31 Ogos Dalam Sejarah

Oleh kerana kak imm terkagum terhadap diri sendiri, maka kak imm nak tulis pasal ni sebagai kenangan diri hihi.

Kalau nak tau, sepanjang hampir 7 tahun kawen, kak imm tak pernah drive bila otw balik kampung. Mase takde anak dulu jadi copilot (tidur) kat sebelah. Bila ada anak lagilahh, jadi mem melayan anak (sambil tidur) kat belakang pulak hihi.

Nak jadi cerita, semalam dah sampai rantau abang, lebih kurang lagi 10minit nak sampai rumah cik, si hana dan aqil gaduh berebut air. Air tu hana yang dapat, aqil pun merajuk kaw2 lah. Meraung2 dia tak puas hati, pastu dia nak lompat naik riba ayah yang tengah drive. Pujuk2 taknak stop nangis, last2 ayah kena stop tepi jalan pujuk dia.

Dah stop nangis semua ingatkan dah okei, bile ayah suruh dia dok kat mami, disambungnya meraung haha. So, ayah suruhla mami drive.

Maka, terciptalah sejarah, 1st time (selama 10 minit) kak imm drive untuk balik kampung hihi. Nasib baik jalan pantai tu streeetttt dan takde kereta sangat so tenang je lah kite drive. Tekan sampai 130 la jugak hikks.

Tak sangka bila terdesak gitu boleh pulak kite drive ye. Selama ni kite macam takut nak drive di kawasan luar dari kelantan. En suami pun macam tak percaya je nak bagi drive haha.

Hidup kite macam ni lah. Bila terdesak baru kite tau kebolehan kita. Kalau takde cabaran, selamanya kite dok dalam comfort zone, nak jenguk keluar pun takut2. Dah jenguk keluar dari bulatan comfort zone tu baru sedar banyak benda yang kita mampu buat sebenarnya.

Wahh tiba2 berfalsafah.

So, endingnya aqil tertidur kat riba ayah sampai depan tangga rumah tokwan. Alhamdulillah kami semua sampai dengan selamat. 

Salam aidiladha semua, makan daging berpada2 ye. Jangan lupa telan OmegaGuard, bantu stabilkan tekanan darah lepas dah makan daging tu.
😘😘

3 comments

  1. walaupun 10 minit tapi itulah yang buat kita rasa bangga dengan diri sendirikan hehehe..ye tak cuba kita tak tau yang kita boleh buat sebenarnya kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge