BABY BOY VS BABY GIRL

Terjumpa tips untuk jangka jantina baby dalam kandungan kat fb..
meh kita try test..
tp di zaman serba canggih ni, pg scan kt klinik sudah hahaha
tp kalau yang ade masalah baby malu nak tunjuk tu, boleh la try check..
Saya sendiri dah check list dan bandingkan dgn kehamilan sendiri,,
hmmmmpp macam banyak yang tak kena je hahahh.. pelik

Jika anda hamil anak perempuan
1. Perut anda bulat – xtau bulat ke tak, yg pasti mengah gile nak bawak perut
2. Anda mengalami ‘morning sickness’ – xde morning sickness langsung huhu
3. Sering mual pada menu yang beraroma tajam – menu beraroma tajam tu lagumana?
4. Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri – entah, iols rase iols camtekkk je hihi
5. Kulit anda lembut – kulit memang lembut sentiasa hiiii
6. Rambut anda nipis dan tidak bermaya – x sure, tp takde masalah rambut pun.
7. Punggung kelihatan lebih besar – punggung xtau, tapi perut memang besau gilee.
8. Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula – takkkk.. banyak minum air masak je. air masak suam lak tu..sihatkan mami?
9. Emosi kurang stabil dan suka marah-marah – 3 kali ngandung pun sama je emosi mmg swingggsss
10. Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri – taklah, aichan n hana suka duduk belah kanan.
11. Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus  – garisan mane ni?!
12. Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandugannya ialah bayi perempuan – x buat pun, scan sekali terus nampak gender budak2 ni..hahaha

Jika anda hamil anak lelaki
1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’ – x pandai tengok sendiri tp ramai orang cakap tengok perut macam bawak baby boy.
2. Anda tidak mengalami ‘morning sickness’ – morning sickness lebih teruk banding masa preggy aichan n hana. dah masuk 9 bulan pun ade lagi muntah pagi huuu.
3. Wajah anda berseri-seri – takpunnn.. muka pucat sepanjang masa sebab low blood pressure n low hb
4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil – rambut berbuahhhhh. siap kena pegi potong lagi sebab uncontrollable dah kerosakannye ini.
5. Kulit anda kering – xde la kering sangat. tapak kaki je kasar sikit
6. Hidung kelihatan lebih kembang – ntahla..x perasan. macam biasa je rasenya.
7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging – awal2 dulu asek rasa nak makan pizza je
8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri – hmmm x perasan pulak..same je kot
9. Sering diserang sakit kepala – x pernah sekali pun sakit pala dalam 9 bulan ni.
10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan – yup betul. tp aichan n hana dulu pun duduk belah kanan jugek
11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil – tidak tidak tidak.. lagi lambat tau
12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus – lagi sekali nak tanya,, kat mane ni? hahaha
13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna anda hamil anak lelaki. – kalau bukan cincin kawen, jadi tak?
14. Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki. – malas la nak buat.. meh kita g klinik scan hahaha

“Walaupun cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan datang dari orang lama, tidak semestinya seratus peratus betul. Segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T.Bayi lelaki atau perempuan tidak penting kerana apa yang paling penting adalah bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat dan berguna.” kata orang yg share tips ini kat fb.

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge