Aichan dan cikenit berpisah tiada

Hari isnin balik dari sekolah aichan mengadu telinga dia sakit.

Haaiahh macam2 la masalah telinga kakak ni, mami monolog dalam hati.

Selepas 5 kali masuk cekenit dalam telinga, aichan jadi sangat sangat trauma. Trauma tahap 20/10. Dia tak bagi orang pegang telinga, tak bagi orang korek telinga dan bila dengar mami ayah sebut perkataan telinga, air muka terus berubah takut dan pucat.

Bila dia tak bagi korek telinga, timbul macam2 masalah. Pernah kena infection sampai bernanah la, pernah jadi telinga “bunyi2”, mami rasa maksudnya telinga berdengung kot. Dan tahi telinga keras banyak berkumpul dalam telinga.

Dia cakap dia sakit telinga, tapi bila kite nak tengok, dia tak bagi siap guling2 gelepar lagi, geram tak? Hahaha.

Hasil dari suluhan jarak jauh, dan pengalaman 5 kali telinga aichan masuk cekenit, mami dah expert dah haha, so kali ni pun sah soheh ada cikenit somewhere in her ear.

Tanda2 masuk cikenit
– Sakit gile babi nak sentuh pun tak boleh.
– Binatang tu berak nanti keluarkan serbuk hitam2 macam kopi.
– Anak akan demam
(kali ni aichan tak demam, mami macam woww pelik, pastu teringat tiap2 hari dia dan hana dok telan nutriferon, sebab tu tak demam kot)

Isnin malam tu memang dia takboleh tidur lansung sebab sakit. So, semalam hari selasa, ayah ambik cuti, kita pegi klinik.

Dalam kereta muka dia dah cuak gile, ayah terpaksa tipu nak g klinik sebab nak timbang berat haha. Kalau dia tahu sebab nak cek telinga, dalam kereta lagi dah nangis kot.

Kat klinik pun ayah masuk bilik doktor dulu ceritakan history telinga aichan ni, kami tunggu kat luar. Bila doktor panggil masuk dalam, n aichan nampak doktor pegang lampu, dia terus nangis haha.

I told u, trauma dia memang tahap 20/10. Last2 doktor pun tak berjaya nak tengok sendiri telinga dia dan prescribe ubat berdasarkan explanation ayah je.

Doktor bagi painkiller nama brufen, soluwax ear drop, ubat surut bengkak. Total RM 49😅

Eardrop tu boleh matikan cikenit tapi makan masa jugak. So sementara binatang tu mati dan hancur, aichan memang bergantung dekat painkiller je lah nak bagi tahan sakit. Painkiller ni memang kuat gile ehh kesan dia. Lepas telan tak sampai 3 minit sakit akan hilang dan boleh tahan 6-8 jam.

Cepatlah mati wahai binatang cikenit. Kesian anak saya tau.

~Mami dok fikir apasal la cikenit suka sangat telinga aichan ni? Mami syak cikenit yang masuk dulu dah tinggalkan jejak feromon (hormon tarikan) dalam telinga dia, sebab tu lah menarik cikenit2 lain masuk telinga aichan ni.~

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge