Monday, 6 February 2017

Berani berimpian

Kak imm pandang tinggi dengan adik yang sorang ni.

Walau dia adik, kak imm sentiasa anggap dia sebagai sumber inpirasi.

Kuat semangat adik kite yang sorang ni.

SANGAT BERANI MENCAPAI IMPIAN

Tahun 2007,

Dia berenti matrix sebab nak masuk airforce. Impian dia nak jadi pilot.

Tapi, Allah belum bagi rezeki, dia gagal masa interview kadet tentera udara.

Kak imm ingat lagi ayat dia, masa dia called. Kak imm kat nihon lagi mase tu.

“aku msok navy dulu kak,
dr navy nak usaha msok airforce..
aku nak gak airforce..”

Takde pilihan, ye lah, dah quit matrix kan, mane buleh masuk balik, maka dia apply kadet tentera laut. Ok dia dapat.

Dia masuk navy dengan sijil SPM je. Sesungguhnya dia memang bermula dari bawah. 


Gambar masa hari pengtauliahan (hari habis kursus kadet navy). 
Time frame perjalanan hidup dia dengan kak imm hampir sama. Tahun 2009 kak imm grad and balik mesia. Dia pulak habis kursus navy dan keluar berlayar.

Keluar berlayar, mabuk laut perkara biasa, siap jatuh dalam kapal patah tulang pipi lagi. 

(Nasib baik tulang cantum balik kalu dop jd mat senget dah haha)

Tapi kami semua tahu impian dia nak jadi pilot tu tak pernah padam. 

8 tahun dalam dunia navy, kalau ikut logik akal, macam takde lorong dah dia nak jadi pilot.

2015, Allah baru buka jalan. Dia apply kursus pilot dalam navy, kali ni dia dapat. 

10 tahun selepas dia amek risiko berenti belajar untuk mengejar impian, baru Allah makbulkan impian dia.

"Assalam kakak2 abang2 adik2 sume..mnggu dpn abe start flying doh..mohon doakan keselamatan, dipermudah urusan dan instrctor lembut hati ye ☺☺☺"

Selamat terbang ayah cu. Kami doakan keselamatan ayah cu, dan cepat2 pass kursus dan dapat lesen flying.

Followers