Heroes kite demam

Penat2 pun sengih jugak amek hati mami😍

Aqil dah 2 hari demam. Badan panas je sentiasa. Merengek nak berdukung je lah.

Semalam pukul 1 taknak tidur lagi. Taktahu sebab ape, badan takdelah panas sangat pun. Asal letak baring, terus dia menjerit. Kena bangun dukung2 jugak. Haihhh adik, mami sakit belakang la.

Last2 aqil menjerit2. Taktahu nak pujuk camane, akhirnya mami simbah 3 gayung air haaaa. Sori adik. Lap2 kering, letak minyak kat perut pun tak okei jugak.

Kena bangun dukung lagi. Atas dukung tersengguk2, tapi taknak tidur. Ayah bangun sekejap tolong dukung sebab mami tak solat isyak lagi masa tu haha.

Kesian ayah, ayah pun demam teruk jugak semalam. Gagahkan diri je bangun layan aqil. Lepas aqil dah reda sikit, mami susukan baru tertidur. Tengok jam dah dekat pukul 3 huhu.

Penangan mengamok meragam, dah pukul 11 taknak bangun lagi huhu. Mami pun kalau boleh taknak bangun jugak. Tingtong rasa kepala haha.

0 comments

  1. Assalamualaikum cik Imm,

    Saya pon pernah diuji anak demam umur 5 bulan. Dari jam 5 pagi sampai 12 tengah hari tak berhenti menangis sampai saya pon menangis sekali.. Lastnya, saya buat teknik tepid spounge. Dapat kurangkan panas dia. >,<

    • baby tak suka kna lap2 makin kuat dia menangis meronta. last2, simbah terus dengan gayung huhu. alhamdulillah lepas tu ok dah boleh tidur.
      macam2 cabaran bila anak kecik sakit kan😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge