Sunday, 19 March 2017

Malam minggu

Assalamualaikum semua,

Setiap hari, en suami balik keje je, soalan pertama yang kak imm tanya ialah,

"Nak masak ape ni?"

Hahahahah. seriously tau tiap2 hari😂😂

Hari khamis ritu, en suami ajak g makan kfc, (dah xde idea kot nak makan ape hihi)

Selalunya kami g makan kat kfc jalan PC, sebab situ ada playground. Lepas makan anak2 boleh main kejap. Tapi khamis ritu kami pegi kfc airport.

Dah bertahun lama ku rasakan kami tak pergi sini. So, baru tahu kfc airport KB takde jual snack plate dinner plate bagai tu. Semua kena amek ala carte.

Nak ayam bape ketul? nak whipped potato tak? Nak tambah coleslaw? Air nak berapa? Haa semua kena order satu2 gitu. Penings mak sebab kalau makan kfc kami dah ade skrip, "Dinner plate 1, snack plate atau combo zinger bege 1, air tukar ice lemon tea."

Sambil makan tengok kapatebang landing. Aqil takut sebab before kapatebang masuk parking tu dia nampak macam nak menuju ke arah kami. Gelabah dia nak lari ape nii benda besar nak langgar kite ni. Hahaa gitu lah kot perasaan dia.

Cakap kat aichan, nanti kite naik kapatebang, beria dia taknak taknak. Pastu tanya dia, nanti kalau ayah dapat keje kat jepun kena pegi dengan flight. Aisya nak dok dengan nenek?

"Aisya nak pegi dengan bas"

Hahahhaha dia ingat jepun tu kat mana la agaknya. (Amboii mami pun boleh tahan berangan dapat pegi jepun hihihi)

Dah habis makan, layan anak2 main playground kejap. Kat epot pun ada rupanya, tapi next time macam taknak kot makan kfc kat epot lagi sebab susah nak order dan harga dia mahal lah banding kfc biasa. Sebab cas epot kot eh?

Otw balik kite singgah dekat kedai KGT cuci mata tengok gold and silver product. KGT ni Kelantan Gold Trade. Jual dinar, goldbar, dan dirham. InsyaAllah ade duit lebih kang nak sambar 1 Dinar dan Dirham KGT. Cantik ade ukiran jata negeri.

Sampai rumah rasa tepu perut dengan lelemaks, terus telan Lecithin 3 biji.

Gambar takde kaitan hihi. Sekarang ni kalau keluar makan memang malas sangat nak bawak phone huhu



 

Followers