Tuesday, 14 February 2017

Episod pertama #GifuDalamKenangan

Assalamualaikum semua,

(Actually inilah episod pertama #GifuDalamKenangan yang kite tulis dekat fb. Baru perasan belum tepek kat sini hewhew)

Tadi masa nak buat post yang ada "kesan kekurangan minyak ikan" tu, saya ada karang cerita panjang. Panjanggg gile, baca lah kalau korang rajin😂

Warning : Tulisan ini sangat panjang tau!!

Saya sangat suka subjek biologi sejak sekolah menengah sebab cikgu biologi saya cantik. Tapi saya sangat tak suka fizik (walaupun cikgu kamil comel, tetap tak menarik minat saya nak suka fizik..ihiii sori cikgu). Bayangkan, ada kawan satu form yang dapat exam fizik 100 markah, tapi saya dapat 19 saja. Hetchuu fizik.

Lepas SPM saya takdapat offer apa2 course yang related dengan biology, tapi dapat offer buat engineering kat UIA dan persediaan ke Jepun, pun course engineering jugak. Dua2 pun engineering, baik saya pilih offer yang jauhhhhh. hahaha

Masa isi borang nak pilih universiti Jepun, saya pilih uni yang ada course biologi. Ape2 sajalah asalkan biologi huhu. Walaupun pelajar Malaysia ke Jepun lebih sinonim dengan course Mechanical atau Electric&Electrical engineering, saya pilih seimei kougakka (yang pada awal2 tu saya tak tahu pun maksud sebenarnya). Asalkan ada perkataan bio kat depan dia, saya pilih lah😂

Hari pertama di Jepun, kami ada taklimat dengan embassy. Di saat kawan2 lain excited dan cuak membayangkan kehidupan yang bakal dilalui, pihak embassy menambahkan dos kecuakan saya dengan memanggil nama saya di depan khalayak ramai.Encik Adib nama pegawai embassy itu.

EA : Mana Hanim Munirah Che Hassan?
HM : Saya (bangun slow2)
EA : Ke Gifu daigaku.
HM : Ye, saya.
EA : Kougakubu seimei kougakka.
HM : Ye saya. (sumpah saya cakap, di hari pertama tu saya masih tak faham pun apekah maksud sebenar seimei kougakka)
EA : Tahu tak awak first Malaysian yang ambil course ni dekat Gifu?
HM : Tak tahu
EA : Jadi, awak takde senpai. Awak ok tak?
HM : Ok tak ok, saya dah pun sampai sini.
EA : Nanti saya melawat awak kat Gifu ye.
HM : Baiklaahhhh (naif gile sebab taktahu realiti yang bakal dihadapi)

Realitinya,

+ Saya sorang2 Melayu dalam kelas tu. Takde rare sangat sebab kawan saya yang amek E&E pun sorang2 Melayu dalam kelas dia jugak. Hari pertama (hari guidance) saya duduk sebelah budak pompuan nama madoka.

Saya : Hajimemashite. imm desu, mareeshia kara kimashita. Yoroshiku onegaishimasu. (Selamat berkenalan, nama saya imm. Saya dari Malaysia. Sila bagi tunjuk ajar). Ayat ni wajib hafal hahaha.

Madoka ada kawan nama Kaori. Mereka berdua (sajalah) kawan jepun yang agak rapat dengan saya selama 4 tahun. Saya masih keep in touch dengan Kaori sebab dia ada fb. Madoka, dah lost contact lepas saya balik sini.

+ Saya takde senpai (senior) yang amek course sama, so sebelum lecture start, saya memang takde rujukan lansung apekebenda seimei kougakka itu. Tak tahu nak expect ape. Awal2 masuk kelas, saya ingat saya amek course biotechnology, tengah2 tahun baru saya tau seimei kougakka tu maksudnya biomolecular. hihi blurr sungguh.

+ Di saat kawan lain menerima buku warisan dari seniors, (dan bolehla berjimba sikit2 dengan duit elaun buku) saya kena spend semua duit elaun buku untuk beli buku sendiri. Buku2 dah la stok2 ensiklopedia semuanya. Tak cukup pun duit elaun buku untuk budak seimei sebenarnya. Ada buku yang mahal sangat tu, saya pinjam dari library. Renew tempoh pinjaman setiap 3 minggu. Sampaikan saya dah balik Mesia 2 tahun lebih, ada kawan sampaikan pesan dari library kate ada buku yang saya belum pulangkan. Eehhh dah hantar semua la. Seriously saya taktahu buku yang mana yang dikatakan belum hantar tu. Yang pasti, dah takde buku bercop Gifu University dalam simpanan saya.

+ Di saat kawan lain dapat kakomon (soalan exam past years) dari seniors, syukurlah saya dapat kakomon dari sensei sendiri. Pegi je mintak, confirm sensei bagi. Untung2 sensei cakap, sila study cara lukis DNA,  atau hafal step dari asid amino ditranslate kepada ribonucleic acid atau hafal 13 steps penapaian (wahhh sedapnya tapai, teringin la pulak). Silelah hafal sebab confirm soalan tu keluar nanti ahaha.

+ Saya bukanlah excel di zaman universiti saya, papers pun sekadar lepas je hiii tapi syukurlah saya boleh survived selama 4 tahun di sana. Saya tak ingat dah tahun ke berapa, En Adib datang melawat gifu. Nampak muka saya terus tanya, "hahh hanim munirah, camane?"
Hanim Munirah : Alhamdulillah, masih hidup dan masih pass semua paper😂

+ Final year adalah tahun kegemilangan. Separuh, ehh lebih dari separuh kehidupan saya adalah kat dalam lab. Masuk pagi2, balik tengah malam. Weekend masuk lab. Hari raya, selepas solat raya, masuk lab. Musim sejuk, gelap awal, balik rumah solat maghrib, pastu lari2 pegi sekolah masuk lab balik dan kena stay sampai tengah malam. Pastu tiap2 hari nak balik takut sebab lab dok tingkat 7. Guna tangga takut, guna lif pun takut. Pastu sedapkan hati cakap dekat jepun takde hantu, tapi mata melilau atas bawah kot2 ada ju-on tengah merangkak.

Jadi sekarang,

Walaupun saya jual macam2, saya tak pernah tinggal bisnes yang related kepada supplement.
Saya ada kecintaan dan obsesi yang tinggi kepada ilmu biologi, ilmu nutrition, yang kena baca jurnal, yang kena bukak ensiklopedia.

4 tahun woihh belajar bio dok usung ensiklopedia tebal, rugi gileeee la kalau tinggal kan. Jadi, saya jadikan platform bisnes supplement #Shaklee sebagai satu cara untuk mewajibkan diri sendiri terus mentelaah ilmu2 biologi.

Zaman student saya, saya rasa adalah zaman di mana saya sangat produktif, sangat fokus dan sangat positif. Saya harap suatu masa akan tiba di mana saya boleh jadi seproduktif, sefokus, sepositif saya zaman study dulu. Rindu sungguh saya kepada saya berumur 23 tahun. Seorang gadis yang berjiwa besar.

Doakan saya boleh jadi sehebat saya dulu, (dan masih awet muda macam umur 23 tahun jugak hihihi)

Okei dah habis mengenang masa lalu, sapa baca sampai habis? Tabah gile korang hahah, tinggal la link pages korang kat komen, nanti akak like😘

#GifuDalamKenangan


PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

KENKOU SHINDAN @ MEDICAL CHECK UP

Assalamualaikum semua,

Dulu dekat uni, every year kami diwajibkan buat kenkou shindan atau medical check up. Medical check up dibuat pada hujung bulan 3, sebelum sem baru bermula. Semua orang wajib buat, dan percuma saja.

Medical check up dibuat menyeluruh tau. Ada 9 test semuanya. Dari ukur berat tinggi, kepadalah blood test, urine test segala, semua dia check.

Dan untuk budak2 biology dan chemistry field yang selalu guna chemical, kami ada extra test untuk check chemical level dalam darah. Satu lagi untuk check kereaktifan jugak sebab kak imm dulu pernah guna bahan radioaktif.

Selingan :
Sensei kak imm selalu pesan, "Handle radioaktif elok2 ye, kesannya boleh sebabkan mandul. Saya takpe, dah ade 3 orang anak cukuplah"
😂😂😂

Kak imm zaman sekolah dulu sangatlah kecik. BMI kak imm takpernah lulus, 18.5~18.8 saja which is underweight. (Dululahh😑😑😑)

Tetapi, di sebalik kekurusan itu, badan kak imm menyimpan rahsia yang amat mengerikan kahkahkah.

Body fat average untuk wanita sihat ialah  25%~31%.  Kak imm punya body fat adalah 28%!!
Selalulah kak imm kena tegur oleh doktor yang review result tu sebab kak imm underweight tapi body fat kak imm amatlah tinggi jika nak banding dengan kekecikan badan kak imm.

Dia syak lemak kak imm banyak berkumpul dekat organ dan dalam salur darah. Doctor cakap risiko tinggi untuk salur darah tersumbat dan tiba2 jadi stroke.

Takut kan.😲😲

Macam mana nak check blood fat percentage? Paling tepat, buat blood test dekat klinik. Untuk gambaran ringkas, kite boleh teka kite berlemak ke tak dengan cara ini.

+ Kalau kite gemok, itu memang petanda kita ada banyak lemak bawah kulit.

+ Kalau kita rasa kita kurussss, cuba tarik kulit kita. Kalau banyak gelebeh, sangat elastik dan boleh tarik panjang2 tu maknanya kite ada lemak di bawah kulit.

+ Kalau kite buncit, peha bergesel, dan lengan lembik berayun2 (iklan kat jepun sebut karuku yabai), terimalah hakikat kita memang ada banyak lemak bawah kulit dan mungkin dekat organ jugak.

Faham kan, walaupun kita kurus, tapi kita tak jaga makan, kita ada risiko untuk diserang penyakit darah tinggi, stroke dan macam2. Dan kalau kita gemuk hmm risikonya lagilah tinggi.

Btw, kak imm dah lama tak buat blood test. Tapi kalau tengok ke gambaran kasar ni, boleh tahan banyak jugelah lemak aku sekarang.😷

Stress!! Lecithin dan Alfalfa silelah cepat2 cairkan dan flushkan lelemaks daku ini.

~Promo set kurus bakal tamat 28hb ye korang. Whatsapp kak imm 0179191671. Hihi tibe2 iklan 😝~



Caption : Guideline medical check up Gifu university, kak imm pinjam dari website sekolah hihi

#GifuDalamKenangan


PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Followers