Awak kena kawan baik dengan saya!!

Sedang mami dok packing baju nak balik rumah nenek,,
terdengar dua beradik dok “gaduh”
diorang ni mmg camtu,,
mula2 terkekek-kekek mengilai-ngilai,,
pastu salah sorang menjerit2,
sorang lagi nangis-nangis,,
kena marah baru senyap 2,3 minit,
pastu ulang balik kekek-ngilai-jerit-nangis,,

Hana : adik taknak kawan baik aisya
Aichan : awak kena kawan baik saya!
Hana : adik taknak!
Aichan : kenapa taknak kawan baik aisya?
Hana : adik tak suke la
Aichan : adik takbaik kalau taknak kawan baik aisya.
Hana : adik baik!!
Aichan : kalau adik nak baik, adik kena kawan baik sama aisya.

pastu dah melompat atas sofa terkekek gelak,,
phewww sebaik dua2 tengah mood sayang menyayang hahah,,
conversation dorang akan berakhir dengan dua cara je,,
samada sambung main sama, atau jerit2 nangis..
ikut mood masing2 haha..

mod tengah sayang menyayang katenya..

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge