Wednesday, 15 March 2017

HUTANGKU RM LIMA RIBU

JANGAN BIAR HUTANG MEMBEBANKAN HIDUP KITA

Kak imm pernah cerita kot, mase awal2 terjebak dengan bisnes tahun 2014 dulu kak imm pernah labur modal ribu2 tapi akhirnya tinggal debu😂

(Pengajaran ye korang, nak start bisnes, mulakan dengan modal kecik je. Bisnes shaklee modal RM 80 aje hihi)

Rentetan dari kisah ribu jadi debu itu, kak imm hutang dengan kakak2 RM 5400. 5ribu 4ratus hoiii mane aku nak korek duit.

Alhamdulillah di tahun 2017, baki hutang tinggal RM 1k+ je. Boleh langsai sebelum habis tahun ni kot insyaAllah.

Camane kak imm bayar hutang 4ribu dalam masa 3 tahun walaupun takde income tetap?

Takde shortcut korang, seriously takde shortcut.

Duit masuk, dahulukan bayar hutang. Masuk sikit, bayar sikit, masuk banyak, bayarlah lebih.

Selalu cek baki hutang kite ade berapa. Kite punya file hutang tu ade dalam semua device kite guna. Laptop ade, hp pun ada. Setiap kali tukar hp, file hutang tu la yang kite transfer dulu.

Yang paling penting kena ada NIAT NAK BAYAR HUTANG TU. Kalau xde niat, hutang seratus ringgit je pun 10 tahun belum tentu boleh langsai.

So, ape yang kak imm buat untuk bayar hutang tu? Ni tips dia

4 TIPS BAYAR HUTANG 4 RIBU TANPA INCOME TETAP

1) TAKPAYAH BERANGAN NAK BAYAR HUTANG SEDEBUK SEKALIGUS.

Satu)
Entah bile ntah kite nak dapat duit sedebuk sekaligus tu kan😂

Dua)
Bile dapat duit banyak2, kite akan ade baaannyyaaakkk plan nak guna duit tu, dan bayar hutang tidak akan berada pada priority utama. Percayalah😏

Maka, bayar sikit2 pun ok je. Ada RM 50, bayar 50.

Bagi kak imm, kite agak lucky sebab kakngah kite pengguna ESP Shaklee. So bile dia nak topup ESP, kite bagi ESP dan tolak hutang.

2) KAK IMM MAIN KUTU UOLS

Secara jujurnya kak imm pun ada perasaan beratnya lahai nak bayar hutang. Terfikir nak beli benda lain dulu. Tambah pulak si pemberi hutang tu kakak kite je kann. Dalam hati ade rasa, beli benda lain dulu lahhh, bulan depan pulak kubayar hutang mu. Pastu bulan depan, ehhh ade benda lain lagi yang nak dibeli adoii.

So, kak imm main kutulah dengan orang lain. By hook or by crook kite kena bayar. Malu dowhhh sape yang ngelat bayar kutu, baik ko g sorok muka dalam lubang jamban. Ehh emosi pulak😂

Dapat duit kutu, bahagikan siap2 untuk bayar hutang. Kalau ko kuat semangat, nak gunakan 100% buat bayar hutang pun boleh. Lagii pantas hutang habis, lagi senang hati.

Tapi ketahuilah bahawa kak imm ini manusia biasa yang imannya senipis kulit bawang, jadi kak imm gunalah sikit duit kutu tu untuk gembirakan diri sendiri hehe. Dah gembira suka hati beli barang yang diingini, terus bersemangat nak join kutu next cycle pulak.

Yang penting, hutang mengecik, kotak wishlist pun boleh tick✅

~jutaan terima kasih kepada suami, walaupun beliau adalah penyumbang utama duit kutu, tapi beliau tak pernah tanya mane duit kutu kak imm pegi hihi. Yang penting kite tak belanja tak tentu hala😘~

3) PASAK KEMAS2 NIAT DALAM HATI DALAM OTAK NAK BAYAR HUTANG.

Tadi dah tulis kan, kalau takde niat, hutang seratus pun 10 tahun belum tentu boleh langsai.

SAHAJA AKU NAK BAYAR HUTANG KERANA ALLAH TAALA.

InsyaAllah dipermudahkan.

4) SILE TAKUTKAN DIRI SENDIRI

Hutang wajib bayar, kang tibe2 esok Allah amek nyawa, takleh masuk syurga sangkut kat hutang. Hoiii takutnyaa. Ade duit terus bayar, jangan tangguh2.

Dah mati, tinggal hutang dekat anak2 suami pulak. Banyakk cantik muka ko. Hahha

Selain tu kak imm nak share TIPS BERHUTANG DAN MEMBERI HUTANG YANG WAJIB DIAMALKAN

Tips ni pun penting jugak sebab kak imm rasa info ni pun penting untuk masa depan penghutang dan pemberi hutang hihu.

========================================

So, ini tipsnya :

1) TOLONG JANGAN RAHSIAKAN HUTANG KITA

Bagitau orang lain agar kita sebagai penghutang selalu aware dan ingat sokmo hutang kita tu. Selalu teringat alaa En Sabarudin taulah aku ni berhutang dengan bini dia Pn Sabariah. Malu pulak kalau bertembung dengan diorang. Baik aku bayau cepat2.

Sebagai pemberi hutang pulak, kalau orang nak berhutang tu cakap, "Ko jangan betau laki aku ye Meknah", hmmm tolonglah fikirkan sebaiknya. Kalau anda nak juga bagi dia hutang, silalah bersedia dengan risiko hutang anda tidak dibayar balik.

(Tak buat cerita ehh, kak imm dah lalui sendiri pengalaman ni, umi kite pun ada pengalaman, yang cakap jangan betau laki tu lah yang paling liat nak bayar hutang tau dakk)

2) ADA SAKSI

Saksi tu kalau boleh biarlah orang yang sentiasa boleh ingatkan kita pasal hutang tu. Kak imm mase berhutang dulu umi, pa n en suami yang jadi saksi.

3) ADA BLACK & WHITE

Haaa ni menunjukkan kita serius komited untuk bayar balik hutang tersebut. Kak imm siap tulis surat

"Bahawasanya saya (nama kita) telah berhutang sebanyak sekian2 dengan penama sekian2 pada tarikh sekian2.

Saya berjanji untuk membayar balik hutang secara beransur sehingga langsai (tiada limit masa).

Sekiranya saya meninggal dunia sebelum hutang dilangsaikan, saya memohon agar suami dan anak2 boleh menjelaskan hutang tersebut"

Print atas kertas A4, kat bawah siap ada nama dan tandatangan kite penghutang, pemberi hutang dan saksi lagi hewhew.

Surat tu tampal kat dinding dalam bilik rumah sewa lama. Masa pindah, surat hilang tak ingat letak dalam kotak mana. Tapi dulu kite selalu pandang surat tu, so dah melekat kat otak terbayang kat mata isi surat hutang kite tu.

Tak kisahlah isi surat tu camane, ikut perjanjian antara anda dan pemberi hutang. Nak bayar bila, nak bayar camane dan apa2 yang difikirkan perlu la ye.

========================================

So, kalau kita terdesak sangat nak guna duit dan terpaksa berhutang, silalah amalkan tips di atas agar tak timbul masalah di kemudian hari. Kalau bolehh, takpayah berhutang lagiii bagus.

Simpan emas wehh, masa terdesak nak guna duit, boleh jual emas hahaha.

Okei semoga bermanfaat.

#KinDanGin2017
#TipsKehidupan

INFO PENYAKIT : TUMOR/KANSER OTAK

Assalamualaikum semua,

Kite nak cerita pasal tumor otak. Info ni kak imm dapat dari webMD.

APAKAH TUMOR OTAK


Pertumbuhan sel pada otak secara abnormal dan membentuk ketumbuhan. Otak mempunyai pelbagai jenis sel, jadi pelbagai jenis ketumbuhan boleh terjadi. Ada yang membesar dengan cepat, ada yang lambat. Ada yang bukan kanser, ada yang kanser. Oleh kerana otak merupakan pusat kawalan tubuh, setiap ketumbuhan perlu ditangani dengan serius.

KETUMBUHAN OTAK


Di sebalik tempurung kepala yang keras, hanya boleh diisi oleh otak yang lembut dan tiada ruang kosong lain. Bila tumor membesar, tumor akan menghimpit otak. Ini akan memberi kesan besar kepada keseluruhan fizikal dan kelima-lima deria anda.

SECONDARY BRAIN KANSER


Lebih kurang 100,000 orang menghidap secondary brain canser, iaitu kanser mula menyerang bahagian badan lain dan akhirnya merebak ke otak. Separuh dari kes kanser otak bermula dari kanser paru2.

Kanser lain yang boleh merebak ke otak : Kanser payudara, kanser usus besar, kanser buah pinggang, leukemia, kanser kulit

PRIMARY BRAIN CANCER


24,000 pesakit menghidap primary brain kanser iaitu kanser otak yang memang bermula di otak atau saraf tunjang. 3 dari 10 pesakit kanser otak mengalami glioma, iaitu tumor yang bermula pada sel glial.

Otak mempunyai beratus juta sel glial. Tumor ini sangat cepat membesar dan merebak ke seluruh otak, menjadikan ia sangat sukar dirawat.

JENIS2 TUMOR/KANSER OTAK


Tumor otak biasanya dinamakan dari tempat asal ia terbentuk.
Gliomas - di sel glial
Adenomas - di kelenjar pituitary
Chordomas - di tengkorak dan saraf tunjang
Medulloblastomas - di serebelum
Sarcomas - di tisu otak

TAHAP TUMOR/KANSER OTAK

Doktor melabel tumor otak dengan 4 tahap.
Tahap 1 - Tumor bukan kanser, boleh dirawat jika boleh dikeluarkan melalui pembedahan.
Tahap 2 - Kebiasaannya tumor bukan kanser
Tahap 3 - Kebiasaannya tumor kanser
Tahap 4 - Kanser, tumbuh dengan cepat, merebak dengan cepat, dan biasanya tidak boleh dirawat.

GEJALA TUMOR

Gejala bergantung kepada jenis tumor dan lokasinya. Secara umumnya penghidap akan :

- Mengantuk di siang hari
- Mood yang tidak stabil
- Fikiran tidak fokus dan keliru
- Kerap sakit kepala terutamanya pada waktu pagi
- Masalah penglihatan, imej samar atau bertindan
- Mudah hilang keseimbangan badan
- Mengalami sawan

PUNCA TUMOR/KANSER OTAK TERJADI

1) Radiasi - radiasi yang digunakan untuk merawat leukemia dikatakan meningkatkan risiko untuk membentuk tumor otak

2) Faktor usia - Tumor otak boleh menyerang pelbagai peringkat umur, namun kanak2 dan dewasa akan diserang oleh tumor yang berbeza mengikut peringkat usia.

3) Masalah kesihatan lain - Tumor otak sangat mudah terjadi pada orang yang mempunyai sistem imun yang rendah seperti pesakit AIDS, penerima organ.

4) Faktor genetik - Seseorang berisiko tinggi untuk mendapat tumor otak jika ahli keluarga terdekat (mak, ayah, adik beradik) pernah mengalami tumor atau kanser.

BAGAIMANA MENGESAN TUMOR/KANSER OTAK

Tiada pemeriksaan rutin untuk mengesan tumor otak. Tumor/kanser otak biasanya ditemui bila pesakit berjumpa doktor. Doktor akan melakukan ujian berdasarkan gejala yang dihadapi.

Doktor akan memeriksa sistem saraf seperti penglihatan, keseimbagan, tindakan refleks untuk mendapat idea awal di mana lokasi tumor.

Pesakit akan melalui imbasan seperti MRI (magnetic resonance imaging), CT (computerized tomography), atau PET (positron emission tomography)

Doktor juga akan mencadangkan biopsi, iaitu mengambil sampel tumor untuk mengkaji mengenainya.

KAEDAH RAWATAN

1) Pemeriksaan berkala
Memandangkan setiap langkah rawatan tumor memberi kesan sampungan, untuk tumor tahap 1, yang tumbuh perlahan dan tidak menyebabkan masalah, pemeriksaan berkala diperlukan untuk memantau tumor dan pastikan ia tidak membesar dan tidak bermasalah.

2) Pembedahan
Bagi tumor yang masih kecil, doktor memilih untuk mengeluarkannya secara pembedahan. Pembedahan boleh memberi risiko kesakitan pada bahagian otak lain, namun sangat membantu untuk mengurangkan gejala tumor.

3) Kemoterapi
Menggunakan ubat yang sangat berkuasa untuk membunuh sel kanser. Namu begitu, kesan sampingan sangat tinggi sehingga boleh membunuh sel2 sihat juga.


4) Radiation Therapy
Menggunakan radiasi xray berkuasa tinggi. Syukur pada penemuan teknologi terkini kerana dapat menghasilkan terapi proton atau radiasi berpusat, maka radiasi boleh dikenakan secara tepat kepada tumor dan tidak mencederakan bahagian otak lain.

5) Targeted Therapy

Doktor mengambil kesempatan atas sifat2 kanser itu sendiri untuk menghentikannya membesar.

Contohnya, sel kanser berupaya membina salur darah untuk mendapat bekalan zat untuk ia membesar. Doktor akan mengunakan ubat yang berupaya menghentikan pembentukan sel darah kepada sel kanser. Sel kanser tidak dapat menerima bekalan zat dan akhirnya mengecut.

SELEPAS RAWATAN MEMBUANG TUMOR/KANSER

Selepas rawatan membuang tumor/kanser, pesakit memerlukan rawatan berkala selama beberapa tahun untuk memastikan tumor/kanser tidak kembali.

Oleh kerana otak sangat sensitif, rawatan membuang kanser sedikit sebanyak mengganggu aktiviti normalnya. Pesakit mungkin memerlukan pelbagai terapi untuk mengembalikan fungsi normal otak.

Follow kami di Vitamins'R'Us untuk lebih banyak info penyakit.

#KinDanGin2017
#TokeyEmasJualVivix
#Vitamins'R'Us

Followers