Monday, 13 March 2017

SESUNGGUHNYA KENCING MANIS ADALAH TIDAK MANIS

Assalamualaikum semua,

Malam ni kita akan berkenalan dengan diabetes atau kencing manis yang langsung tak manis ni.


Pada tahun 2015, sebanyak 17.5% iaitu seramai 3.5 juta penduduk dewasa di Malaysia menghidap diabetes dan daripada jumlah tersebut, separuh (9.2 peratus) tidak mengetahui bahawa mereka menghidapi penyakit tersebut.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja merupakan populasi yang tidak sihat, tetapi yang lebih membimbangkan adalah ramai dalam kalangan masyarakat kita tidak mengetahui bahawa mereka adalah penghidap diabetes.

Hmmm seram betul kan. Tibe2 je kena stroke, atau kaki berkudis tak sembuh2. Last minit baru tahu laa ada kencing manis kronik rupanya.

Siapa tahu kencing manis / diabetes melitus (DM) ni sebenarnya apa?



DM ni adalah metabolic syndrome disebabkan samada kekurangan insulin atau insulin tidak berfungsi dgn baik.

Insulin ni fungsi dia untuk tunjuk jalan kepada gula untuk masuk ke dalam sel dan proses jadi tenaga. Tapi bila insulin kurang/tak berfungsi gula yang kita makan dok berenang-renang dalam darah je. Gula tak jumpa pintu nak masuk sel, takdapat diproses jadi tenaga, makan banyok letih lesu jugek.

Gula terkumpul dalam darah pun sangat bahaya, boleh jadi makanan bakteria. Bakteria membiak gemok beranak ramai2 berpesta makan gula dalam darah. Sebab tu bila berkudis lambat sembuh, atau ada yang tak sembuh langsung sampai kena potong.

(Pastu badan kita ni pulak, bila dia tak dapat gula untuk proses jadi tenaga, dia pergi proses unsur lain macam lemak dan protein untuk jana tenaga. Ini sangat membahayakan badan sebab selain tenaga, ada bahan buangan yang takbaik untuk badan jugak akan terhasil.)

Faktor yang membawa kepada kencing manis adalah:

✔Keturunan
✔ Darah tinggi
✔ Kolesterol tinggi
✔ Obesiti
✔ Perempuan ada PCOS
✔Sedenteri life. Kurang senaman

GEJALA PENYAKIT KENCING MANIS


+ Sentiasa letih dan lesu
+ Sentiasa merasa lapar
+ Sentiasa merasa dahaga
+ Jangkitan vagina pada wanita
+ Kebas kaki dan jari
+ Bermasalah ketika hubungan kelamin
+ Berat badan turun mendadak
+ Rabun dan katarak
+ Luka lambat/tidak sembuh
+ Kerap membuang air kecil

Dah faham camane penyakit kencing manis terjadi? Bagus Alhamdulillah. Pastu next entry kak imm akan cerita bagaimana VIVIX dapat bantu dalam mengawal kencing manis pulak.

Stay tune and follow Vitamins'R'Us ok

Untuk konsultasi detail mengenai masalah kesihatan korang, boleh terus whatsapp kak imm. Klik sini tau Hai kak imm, saya cari penawar kencing manis.

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MELAWAN KANSER

Assalamualaikum,

Last week imm ade join kelas vivix yang disampaikan oleh Dr Farhanah Ibrahim (Dr. Hana) adalah doktor di hospital kerajaan tau. Dr Hana terangkan pada kami camane vivix membantu pesakit kanser.

Sebelum ni kak imm ada update pasal penyakit kanser, so korang boleh klik sini untuk baca KANSER ADALAH PEMBUNUH SENYAP,

So, lets belajar camane vivix lawan kanser pulak.

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MENGAWAL KANSER

Vivix bantu melawan kanser dengan 4 mekanisma utama.

1) CELL DEFENSE - Pertahanan sel
2) CELL ENERGY - Penjana tenaga sel
3) CELL REPAIR - Membaiki sel
4) CELL PERFORMANCE - Meningkatkan aktiviti sel

1) CELL DEFENSE -


Vivix pertahankan sel dari kerosakan biological.

Contohnya bila kita makan banyak benda bukan-bukan, processed food, siap ada perisa, pewarna, conservative tambahan dan sebagainya,

BENDA NI SEMUA MENYEBABKAN STRESS BIOLOGI KEPADA SEL BADAN.

Ada kajian dibuat, lepas makan makanan berlemak tinggi (biological stress), sel-sel badan akan bertindak menghasilkan BIOMARKER tertentu sebagai respon kepada makanan yg tinggi lemak tu. Biomarker akan merosakkan dan cepatkan penuaan sel.

Makin tinggi biological stress, makin banyak biomarker ni akan dihasilkan dan lagi cepat sel-sel badan kita mengalaami kerosakan/penuaan.

So fungsi vivix ni dia CEGAH biomarker tu dari dibebaskan. Takde biomarker terhasil, sel-sel takdelah rosak, hasilnyaa sel2 kekal muda dan sihat untuk jangkamasa yang lama.

2) CELL ENERGY.


Pusat penghasilan tenaga dalam sel adalah mitokondria, vivix ni terbukti meningkatkan penghasilan tenaga dari peringkat mitokondria.

Kajian menunjukkan mitokondria yang aktif dan sihat dapat mengurangkan risiko kecacatan dan bertukar menjadi sel kanser.

3) CELL REPAIR. 


Kajian juga membuktikan resveratrol dan polyphenol dalam vivix dapat membaiki kerosakan DNA dan mencegah sel dari rosak.

4) CELL PERFORMANCE.


Dalam badan kita ada satu protein yang berfungsi menuakan sel. Nama dia AGE protein.

Vivix boleh halang penghasilan AGE protein ni dan improve performance cell. Sel menjadi lebih aktif dan kekal muda.

So, macam ni lah vivix membantu melawan penyakit kanser.

Korang nak tengok testimoni vivix boleh lawat page kami kat sini Vitamins'R'Us.

Sape perlukan konsultasi kesihatan boleh terus pm kak imm ye. Klik sini HAI KAK IMM

INFO PENYAKIT : GOUT

Assalamualaikum semua,

Jom kenal penyakit gout


1) HANYA LELAKI AKAN DISERANG GOUT = AUTA

Lelaki dan wanita boleh kena gout, (tetapi lelaki lebih ramai la)

Gout menyerang lelaki pertengahan usia, dan wanita selepas menopause.

Serangan gout pada usia sebelum 30 adalah jarang berlaku. Tetapi jika ada, bersedialah untuk serangan gout yang kronik bila usia meningkat (jika tak cari rawatan awal)

2) ASID URIK ADALAH PENYEBAB UTAMA GOUT = FAKTA

Terlalu banyak asid urid dalam badan menyebabkan pembentukan kristal asid di sekitar sendi. Penghidap akan mengalami serangan kristal asid yang sangat menyakitkan.

3) SERANGAN GOUT BOLEH DIKESAN AWAL = FAKTA

Pra-serangan gout bermula dengan rasa sengal pada sendi jemari. Serangan sebenar akan datang secara tiba.

Serangan gout sangat menyakitkan sehingga boleh menyedarkan pesakit dari tidur. Serangan gout akan membuatkan sendi merah, bengkak, panas dan tidak boleh disentuh.

4) GOUT BOLEH DIKESAN DARI PEMERIKSAAN DARAH RINGKAS = AUTA

Pemeriksaan darah hanya boleh mengukur paras asid uric tetapi data itu tak cukup untuk mendiagnos gout.

Gout boleh dikesan dengan mengambil sampel cecair pada sendi yang bengkak. Doktor akan mengesan kehadiran kristal asid uric untuk mengesahkan pesakit diserang gout.

5) GOUT HANYA MENYERANG JEJARI = AUTA

Ibu jari adalah tempat biasa serangan gout. Namun pesakit masih boleh mendapat serangan gout pada semua jenis sendi yang wujud pada badan.

Buku lali, lutut, siku, lengan, dan lain2.

6) MENGURUT DENGAN MINYAK PANAS DAPAT MELEGAKAN GOUT = BIG BIG BIG AUTA

Serangan gout adalah sangat menyakitkan  jadi pesakit dinasihatkan untuk tidak memberi tekanan pada kawasan sakit. Mengurut dengan minyak panas tidak membantu malah boleh menambah kesakitan pesakit.

Letakkan pek ais boleh melegakan kesakitan untuk sementara. Dapatkan ubat/painkiller untuk hilangkan serangan.

7) GOUT DIKATAKAN PENYAKIT ORANG KAYA = FAKTA

Sejarah penyakit gout dikesan dikalangan golongan berada yang makan makanan mahal dan minum banyak arak.

Namun begitu pada era ini, diketahui bahawa gout juga boleh menyerang semua orang tak mengira status.

8) SARDIN DAN IKAN BILIS BOLEH MENINGKATKAN SERANGAN GOUT = FAKTA

Makanan yang tinggi kandungan purines boleh meningkatkan paras asid uric dalam darah dan menyebabkan serangan gout.

Makanan laut sangat tinggi kandungan purines. Organ dalaman seperti hati dan buah pinggang juga mengandungi purines.

9) KEJU MAMPU MENGURANGKAN SERANGAN GOUT = FAKTA

Minum produk tenusu seperti keju dan susu boleh menurunkan paras asid uric dalam darah dan mengurangkan serangan gout.

10) SERANGAN GOUT YANG TIDAK DIRAWAT BOLEH MENYEBABKAN RANGKAIAN SERANGAN BERTURUT DAN LEBIH MENYAKITKAN = FAKTA

Serangan gout yang kerap boleh menyerang beberapa sendi sekaligus dan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.

10) OBESITI MENINGKATKAN SERANGAN GOUT = FAKTA

Obesiti boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit.
Turunkan berat badan untuk sentiasa kekal sihat dan aktif.

11) PESAKIT GOUT ADALAH BAKAL PESAKIT BUAH PINGGANG = FAKTA

Asid urik yang tinggi pada buah pinggang juga boleh membentuk kristal dan batu karang pada buah pinggang. Sakit yang tidak dirawat boleh menyebabkan buah pinggang rosak

Follow page Vitamins'R'Us untuk lebih banyak info kesihatan.

#KinDanGin2017
#VitaminsRUs
#TokeyEmasJualVivix

KANSER adalah pembunuh senyap

SILENT KILLER YANG CACAT, DEGIL DAN JAHAT

Kanser adalah SILENT KILLER. Orang biasanya tak sedar dia ada kanser. Pergi dekat doktor check rupanya dah stage 4. Kanser dah merebak, dah takboleh rawat dah. Sebab tu kita panggil kanser ni pembunuh senyap.




Kanser ni secara amnya adalah penyakit di mana sel dalam badan kita tumbuh secara ABNORMAL, dan berpotensi MEREBAK ke tempat lain.

Sel normal akan membahagi macam biasa. Sampai satu tahap kalau sel tu dah mencukupi dia akan stop membahagi.

Macam sel kulit. Setiap hari akan ada kulit mati, dan akan ada sel baru tumbuh. Bila dah cukup, otak bagi signal untuk dia stop membahagi dulu. Tunggu sel lain mati, dia buat pembahagian sel semula nak hasilkan sel kulit baru.

Bila badan kita terdedah pada radikal2 bebas di sekeliling, ada potensi DNA dalam sel kita rosak. Bila DNA rosak, sel tu akan jadi abnormal. Mutated, bahasa senangnya CACAT.

Kalau la masa pembahagian sel tadi ada sel rosak, Allah dah buat satu program dalam badan kita, if berlaku sel rosak ni, program sel ni akan menjalani proses apoptosis

Apoptosis ni ialah proses sel memusnahkan diri sendiri aka "bunuh diri" bila dia tau dia cacat. Jadi semua sel CACAT, akan bunuh diri, supaya sel CACAT tu tak membahagi.

Bayangkan macam kilang. Cek production, kalau ada defect, kena reject dan buang.

Tapi sel kanser ni ibarat SEL CACAT YANG DEGIL. Sel cacat degil ni dia taknak bunuh diri. Dalam kata lain, bila berlaku mutasi, sel rosak ni dia tak bunuh diri . Dia membahagi juga, berkembang biak, jadilah sel kanser😞

Untuk pengetahuan, hampir semua organ boleh kena kanser. Otak, mata, telinga, tekak, mulut, paru2, usus, prostate, pundi kencing, otot tangan, kaki dan sebagainya.

BAGAIMANA SEL KANSER BOLEH MEMBUNUH?

Sel kanser ni dah la cacat, degil, dia juga SANGAT JAHAT.

1. Sel kanser dia membiak beranak pinak, jadi ketumbuhan. Bila ketumbuhan tu membesar dia kacau fungsi organ tempat dia bertapak tu.

2. Dia dah rosakkan organ pertama, dah boring kat situ, dia merebak ke organ lain dan rosakkan organ2 lain pulak.

Bila semua organ shutdown, maka matilah manusia.

Seram kan kanser ni. So, kena sentiasa buat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Jaga pemakanan, persekitaran untuk mencegah dari dijangkiti kanser.

Next time kak imm cerita macam mana vivix boleh melawan sel kanser pulak.

Stay tune dan follow page Vitamin'R'Us untuk pelbagai info BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MELAWAN PENYAKIT ANDA.

Klik www.wasap.my/60179191671 untuk konsultasi kesihatan dan untuk order vivix anda ye.

Followers