Saturday, 4 February 2017

Rumah impian

Bila angankan rumah impian, kak imm jarang bayangkan ape yang ada dalam rumah.

Luas sempit, berapa bilik kak imm jarang fikir, tapi yang penting dalam rumah tu wajib ada satu bilik baju. Walk in closet katanya. Wajib wajib wajib.

Dan dekat dapur kite ada satu pintu yang besar yang bersambung dengan outdoor dining area. Dining area tu dok dalam garden.

Daann, paling excited adalah imagine bahagian luar rumah. 

Sejak pandai berangan, memang kak imm angan2kan sebuah rumah dengan backyard/closed garden yang sangatt cantik. Ada rose garden dan pokok2 bunga warna warni.

cantiknya taman jepun ni

Sambil makan nasi lauk ikan singgang ulam cicah budu, kite menikmati keindahan taman.

Kenapa backyard/closed garden?

Sebab kak imm suka berkebun. Nanti kalau ada kebun cantik, kak imm yakin 78.5% masa kak imn habiskan kat situ. So, mestilah kena 100% bertutup supaya kak imm selesa nak bersantai2 kat situ kan.


Plan rumah (kononnnyyyaaa) kak imm gigih lukis pakai paint pada tahun 2009. Mase tu terpengaruh dengan landscape taman jepun. Tengah2 taman ada kolam dan jambatan bagai. Layout rumah pun macam rumah jepun zaman dulu hihi.

Cantik ngatt rumah ni

~Jom berangan dulu, free je😝~




Followers