Tuesday, 31 January 2017

MERAIKAN JANUARI

*sticky post sehingga 31 Januari 2017*
(scroll down for new posts yea)


Pejam celik kejap je, dah nak masuk setahun dah umur adik aqil. Jalan dah laju, mulut sentiasa bising nak bercakap, gigi je belum ade hihi.

Mami doakan adik aqil sentiasa membesar jadi anak yang sihat, ceria dan sentiasa di bawah lindunganNya. Mami, ayah, kakak aisya dan kakak hana saayaanngg adik muaahh.

Sooooowww, bagi meraikan bulan kelahiran adik aqil, kak imm nak launch satu offer tak masuk hakal punyee untuk semua yang berniat nak memulakan tabungan emas.

BELI GOLDBAR 5GRAM ATAU 1DINAR POWERGOLD, DAN DAPAT LESS RM 200 UNTUK YURAN KEAHLIAN POWERGOLD.

Nak tahu lebih lanjut, sile PM

"Nak offer birthday aqil" ke 0179191671
"Nak offer birthday aqil" ke 0179191671
"Nak offer birthday aqil" ke 0179191671

Disclaimer : 
- Offer terbuka untuk semua yang BUKAN AHLI POWERGOLD.

#GoldRUsStokis

LANGKAH UNTUK LATIH DIRI JADI JURUJUAL HEBAT

BERI KHIDMAT NASIHAT KEPADA PROSPEK SEBELUM MENJUAL

Khidmat nasihat sebelum menjual - Ini bahasa mudah. 

Bahasa Mat Salleh, ia dipanggil CONSULTATIVE SELLING. Apakah itu Consultative Selling?
.
.
+ Ia mengenai BINA HUBUNGAN. Hubungan harus dibina dahulu sebelum jualan berlaku. 

.
+ Ia satu proses menjual di mana kita fokus kepada apa yang pelanggan mahu. Bukan apa yang kita mahu. 

Kita tangguhkan dahulu meminta duit daripada pelanggan. Kita tangguhkan dahulu bercerita mengenai produk atau bisnes kita.

.
+ Kita tapis prospek. Tidak tamak mahu jual pada semua orang. Orang tamak selalu gagal menjual. 

Kita sudah ada ciri-ciri prospek kita mahu bantu. Fokus pada kumpulan mereka sahaja.

Kita sudah kaji 101 kebarangkalian soalan dan jawapan kumpulan sasaran ini. Kita sudah bersedia.

.
+ Apabila berkomunikasi dengan prospek, kita bertanya soalan. Soalan yang membantu untuk kita lebih kenal mereka. 

Soalan juga membantu untuk mereka rasa lebih selesa dan rapat dengan kita.

Lebih penting, kita tahu apa hasrat dan impian mereka, dan apa masalah yang mahu diselesaikan.

Kita respon berdasarkan jawapan yang mereka berikan, yang ada kaitan sahaja. Tidak meleret-leret. 

.
+ Kita latih diri untuk mendengar. Kita kawal perasaan membuak-buak mahu mencelah dan terus menjual.

Consultative selling berjaya apabila prospek lebih banyak bercakap daripada kita pada peringkat awal. 

Kita dengar dahulu. Tunjukkan kita prihatin. Kita rekod isi penting. 

Kita mula rancang apa yang perlu prospek lakukan untuk selesaikan masalah mereka. 

.
+ Kita educate prospek. Beritahu apa langkah yang mereka harus ambil. 

Kita sampaikan fakta.
Kita sampaikan informasi supaya pengetahuan mereka bertambah.

Kita ceritakan manfaat.
Kita ceritakan kisah positif pelanggan. 

.
+ Kita tawarkan produk dan servis kita. 

Sabar. Jualan biasanya tidak berlaku serta-merta.

Mungkin ada perkara lagi yang mereka mahu tahu.

Mungkin mereka tunggu masa lebih sesuai. 

Mungkin mereka bukan pembuat keputusan. Perlu minta pandangan atau izin orang lain terlebih dahulu.

Ini pentingnya aktiviti followup. Wujudkan jadual followup. 
.
.
Mary Kay merupakan salah satu jenama antarabangsa yang melatih wakil jualan mereka menggunakan kaedah consultative selling. 

Nota :

Bukan semua produk memerlukan consultative selling. Majoriti produk keperluan tidak perlu.


Followers