 7 2015. Dari situlah ramai yg follow aku.
T.kasih sifu. Sgt byk jasa sifu.

Tp....lepas sifu share kisah tu..
Bermulalah episod seterusnya....

Bersambung...

P/s: Dah baca share ok semoga bermanfaat utk org lain.

Dila Mubarak
#FounderOfMAMADIL
#MAMADIL2016

TAK SANGKA AKU WANITA BESI (EPISOD 3)

Korang tau adik aku suruh buat apa? Dia suruh aku pegi kelas Dr.Azizan. Dia cakap dia dah join best giler.

Aku terpinga2.. Dr.Azizan sape tu..? Ini awal tahun 2013 umur aku 28. Adik aku pun terangkan la..

Aku cakap x nak ah. Mahal. Aku dah la terumbang ambing duit cukup2 mkn.. ni ko nak suruh aku keluar duit lg pegi kelas Dr.Azizan. Nak ke KL tu tol lg, minyak lg.. Makan lg..nak pakai duit semua tu.. Bertingket alasan aku bg. Alasan yg tak dibuat2. Mmg duit aku semput.

Mula2 dia pujuk lg aku suruh pergi jgk. Aku berkeras tak nak. Last sekali...
Dia cakap ikut suka kaulah.. Kalau kau nak teruskan hidup mcmtu, takyah pegi. Xde org nak paksa.

Eh sentap plk aku bila dia cakap camtu.

Last aku tergoda jgklah.. Aku pegi dgn adik aku kelas berniaga pertama kali seumur hidup aku. Ank2 aku bwk sekali.. Kwn adik aku tolong jaga masa aku masuk kelas. Betapa aku xblh nak berenggang dgn ank. Sanggup bwk kiri sorang kanan sorg. Dalam perut ada lg sorg. Tumpang kereta kwn adik aku tulah. Aku xde duit nak byr tol, minyak semua tu.. Ada pun utk buat makan je. Sedihlah plk tiba2.. :(

Nama kelas tu, BERANI BERNIAGA 2013. Takyah bayar mahal kelas ni.. Ini mcm kelas pengenalan jela. Tak silap aku yuran Rm50 kot.. Yg mahal2 tu kelas lanjutan. Mmg la mahal..ilmu kan.. Org nak ajar tu dah kira ok..igt mudah org suksess nak share ilmu dia kat kita? Kalau semua nak bg free.. Percayalah tak ramai yg hargai benda free!

Lps aku pegi kelas tu, balik rumah mcm biasa rutin aku duk kedai.

Seminggu aku termenung. Apa aku nak buat ni. Aku dah nampak sinar sikit lps pegi kelas tu tp masih x tau nak mula dari mana. Apa aku nak buat.

Lps seminggu, Allah bg jalan... Ada produk atas rak dlm kedai yg kwn aku mintak jual tp xde label. Xde brand. Aku terpikir jgk camana la org nak beli nama pun xde. Bermula dari situlah segalanya bermula hingga adanya MAMADIL hari ini.

Allah bg idea, ambil produk tu buat brand aku sendiri. Aku apa lg.. Cepat2 tanya kawan aku tu. Aku nak buat jenama aku sendiri boleh? Susah nak jual sb xde jenama. Kwn aku cakap, ok boleh. Xde hal. Nanti aku supply kat kau. Orait cantik....

Tahu tak perkara pertama yg aku buat?
Aku cari mangsa. Misi aku dptkan testimonial. Makcik2 kat pasar tu ramai yg kulit bermasalah.. Aku kerjakan la diaorg. Mula2 berniaga mcm biasalah kena sanggup rugi dulu sikit. Aku bg free produk tu utk dptkan testimonial diaorg. Bila dah menjadi apa lg diaorg hepi sgt la... Dah jd mcm cindorela.

Kecoh jgk la kat pasar tu m.cik jual misup dah comey lotey.. Jual misup pakai heel you sb rupa dah cantik, body cun ramai yg tegur.. Pakai apa? Guna apa? Diaorg pun berjemaah la beli produk brand aku baru cipta tu..masa tu bukan nama MAMADIL.

Apa lg aku buat? Ambil gambar sebelum mereka guna & selepas guna. Testimonial tu aku share di fb. Ada jgk yg kecam diaorg kata gambar edit gambar edit. Kecewa aku.. Aku buat kerja letih2 kau kata aku edit? Aku nak edit camanapun x reti itu tahun 2013 x de kamera phone canggih sgt mcm skrg. Kalau ada pun x femes mcm skrg. Aku pun x tahu kewujudan kamera filter waktu tu.

Ada yg kecam ada yg xcited. Aku mulakan langkah kedua, pergi cari tempat buat packaging tu semua. Bwk perut ok prgnant ank ke 3. Ke hulu ke hilir dgn bwk 2 org lg ank.
Penat kau x yah cakaplah... Tp aku nekad aku nak keluar dr kesempitan hidup. Aku nak tebus balik masa ank2 aku yg dah byk terabai di kedai kecil tu. Aku rasa bersalah kat ank2 aku. Penat, alahan lg, kaki kejang kdg tu jln smpai terhincut2 aku dah x peduli dah.. Semua tu letak tepi. Aku nk buat sampai jadi! AKU NAK SUKSESSSSSSSS!!!!! Mcmtulah hati aku teriak. Menangis pun cuma dlm hati. Semoga Allah bantu aku.

Akhirnya siaplah packaging..cantiklah sikit ada nama, duk dlm kotak..org yakin la skit nak beli. Yg terlindung itu la yg mahal drpd terbukak terdedah org tak nak. Org pandang & tanya saja...lg pun nampak murah kan.............

Kerja aku di kedai hari2 duk depan laptop sambil layan fb aku godek2 sampai aku blh buat page sendiri. Bukan payah sgt pun.. Walaupun masa tu aku mmg x tau sgt pasal IT ni. Main redah je.

Page yg pertama sekali aku buat namanya, KULIT LICIN GEBU GEBAS. Tahun 2013. Skrg dah bertukar namanya Beauty Sara HQ.

Setiap hari aku share produk. Share testimonial. Sampai satu masa aku tahu ttg fb ads. Aku dah lupa camana jumpa fb ads. Aku pun mula cari guru utk belajar fb ads. Ternyata waktu tu tak ramai org guna fb ads, sambutan sgt2 menggalakkan. Lg pun zmn tu rules fb ads tak mengarut mcm skrg. Skrg rules dia dh mcm x masuk akal pun ada. Sb tu skrg ramai org give up nk buat fb ads. Aku? Skrg kdg2 naik fed up jgk tp disebabkan brand MAMADIL dah kuat la jgk, follower ramai.. So kdg aku tak buat fb ads 2bln pun sale maintain jgk. Kalau buat ads lglah mencanak sales tu naik. Insyaallah. Kena belajar tambah channel la.. X blh berharap pd satu medium saja.

Ok berbalik semula.. Dah belajar buat ads tu..sales kencang! Terkejut pun ada selama ni nak buat sales seratus sehari pun sakit.. Lps buat ads nak dpt 2ribu sehari senang2 je. Ya Allah rezeki apa ni tiba2 jd camni.

Kwn aku yg supply produk tu pun hepi sgt la dia. Yg lelahnya aku nak marketingkan produk.

Aku jd xcited gila. Sb x pernah dpt sale senang mcmtu. Aku cari lg guru. Upgrade ilmu. Sb over xcited aku kena tipu la dgn sorg mamat ni & wife dia. Elok je pasangan ni buat kerja tipu org. Xpe aku x nak ungkit biar dia jwb la depan Allah mati nanti.

Setiap hari ada order masuk.. Phone x brenti berbunyi. Seronoknya waktu tu ya Allah. Tak habis2 aku ucapkan syukur. Duit sales tu, aku tak lupa bg utk mak ayah aku. Mertua aku. Aku blh bantu suami aku setel sikit2 hutang lama masa dia hilang kerja dulu. Baru rasa lega sikit. Syukurnya..kalau tak, hidup rasa serabut je sb xtau camana nak byr hutang yg byk tu.

Semuanya aku handle sendiri. Buat marketing. Layan order. Packing order. Pegi pos laju pos brg customer. Perut dah sarat waktu tu. Nak pegi pos brg tu kan sebelah petang dlm pukul 4.. Aku tutup sekejap kedai. Aku bwk la 2 org lg ank aku tu.. Bwk brg lg kiri kanan. Dah mcm org x betul aku tgk. Patutlah org kat situ tgk2 je. Agaknya diaorg pikir apabendala dia ni nak pos kiri kanan bwk beg plastik. Kdg tu kotak2.

Aku dah tak peduli dah..org x tahu apa yg aku alami, apa yg aku lalui. Xde masa aku nak fikir apa org kata.

Akhir tahun 2013 bln 12 aku pergi seminar Dr.azizan IMKK. Aku dah simpan duit sikit nak masuk kelas lg utk upgrade ilmu. Kali ni hati aku kental sikit aku tinggalkan ank2 kakak ipar aku tlg jaga. Walaupun menangis sepanjang perjalanan sb rindukan ank2. Waktu tu baru lepas pantang ank ke 3 namanya RIZQI. Sb masa mengandungkan dia walaupun susah payah, dr situlah Allah beri rezeki lebih. Sb tu namanya RIZQI. Lps pantang, aku terus keluar cari ilmu. Aku pergi dgn suamiku. Aku mula sedar, utk suksess paling penting mohon pertolongan Allah, restu suami, ibu bapa, restu guru & upgrade ILMU!

Inilah kelas yg buat aku terus berubah jd org baru seperti bayi baru lahir aku rasa. Aku jd seorg yg positif gila. Aku jd seorg yg bersemangat waja. Aku dah sapu airmata habis2 masa dlm seminar IMKK tu. Aku byk berikrar & berjanji pd diri aku sendiri. Byk perkaralah yg merubah aku dulu dr seorg penakut, kurang sabar, pemikiran negatif. Lps balik dr IMKK semua tu dah hilang ntah ke mana. Aku jd seorg yg cool lebih sejuk dr air batu kot.

Org nak mengata aku ke.. Nak apa ke.. Dlm hati aku kata 'lantak kau'
Aku dah puas menangis. Skrg masa utk aku fikirkan kehidupan aku, ank2 aku, keluarga aku, mak ayah aku, org2 susah, ank yatim, semua tu perlukan bantuan aku so aku kena jd org kaya!

Lps balik kelas Dr.Azizan tu..

Allah tak bg senang2 apa yg aku mintak. Dia uji aku jatuh semula.

Aku akan igt tarikh 1/1/14, kwn aku tu dah tak nak supply lg produk dia utk aku. Dia demand habis. Bercakap dgn aku pun mcm aku kena merayu nak dptkan stok. Balance stok yg ada kat kedai aku semua dia kebas. Licin dlm almari. Dia kata, kalau nak, bayar dulu baru dpt brg. No cash no stock. Dah x nak main hutang2 lg.. Sebelum ni mmg ambil hutang tp tak lama.. Setiap minggu dia htr stok, Aku akn byr stok yg minggu sebelumnya. Maknanya setiap minggu aku byr hutang dia.

Last sekali aku tahulah.. Dia nak jual sendiri produk tu. Dia nak buat brand sendiri.

Aku terkedu. Sampai begitu sekali...sampainya hati..selama 3bln aku xde stok langsung nak jual. 3bln xde hasil. 3bln aku & suami cari jalan apa kami perlu buat?

Bersambung...

P/s: Uol dah baca share tau. Moga2 org lain dpt manfaat uol dpt pahala insyaallah -:)

Dila Mubarak
#FounderOfMAMADIL
#MAMADIL2016

TAK SANGKA AKU WANITA BESI. (EPISOD 2)

Setiap hari aku jaga kedai sendiri. Nak pakai pekerja buat apa.. Bukan sibuk sgt pun. Kdg2 sehari ada sorang je pelanggan masuk. Ini cerita tahun 2012.

Setiap pagi aku siapkan 2 org ank aku utk htr ke tadika. Sorang 6thn sorg lg 4thn. Waktu nak ambil diaorg balik tadika, aku tutup sekejap kedai tu.. Lps ambil diaorg dr tadika aku pegi kedai balik. Ank2 setiap hari ikut aku duduk kedai. Pukul 6ptg baru balik rumah.

Kdg tu kan.. Nitis air mata sb satu hari xde jualan pun. Dari pagi jaga kedai, dgn ank2 sekali tp x ada hasil pun. Sebak sgt rasa bila tgk muka ank2. Biasanya sebelum tutup kedai diaorg dah tertidur kat blkg kedai tu aku sediakan ruang sikit utk berehat. Kat situlah ank2 aku tidur.

Pukul 6ptg nak tutup kedai, bila diaorg dah tertidur, Sorang2 aku angkat masuk kereta suami aku. Aku bergilir2 kereta dgn suami aku waktu tu.. Kereta cuma ada sebiji aje. Suami aku pergi kerja tumpang kawan dia. Masa angkat ank tidur nak masuk dlm kereta tu kan.. Aku x tau nak cakap mcmana pilunya rasa hati bila tgk wajah diaorg tidur. Dahlah hasil xde.. Masa seharian habis mcmtu je..Kesian diaorg hari2 tunggu aku kat kedai sampai tertidur. Boring kata mereka. Nak balik nak main dgn jiran sebelah rumah. Tuhan jela tahu hati aku kala tu. Aku rasa mcm tak berguna apa yg aku buat.

Setiap hari di kedai aku selalu fikir apa aku perlu buat utk majukan kedai ni. Tak kan nak tunggu je org masuk. Ini bukan kedai makan..org lapar org brenti makan. Ini kedai jual produk kecantikan. Hari2 di kedai aku layan fesbuk. Tgk you tube kuliah Ustaz Azhar Idrus okay. Kan masa tu fenomena Ustaz You Tube. Itu jela yg aku buat.

Ok di sini bermula langkah perubahan aku.

Kini setiap pagi di kedai lepas htr ank pegi tadika, dalam pukul 10pagi aku akan buat solat sunat Dhuha. Setiap hari.

AMARAN: Jangan kata aku buat semua tu sb nak imbuhan dunia ya. Sb aku x tau apapun waktu tu. Yg aku tahu setiap hari aku dgr kuliah Ustaz Azhar Idrus byk menyedarkan aku dekatkan diri, dekatkan hati, jiwa dgn Tuhan.
Ustaz selalu sebut kelebihan sedekah. Aku terasa spt dapat jawapan persoalan yg aku tertanya2 setiap hari apa aku perlu buat.

Aku mula bertindak.

Sunat Dhuha setiap pagi. Bersyukur walaupun jualan sehari dpt Rm10 je. Jgn merungut. Dekatkan diri dgn perjuangan Islam. Berniaga cari keberkatan. Jgn rembat je asal masuk duit. Aku selalu dgr ustaz kata, jgn guna model tak tutup aurat utk lariskan jualan.
"Mung kaya saja tak guna kalau xde keberkatan. Di Akhirat esok2 Allah tanya mung nak jawab apa?"
Ayat Ustaz Azhar tu aku pasak kemas dalam jiwa raga. Mcm2lah semua berkait dgn agama. Gerun plk aku rasa. Mampukah aku nak jadi usahawan beriman? Usahawan yg berpandukan agama? Mampukah aku?

Sampai hari ni, testimonial produk aku, aku cuma share yg tutup aurat je walaupun kurang sempurna. Kalau ada pun yg tak tutup aurat terang2..walaupun testimonial tu gempak gila mmg boleh buat sale berganda, aku tak share. Aku takut sb benda tu aku dah dgr dlm kuliah Ustaz.  Ustaz kata, nanti beratus lg org share, dosa beratus org share tu kita tanggung sekali sb kita yg mula2 share. Kita pencetus. Aku takut.. Aku tak tau nak jwb apa depan Allah nanti. Mcm baik sgt aku ni kan... Tak.aku byk dosa cuma aku nak belajar jd lebih baik.

Depan kedai kecil aku ni pasar tau.. Setiap pagi lepas Sunat Dhuha tu aku pergi la beli makanan skit utk sarapan kat kedai. Aku suka beli keropok panas kat pasar tu. Ini yg aku buat..aku beli lebih keropok tu sb setiap hari kat depan kedai aku tu ada kucing suka melepak. Kdg2 dia tidur kat situ. Aku beli lebih.. Sampai kat kedai aku bg kucing tu makan keropok panas2 yg aku beli td. Seleranya dia.. Nasib baik tak cicah dgn sos :p

Kalau ada org dtg kedai mintak sedekah, aku bg jela Rm2 ke Rm5 ke.. Walaupun org2 kawasan tu dah pesan, kalau ada org dtg mtk sedekah jgn bg. Tipu je dioarg tu semua. Aku tak kisah pun.. Bukannya aku byk duit. Aku bg jela 2ringgit. Yg nyatanya mmg aku bg x kiralah rupa dia mcamanapun. Dia nak berlakon ke apa ke itu dia jwb sendirilah depan Allah nanti.

Sungguh waktu tu apa yg aku buat, aku tak pernah letak harapan pun Allah akan balas sebegini rupa. Aku buat sb aku rasa ok je kalau aku buat. Tak rugi apapun. Aku tak pernah bermimpi pun kedai kecil tu akn bertukar jd bagunan 3tingkat spt skrg.

Nampak tak betapa baiknya Allah.. Kita buat sikit Dia balas byk sungguh. Tak tahu bagaimana rasanya nak bersyukur.

Walaupun waktu tu jualan xdelah hebat sgt. Duit masuk pun boleh buat pusing modal. Untung ada sikit.. Tp aku tak pernah guna duit untung tu. Aku takut sekiranya berlaku apa2 dari mana aku nak dpt duit lg? Sb tu duit untung walaupun tak byk aku simpan je.

Skrg kan aku tgk org berniaga.. Duit modal sekali mereka guna buat joli. Asal nampak wow hebat! Camana nak kembangkan perniagaan kalau mcmtu gayanya.

Aku masih dgn pakaian biasa, kereta biasa.. Xde la nak tukar itu tukar ini. Berniaga baru tanam benih jgn gelojoh sgt nak nampak mewah di mata org. Kita yg sakit nanti. Itula yg aku tanam dlm kepala waktu tu. Biarlah org kata.. Dah setahun berniaga xde nampak perubahan apa2pun...Mcmtu la jgk.

Kau makan gaji sedap la kau cakap.. Cuba kau berniaga aku nak tgk mampu jual tak pen sebatang. Kalau tak mampu jual tak yah sembang la.. Aku dulu brutal skit hu3.. Skrg je nampak ayu gitu..

Selama setahun aku jaga kedai tu akhir tahun 2012 aku rasa aku dah x nak teruskan lg. aku rasa mcm x nampak jalan dah camana nak majukan kedai tu. Modal besar, untung tak seberapa. Nak bayar mcm2 lg.. Nak bayar bank lg yg modal 20k mula2 aku guna nak berniaga tu. Tak tidur mlm jgk la aku duk fikir camana nak buat. Tak nak berniaga lg dah.. Tp hutang bank nanti camana aku nak bayar? Hutang masa zmn suami aku hilang kerja dulu pun bertingkat lg nak kena bayar. Camana aku nak buat.. Aku fikir sorg2.. Aku sedih sorg2.. Aku tak tau nak rujuk pd siapa. Aku pendam sorg2 aku x share pun dgn suami aku. Aku x nak dia fikir apa yg aku rasa ni. Biar dia buat kerja dia.

Bila suami aku tanya camana sale hari ni? Ok?
Aku jwb je ok alhamdulillah -:)
Walaupun sebenarnya....Xde sale :(

Aku dah xde arah sgt aku bgtau adik aku.. Kau nak kedai tu kau ambik la.. Aku dah x nak berniaga lg. Aku x tau nak buat apa lg dah. Buntulah. Ambiklah aku mmg dah betul2 x nak teruskan lg. Aku rasa buang masa! Aku kesian kat anak2 aku setahun diaorg membesar dlm kedai yg sedih tu..terperap diaorg kat situ. Xde life. Bosan tunggu aku tutup kedai pukul 6ptg sampai diaorg tertidur kat blkg kedai.

Tp aku terfikir jgk..kalau aku tak berniaga lg malulah aku. Mesti org gelakkan aku nanti. Yg paling buat aku nak ubah kehidupan aku tu nak tau pasal apa? Sb masa aku berada dlm zon susah tu.. Org layan kita mcm kita xde perasaan. Mcm kita ni sampah. Org luar la bukan adik bradik kita. Kdg tu org pandang pun tidak kita masuk kedai letrik nak beli brg. Aku akan igt smpai bila2 sorg hamba Allah ni kata aku bangsat papa kedana. Bila aku kenang balik ayat ni air mata bergenang confirm. Rasa hina sgt.

Lps bgtau adik aku hasrat aku x nak berniaga lg tu, dia marah aku balik.. Korang tau dia suruh aku buat apa?

Bersambung...

P/s: Dah baca korang share tau.. Mana tau org lain dpt manfaat uol dpt pahala. Insyaallah...

Dila Mubarak.
#FounderOfMAMADIL
#MAMADIL2016

TAK SANGKA AKU WANITA BESI. (EPISOD 1)

Namaku Dila Mubarak. Skrg org panggil aku Dila Mamadil sb aku pengasas produk kecantikan, kesihatan & kosmetik jenama MAMADIL.

Mula2 mereka igt MAMADIL ni produk utk ibu2 bersalin@produk utk bayi2... Rupanya eh salah. MAMADIL produk utk MAMA HOT! Hot di rumah. Ops terover plk aku ni. Masih berpewatakan gila-gila remaja walaupun umur dah 31thn, anak 3, suami sorang.
Asal dr Terengganu, membesarpun di Terengganu. Org kampung ni..bukan org bandor tau.

Followers MAMADIL tercipta al kisahnya bila mula2 aku ceburi bidang ni, aku buktikan akulah testimonial pertama produk keluaran MAMADIL. Mereka tak percaya. Betul ke asalnya mcm pokok getah tua skrg bertukar mcm Cindorela gitu.. Ramai jgk yg panggil aku Cik Ta. Cik Ta Zain Saidin tu.. Over kan diaorg. Manakan nak sama.. Aku lebih muda sikit je :p

Mereka tak percaya x apa.. Aku buktikan lg dgn testimonial gempak pengguna2 produk MAMADIL. Kekadang tu kan.. Aku tak mtk pun testimonial diaorg.. Diaorg sendiri yg sukarela send pd admin. Kata mereka, selama sy guna produk kecantikan, utk anti-aging segala tu.. Sy tak pernah dpt result mcm sy guna produk MAMADIL. Mcamana sy nak jd agen MAMADIL?

Itu namanya rezeki.. Tanpa terlalu susah payah, mereka sendiri dtg serah diri. Alhamdulillah Allah yg htr mereka pd kami.

Aku dah terlajak jauh ni.. Asalnya nak mulakan cerita dr awal bagaimana aku bermula sb ramai yg nak tahu. Penat la aku nak jwb sorang2.. So aku ambil masa sehari utk karang sedikit kisah jatuh bangun aku ni.. Ini baru episod pertama.

Yg tak kenal aku mesti tertanya2 kan siapa la dia ni... Mcm bagos sgt. Cuba la follow I.. Org kata tak kenal maka tak cinta. Ada juga mula2 cinta lepas tu cabut lari.
Gurau je.. Jgn serius sgt air muka cepat nampak tua -:)

Aku cuma org biasa. Ank org biasa. Bukan anak org kaya. Habis sekolah, umur 20thn aku dah kawin. Org lain sibuk sambung belajar, aku sibuk urus rumah tangga. Aku tak pernah fikir la masa depan aku camana. Ibaratnya... Aku serah pd Allah aturkan perjalanan hidup aku.

Mcm uol juga rmhtgga mana yg x de gelombang tsunami. Aku pun tak terlepas. Aku pernah kecewa, aku pernah rasa sakit seperti disiat2, aku pernah menangis terduduk sampai tertidur tak bangun2.

Aku lalui zaman kejatuhan sang suami. Serba serbi kena berkira. Duit ada cukup2 saja. Smpai masanya rumah nak dilelong.. Kereta wira yg byk berjasa tu dh bbrp kali nak kena tarik.

Bbrp kali org dtg rumah mintak hutang. Org dtg rumah cari suami aku.. Bukan along tau.. Court Mamot pun cari sampai rumah sb hutang byk tertunggak. Beli mesin basuh & peti ais je pun. Dah x mampu nak bayar...
Takutnya aku waktu tu.

Semua tu berlaku sbnya... Suami aku pernah kehilangan kerja selama 8bln. Selama 8bln tulah buat sajalah apa yg patut utk teruskan kehidupan. Nak beli baju anak pun xde duit. Tambah2 lg waktu tu nak raya... Tgk saja org lain shopping sakan. Aku hanya pandang sepi.

Aku selalu yakinkan suami aku, keadaan kita ni tak lama.. Kita akn keluar dr semua ni nanti. Yakinlah dgn kuasa Allah. Walaupun airmukanya nampak tak hepi..mungkin rasa bersalah sbgai ketua keluarga tak dpt berikan yg terbaik utk org yg dia syg. Mungkinlah...

Sampai skrg bila aku & suami kenang balik masa lampau, kitaorg selalu cakap.. Waktu kita susah dulu, kita tak pernah bergaduh pasal duitkan? Seingat abg x ada kita gaduh sb duit. T.kasih sb jd isteri yg baik.
Berbunga hati aku ni..

Imbau balik masa lalu.. Oleh krn aku dah tak tahan hidup dlm keadaan yg serba kurang, aku selalu cari idea apa aku nak buat utk keluar dr kepompong yg tak selesa ni.

Sampailah masanya, Allah dah aturkan Dia bg aku sebuah kedai kecil terletak di pekan berhampiran pasar. Di situlah segalanya bermula tahun 2011.

Aku dpt modal rm20k. Dari mana aku dpt? Td kata nak beli baju ank pun xde duit. Payah nak cerita kat sini camana aku dpt duit modal tu. Nanti aku cerita kemudian.

Sebelum tu aku cuba jual kain pasang dari rumah ke rumah. Aku pinjam duit dgn abg aku Rm1000 buat modal. Aku cakap pd suami aku, aku akan buat duit seribu ni jd 1juta satu hari nanti. Sembang lebat org kata.. Tp skrg alhamdulillah rezekiku lebat sekali.

Ok, dgn duit modal Rm20k td.. Bermulalah misi aku nak jual produk kecantikan. Campur2 brand. Mcm2 brand. Aku tumpang kwn ke KL ambil brg dgn pemborong. Kdg tu aku pegi dgn adik aku. Adik aku la yg bwk aku ke hulu ke hilir.

Aku dah mengandung ank ke 3 waktu tu..Pegi dgn Myvi ok bukan dgn Range Rover. Sakit pinggang, muntah tepi jalan.. Apa lg aku dah x igt.. Sambil tu aku bwk 2 org lg ank aku. Aku tak sanggup nak tinggal sb aku x pernah berpisah dgn ank2.. Dari kecil aku jaga sendiri..

Aku ni jakun gila. Bayangkanlah masa tu aku dah 7thn jd suri rumah sepenuh masa. Aku takut nak berdepan dgn org luar. Adik aku la yg jd jurucakap. Aku penakut. Skrg aku dah berani da...

Muat ke letak brg dlm kereta Myvi? Baru aku sedar... Bermodalkan Rm20k xdelah byk sgt dpt stok. Utk berniaga produk2 kecantikan ni memerlukan modal yg sgt besar. Aku tak pernah terfikir apa yg aku buat tu betul ke salah. Aku xde ilmu langsung. Yg aku tahu, aku minat. Dulu bukan ada mentor @ sifu mcm skrg. Ada tu ada la tp diaorg pun belum femes. Kita belum kenal.

Balik dr KL.. Bwk stok masuk kedai kecil tu.. Tak penuh pun brg dlm satu almari. Modal 20k satu almari pun x penuh? Habis tu??? aku nak kena ada brp k lg? Tak boleh jd ni..

Bermulalah aku berniaga.. Aku buat banner, aku buat flyer. Aku tak berguru dgn sesiapapun. Dari awal aku create idea sendiri. Tp skrg jika diimbas balik mmg kelakar la.. Proses belajar. Pengalaman tulah jd guru skrg.

Jualan hari2 adakalanya laju juga..adakalanya sendu sgt. Ada juga rasa nak menangis. Dgn anak lg 2 org lepas balik tadika, duduk kat kedai kecil tu dgn aku. Aku mmg tak bg org jaga ank2 aku.. Aku lebih tenang & bahagia bila ank ada depan mata. Walaupun kekadang mereka buat perangai, boring duduk kat kedai. Bukan kedai sibuk bukan kedai maju. Kedai hidup segan mati tak mahu. Bertambahlah sendu aku bila tgk ank mcmtu..

Bersambung...

P/s: Korang dah baca tlg share tau. Mana tau org lain dpt manfaat, uol dpt pahala. Insyaallah..

Dila Mubarak
*#FounderOfMAMADIL*
#MAMADIL2016

Followers