Wednesday, 22 March 2017

Autumn in my heart

Assalamualaikum semua,

Dulu kat jepun, kite paling suka autumn. Sebab yang paling utama ialah cantik. Suasana pun tenang dan damai je.


Tapi ada jugak orang tak suka autumn. Katanya autumn menimbulkan perasaan sayu. Hehe mungkin lah jugak kot.

Kalau "autumn" di kampung kite ni memang betul akan menimbulkan rasa sayu. Musim daun getah luruh membawa maksud musim susu getah merudum.


Matahari cepat naik, daun2 makin meluruh, kurang bayang nak berteduh. Pukul 10 pagi dah panas cengg.


Musim daun meluruh musim penoreh mengerah tenaga tapi hasilnya tak seberapa.


Sayu

Makin sayu bila membayangkan umi n pa kite juga masih mengerah tenaga. Nak menyimpan untuk bekalan di Mekah nanti katanya.

Nak suruh mereka berenti menoreh dan rehat2 saja pun tak boleh, sebab kite sendiri pun tak mampu nak hulurkan duit penuhkan tabung mereka.

Angan2 kite, "aku nak suruh umi pa upah orang lain menoreh. Tak apalah kalau pendapatan dari kebun getah tu jadi separuh saja sebab aku akan topup lagi separuh tu."

Itu yang aku impikan sekarang, maka ya Allah, aku nak kaya. Aku nak kaya berduit. Aku nak penuhkan duit tabung haji umi dan pa. Aku nak bagi duit belanja umi n pa RM 1000 sebulan.

Permudahkan rezekiku ya Allah. Permudahkan jalan aku untuk bagi umi dan pa seribu sebulan ya Allah. Majukan bisnes shaklee aku ya Allah. Amiinn.








 

Followers