Friday, 17 March 2017

Result SPM

Assalamualaikum semua,

Kak imm dah lama tak follow result spm. Adik bongsu kak imm pun dah lama masuk U.

Tahun ni saja nak jadi pengulas tak bertauliah sebab ramai frenlist fb dok berdebat pasal result.

Isu utamanya ialah "RESULT SPM BUKAN PENENTU SEGALANYA". Kak imm sokong separuh, dan bangkang separuh. Hahha atas pagar.

Pada umur 18 tahun, yeahh result SPM adalah penentu segalanya bagi kak imm. Result tu lah yang bawa kak imm ke jepun tau. Alhamdulillah.

Sekarang ni kak imm dah nampak something yang lebih besar dari result atas kertas tu.

Actually, bagaimana sikap dan usaha kita nak ambil SPM tu lah penentu segalanya. Attitude itu yang tentukan siapa kita sekarang.

Result SPM SBP 2016

So, pendapat kak imm, ade 4 kategori result SPM. Kau yang mana?

1) Kategori satu :
Kau usaha gigih stay up study sambil makan megi, yeah kau memang layak dapat result cemerlang dik. Bawak lah attitude itu sampai tua dik, insyAllah kau boleh terbang tinggi.

2) Kategori dua :
Kau pun usaha gigih study sambil makan megi juga, tapi result atas kertas kau tak seperti yang diduga, sabar lah dik. Allah belum bagi rezeki. Teruslah bawa attitude itu, dengan izinNya kau bukan saja terbang tinggi, kau mampu ke bulan juga.

3) Kategori tiga :
Usaha kau gitu2, harapkan otak pintar kurniaanNya saja. Result kau gempak Alhamdulillah. Tapi kalau kau masih bawak perangai gitu2 saja, sampai ke tua pun kau takkan ke mana. Dunia kau umur 27 tahun takkan sama dengan dunia kau 17 tahun dik.

4) Kategori empat :
Dah la kau tak berapa pintar, usaha pun takda. Bila result kau non hado, kau nak sedapkan hati cakap result SPM bukan penentu segalanya? Bawak2 sedar lah adik. Ye, bukan result atas kertas kau tu penentu, tapi sikap kau tu bakal menentukan apa kau nak jadi seterusnya.

Tahniah kepada adik2 yang ambil result semalam. Seaungguhnya dunia kau baru bermula😎

Kak imm dulu kategori 1. Ahahah.

Followers