Tuesday, 21 March 2017

Cincinku dah ketat

Assalamualaikum semua,

Semalam nenek dok usaha keras bukak cincin yang dah ketat. Bubuh baby oil, pusing2 dah boleh keluar. Tapi merah la jugak jarinya pastu.

Pasti kak imm teringat haritu ada orang share cara nak buka cincin ketata dengan benang. Kite pun ape lagi, bereksperimen la kononnya.

Actually cincin ni kak imm beli mase zaman anak dara lagi. Tahu lah kite zaman muda dulu, jari halus mulus runcing tau haha. Cincin saiz 10 je tauu.

Sekarang cincin tu sangkut dekat buku jari kihkih. Nak buat lakonan semula punya pasal, gigih kak imm pakai balik tauu. Pastu doa je trick bukak cincin dengan benang tu menjadi. Kalau tak, kena potong la jari iols😂



Nasib baik la boleh keluar. Hasil eksperimen hamekaww, lebam liang roma iols. Memang sakit la weh haha..


Pengajarannya, cincin yang lama2 tak muat tu pegilah trade in kat kedai, tambah duit sikit dah boleh amek cincin baru hihi. Confirm tak rugi.

Cincin tu kak imm beli RM 100 je dulu. Berat dalam 0.9gram. Sekarang kalau jual boleh dapat harga RM 120 kot. Taknak cincin baru, boleh tukar dengan gold coin 0.5gram.

~Aduii kebas jari iols bereksperimen. Ore kelate kata serebamm. Hahaha~






 

Followers