Follow up kat hospital

pepagi buta dah bangun mandi wangi2,,
ehh dulu2 mmg saya bgn lambat la,,
aichan bgn, baru saya bangun jugak,,
skang ni, adik hana bangun awal,,
tapi mami kna bangun laaagi awal la dr seme,,
well, nak berjaya dalam hidup kna bangun awal pagi ye..
ooo haritu saya jumpa satu artikel cara nak bangUn pagi,,
tapi xtau dah kat mana,,
nnt jumpa balik, kita simpan dalam ni ye,,
untuk rujukan masa depan..☺

btw harini seme kena bgn awal sbb kita nak pg hospital,,
kna follow up telinga aichan,,
telinga dia dah okei x sakit dah,,
tp sbb kita xtau keadaan dalam tu cane,,
so marilah kita serahkan pada yang pakar,,
lepas ni kena monitor dia , jangan dok main sgt dgn kucing huhu,,

gambar hiasan

update

hari rabu ritu kan keluarkan cekenit dari telinga kanan,,
so tadi pergi nak follow up la tgk condition telinga aichan,
telinga kanan dah clear xde masalah,,
tengok telinga kiri pulak yang ritu katanya macam infected,
guess what?
dalam telinga kiri ada jugak cekenit!!!!!!!!
hahahaha ehh gelak pulak mak..
binatang tu x nampak kat mana,
tapi doc tengok macam ada blackish material,
kemungkinan besar taik cekenit,,
doc pompuan tu siap panggil bos dia untuk confirmation,
bos doctor pun x nampak mana binatang tu menyorok,,
tapi sebab ada tanda2 binatang tu wujud,,
dorang soh masuk operation room..
kalini doc lelaki pulak yang buat,,
mmg kna kelebet gile2 lah,,
kna bedung dan nurse lelaki yg pegang bahu haha,,
(lawak lame ayah : kalau nurse pompuan kita panggil misi, nurse lelaki panggil misa)
lame lah jugak operasi kali ni,,
nak mencari mana binatang tu menyorok lagi,,
dah jumpa binatang tu, nak amek susah jugak,,
sbb mmg kat dalam dekat dengan gegendang telinga dah,,
Alhamdulillah berjaya keluarkan jugak akhirnya,,
hiiiiiiiii ,,
lepas operasi berjaya, misa strecth badan sambil cakap,
“kuat anak awak ni, lenguh tangan saya nak lawan dia”
hahaha memang tulang besi urat dawai semangat keluli budak aichan ni,,

Adui,, pengalaman 2 minggu yang perit juga lah..
perit bagi aichan sbb die yang sakit kan,,
perit bagi mami n ayah sbb bila anak sakit,,
kite pun stress jugak bila dia mengadu sakit, kita x leh buat ape,,
pastu dgn kita sekali x cukup tidur hoho,,
Moga2 semuanya dah berakhir..insyaAllah
lagipun aichan dah trauma sangat dgn hospital ni,,
kesian dia..

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge