Sunday, 19 February 2017

Jom buat kertas dengan HAPPY MIXER

Assalamualaikum semua,

Semalam ade kawan sekolah kak imm hantar gambar dengan tulisan jepun, minta kita translet. Kite pun translet lah berdasarkan gambar.

Pastu dok teka2 apekebendanya barang tersebut. En suami kata macam instruction nak tukar filter ekon je.

Ehh takkan la instruction ekon gambar katun2 camtu kan, so kite mintaklah kawan tu hantar gambar barangnya sekali.


Laaa menan untuk budak2 rupanya. Nama dia KIRA DECO ECO HAPPY. Set mainan untuk buat kertas baru dari kertas terpakai. Korang kalau jumpa set mainan ni nanti bolehla belikan untuk anak2 ye. Pastu bolehlah beraktiviti dengan anak2 dengan gumbira.

So, ini full instruction cara guna happy mixer dan buat kertas tu.


1) Sediakan bahan2nya

A : Kandungan Happy mixer set
1.Mixer 2.Frame 3.Penyerap air 4.Net 5.Papan penekan 6.Gam 7.Sudu gam 8.Acuan love 9.Acuan segi 10.Stickers 11.Taktahu haha 12.Buku panduan

B : Barangan dari rumah
1.4 keping tisu double layer (kalau ada tisu kaler2 lagi comei)
2.Besin air 3.Pinggan 4.Tuala 5.Surat khabar 6.Cerek
7.Pengalas

*Kali pertama buat guna tisu dulu, next time boleh cuba lagi dengan kertas terpakai*

2) Rendam tisu dalam air.

1) koyak tisu dengan tangan. JANGAN GUNA GUNTING TAU!
2) masukkan tisu ke dalam mixer, tambah air sehingga aras yang ditetapkan

3) Jom kita setting frame

1) buka frame → basahkan lace → susun lace-net-frame → tutup frame sehingga ada bunyi kelepeppp😂

2) letak frame ke dalam besin, tambahkan air sampai bahagian net tenggelam (paras air 5mm atas net).
ketepikan, nanti pasni kita guna

4) Sekarang kita sediakan bahan kertas

1) Pusing handle mixer selama 2 minit.
2) Tambah gam sesudu
3) Pusing lagi seminit
* Blend sehingga tisu jadi macam bubur.

Amaran ketika menggunakan mixer.
1) Wajib letak penutup masa pusing handle.
2) Jangan letak banyak2 nanti rosak. 
3) Jangan blend benda lain selain bahan untuk buat kertas
4) Jangan sentuh pisau kat dalam tu
5) Jangan buat aktiviti kat tempat tak selamat

5) Dah boleh mula buat kertas yeayy



- Tuang adunan tisu ke dalam frame.
- Ratakan betul2

6) Langkah pertama keringkan kertas

1) Angkat frame dari air dengan hati2. Pegang secara mendatar seketika sehingga air berhenti menitik
2) Pindahkan frame ke atas pinggan
3) Buka frame
4) Letakkan lace penahan di atas adunan tisu cantik2 jangan bagi kedut2. Tutup frame dengan hati2
5) Lap air berlebihan dengan penyerap air
6) Letak frame atas surat khabar. Biarkan seketika

7) Masa untuk keringkan kertas

1) Letak papan penekan atas pinggang
2) Pindahkan adunan kertas ke atas papan. Angkat sekali dengan lace
3) Letak papan penekan di atas.
4) Tekan perlahan2 menggunakan kedua2 tangan

8) Tak puas hati tekan je, kite pijak pulak
Sebelum pijak boleh letak hiasan (barang no 11 tu. batu2 ke?)



9) Jom keringkan kertas (secara semula jadi)

1) Agak2 air dah kering, buang papan penekan, surat khabar dan lace.
2) Letakkan di atas pengalas dan biarkan mengering selama sehari.
*Tindan dengan buku tebal semalaman

9) Jom keringkan kertas (pantas)

1) Buang papan penekan, surat khabar, lace.
2) Alas kertas dengan kain (atas dan bawah)
3) Iron sehingga kering

*Adik2 jangan iron sendiri, bagi mak ayah buat ye. 
*Kalau nak letak deco2 no 11 tu, tak boleh guna iron.

Dah habis aktiviti, bersihkan dan simpan mixer di tempat yang selamat.
Tutup gam elok2 dan simpan.

Kertas boleh digunakan mengikut kreativiti masing2👍

Fuwwahhh tak sangka kak imm masih boleh baca nihongo hahahha. (Okeii ni ayat2 untuk budak tadika bolehlah, ce bagi aku buku teks 物理生物化学, 1% je boleh baca kot haha)

Selamat buat kertas bersama anak2 uols. Sebelum tu boleh pegi cari set happy mixer tu dulu ye.😘

Mak2 sambil beraktiviti dengan anak2, boleh cekidaut promo laku keras bulan ini ye👇

PROMO LAKU KERAS FEBRUARI 2017!!


Kombinasi 2 vitamin ni dapat efek kurus! 
Lecithin uraikan lemak manakala Alfalfa Complex sebagai pelawas 👍

BELI 1 SET PERCUMA 1 SET.

Khas untuk yang dah penat bawa overweight. Berdiri lama sakit lutut, sampai terganggu ibadat. Kulit gelebeh bergesel sampai melecet😭

Kami akan bantu cara makan sampai dapat result. Raya kang dah berjaya pakai kebaya pinggang kerengga😘 

Lulus KKM & ada pengesahan halal JAKIM. 100% daripada bahan semulajadi. 

Whatsapp kami 0179191671 segera ye.

Followers