Di manakah anda?

Tahniah jika anda di tahap masih boleh memilih kedua-dua antara keperluan dan kehendak, dan moga perbelanjaan itu dapat memberi keberkatan dunia dan akhirat kepada anda πŸ™‚

Selepas berhenti kerja dan memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, saya terpaksa memilih antara keperluan dan kehendak. Mujurlah saya bukan wanita tipikal, yang suka membeli-belah, jadi tidak terasa berat untuk saya melupakan kehendak saya.
(skema sekali intro ini haha)

Namun, selepas ahli keluarga bertambah,skop perbelanjaan kami dikecilkan lagi dengan pilihan keperluan sangat penting dan kurang penting. Kehendak? Jauh sekali, malah tiada tempat dalam senarai shopping list. Pada bulan-bulan tertentu pilihan yang sangat penting itu juga perlu ditimbang adakah perlu segera atau boleh ditangguh. Alhamdulillah, setakat ini kami masih belum terjatuh dalam kategori terpaksa hutang. Moga Allah terus jauhkan kami dari tahap tersebut.

Ini kisah benar keluarga saya. Sungguh tidak seronok bila terpaksa membuat pilihan. Saya selalu pujuk hati saya, “takpe, kita boleh hidup seadanya”. Tapi ada masa2 tertentu bila kami jatuh ke kategori perlu segera, takde cara dah untuk pujuk hati, saya akan terfikir, how i wish i have lots of money, takde lah berdebar sangat bila time nak renew roadtax kereta. Belum lagi dugaan-dugaan lain seperti kereta rosak, sakit dan sebagainya.

Saya mahu financial freedom agar saya tidak perlu membuat pilihan untuk berbelanja. Yang penting saya boleh jauhkan kami sekeluarga dari kategori terpaksa hutang itu.

Anda bagaimana? Nilaikan kedudukan anda. Jika perlu, bertindaklah segera. Jangan tunggu sebelah kaki terjatuh, baru berusaha untuk memanjat semula.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge