Dah la miskin, sombong pulak tu.

Perkongsian yang sangat menarik dan menyentap hati.

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.

Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yang tinggi iaitu ilmu firasat yang sangat kuat. Jadi sesiapa yang dekat dengannya, hati hati.Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik. Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni. Diberi peluang, aku terus bertanya.
“Ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?”
Dia menjawab ,“Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.
“Ohhh, jadi ustaz, apa hukum tidur selepas subuh?”

“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati: “Ada banyak mazhab ke dia ni?”
“Jangan kau nak menyatakan perkara yang kau tak boleh sorokkan dengan aku.”
Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku
“Maaf ustaz”.
Aku cakap dekat dia, “Dua dua mazhab lah ustaz”.
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
 Aku nak menangis.
Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ni dia jatuh KUFUR!”
Aku senyap. “Kenapa ustaz?
Dia menjawab; orang yang macam ni SOMBONG dengan Allah.

Dia berlagak depan Allah!

Dia menolak pemberian Allah!

Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur!

Umpama macam kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari.

Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.

Jadi apa yang ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata; “Dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.
Aku tersentak.
Dia berkata lagi; “Orang yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar.Orang macam ni lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah.Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”.
Allahuakbar.Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ni.Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa.Allahhh.kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi; “Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?”
Allahuakbar..Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm nak ke neraka.Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi; “Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”.

“Allah dah kata dalam Al Quran, siang Aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang. Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?”.
Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah.Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al quran dan hadis.Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri.
Ada orang bawa Al quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu. Idris al Marbawi pun ada menukilkan dalam bahrul madzi, dia mengatakan siapa yang melakukan sesuatu yang sia sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram. Jangan memandang haram itu seperti biasa.Umpamakanlah malam yang haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir.Seperti engkau meminum arak.Barulah rasa haramnya itu.
Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tengok kesalahan.Tapi bagi ulama’, nak cermin diri pergilah cari orang yang soleh, ulama’, auliya’, Ahlullah. Baru kita tahu perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya banyak mendatangkan murka Allah. Kita sendiri tahu antara orang yang Allah tak berckp dengan mereka di akhirat adalah orang yang miskin tapi sombong tak bersyukur. Kita ni miskin, miskin amalan. Janganlah kita sombong depan Allah. 
Nabi dah kata:
احفظ الله،يحفظك
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah.Takutlah Allah.Jagalah adab dengan Allah. Jadilah orang yang tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia Semoga dengan Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai orang lain.
Prihatin antara satu sama lain.Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yang kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain.Sebab itulah punca hati ini su’zon. Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakan dari su’zon itu adalah sangka buruk. Ulama’ sufi kata sebelum nak su’zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu. Nampak tak di situ betapa ulama’ mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain. Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu’dzon dan sebab itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan orang lain. 
Sedikit perkongsian.Semoga boleh menjadi resepi untuk tidak tidur lepas subuh.

disclaimer : bacaan ini saya dapat dari group telegram so saya tak tahu sumber asalnya dari mana,
saya paste kat sini untuk peringatan kepada diri sendiri.Anda yang baca pun moga dapat manfaat ye 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge