3 Kesukaan Allah

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian/bau-bauan yang harum
2- Isteri/perempuan yang solehah
3- Ketenangan semasa solat

Lalu Saidina Abu Bakar mencelah..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah
2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah
3- Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah

Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran
2- Menyuruh kepada kebaikan
3- Berpakaian sederhana

Selepas itu Saidina Uthman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar
2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian
3- Membaca Al-Quran

Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Uthman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu
2- Berpuasa di musim panas
3- Berperang pada jalan Allah

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibril menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat
2- Aku suka mendampingi orang yang beriman
3- Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”

1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku
2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku
3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar

Ambillah iktibar dari kisah ini, semua kesukaan yang diceritakan di atas boleh kita pilih untuk menjadikannya amalan kita supaya kita tidak terus lalai dengan keseronokan dunia.

0 comments

  1. Hebatnya kesukaan Rasulullah dan para sahabat ye Imm. Semuanya melebihkan akhirat. Moga kita menjadi hamba yg sentiasa merebut kasih Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge