Thursday, 2 February 2017

Mari belajar tulisan jepun

Kak imm tafsirkan huruf jepun sebagai huruf berbunyi. Dia bukan macam huruf abc, kena ada gabungan konsonan dan vokal baru ada bunyi. Dia seketul sendiri memang dah ada bunyi.
Huruf2 jepun bunyi a, e, o, i, u, ka, ke, ko, ki, ku, dan seterusnya.

Belajar bahasa jepun bermakna kena belajar 3 jenis tulisan. 

1) ひらがな Hiragana

Bentuk huruf dia bulat2. Huruf yang budak jepun belajar masa tadika. Hiragana ni kita anggap huruf utama jepun lah. Dalam struktur ayat wajib ada huruf hiragana.

2) カタカナ Katakana

Bentuk huruf katakana ni tajam2. Lepas dah pandai sikit huruf hiragana, kita masuk silibus katakana pulak. Huruf katakana digunakan untuk eja perkataan asing yang dijepunkan. Contohnya, Malaysia, orang jepun sebut Mareishia. Mereka akan eja guna katakana, マレイシア. Apa2 sajalah perkataan asing yang dijepunkan, boleh tulis guna tulisan katakana.

3) 漢字 Kanji

Kanji adalah traditional chinese character. Tak pasti adakah China yang guna huruf jepun, atau jepun yang guna huruf china, Kak imm malas nak kaji sejarah hihi (sensei nihongo sile bagi pencerahan). Kalau korang jumpa huruf kanji dalam tulisan jepun/cina, maksud perkataan tu sama je tau.

Masa tadika dah diperkenalkan huruf kanji mudah2 macam kanji warna, hari, season, kanji binatang, kanji rasa, dan macam2 la jugak.

Hiragana dan katakana masing2 ada 43 bentuk je. Bacaan sama, bentuk je berbeza, so agak senang nak menghafalnya.

Kanji lah yang paling 'fun' dihafal zaman sekolah dulu. Satu huruf dia ada dua sebutan. Kena hafal cara tulis, hafal cara sebut pertama dan hafal cara sebut kedua.

Jepun ada buat exam nama Japanese Language Proficiency Test. JLPT ni ada 5 level. Level 5 kena hafal 100 kanji, dan level 1 kena hafal 10000 kanji. 

Kalau korang kenal sape2 yang ada jlpt level 1 tu, sile tabik spring kat dia. Ko ingat senang ke nak hafal 10000 kanji? Hahahah

月 Gatsu - bulan
火 Hi - api
水 Mizu - air
木 Ki - pokok
金 Kin - emas
土 Do - tanah
日 Hi - matahari

Kanji element digunakan dalam kanji hari juga. Element sebut lain, bila dieja sebagai kanji hari, lain dah sebutannya.


Sesuai dengan tahap funnya itu, macam2 cara weh kami buat nak menghafal kanji. Salah satunya ialah buat lukisan di sebalik huruf itu.


Belajar kanji dengan lukisan ni memang cara biasa untuk hafal kanji. In fact, ada buku jual kat kinokuniya yang tunjuk cara hafal kanji dengan lukisan. Kak imm pernah beli sebiji. Sekarang boleh google je. Tulis how to write kanji, nanti keluar la resultnya. Gambar atas ni pun kak imm kutip kat google je.

Selain tu kita buat cerita di sebalik kanji. Yang ni ikut creativity masing2 la nak buat cerita camane. 

女 Onna perempuan
全 zen belaka
(安全 - Anzen - selamat) 
Perempuan dok bawah bumbung belaka= selamat

(安い - Yasui - Murah)
Apasal perempuan dok bawah bumbung murah?
👆
Buat soalan bernada tak puas hati. Ehh tapi sampai sekarang memang kak imn tak puas hati pun dengan kanji murah ni. Kenapa pompuan dok bawah bumbung murah? Kenapa? 

田 Ta sawah
力 Chikara tenaga
(男 - Otoko - Lelaki) 
Menyumbang tenaga di sawah = Lelaki

(父 - Chichi - Ayah)
Mulut kerut ada misai = ayah

(母 - Haha - Emak)
Macam breast = emak (hahaha abaikan)

羊 Hitsuji kambing
(辛い - Tsurai -sedih)
kambing dok bawah teduhan, takdak rumput = sedih
(幸せ - Shiawase - gembira) 
kambing dok kat tanah, banyak rumput = gembira

子 Ko Budak
(学校 - gakkou - sekolah)
Budak dok bawah bumbung, kalau malas, ayah datang bawak kayu (rotan) = sekolah

Hahahah seronok teringat zaman hafal kanji dulu. Sekarang lah rasa seronok. Tapi masa kejadian dulu stress nak mampos, rasa macam nak minum air rebusan buku kanji je. 

Sekarang banyak dah lupa. Mottainai naa. Agak membazir maksudnya. Huhuh
Mommies yang ada anak sekolah yang amek bahasa jepun meh pm kak imm. Nanti kite share cara hafal kanji level tadika dengan cara fun fun bebeh. Hahaha.

Kanji kesukaan kite.
Yang atas Ai, maksudnya cinta.
Yang bawah Mi, maksudnya indah.

Followers