How to : Cara buat blog baru

Rupanya masih ramai adik beradik Shaklee saya yang masih blur mengenai blog, jadi saya buat tutorial PALING ASAS untuk create blog. Memandangkan saya pengguna tegar yang telah menggunakan blogspot selama 10 tahun, entry ini hanya cerita camane nak create blogspot je ye..
(wordpress atau platform lain acik x pandai sile google sendiri :p)

1) Buat satu akaun gmail
Untuk bina satu blog, paling utama anda harus ada akaun gmail. Kalau dah ada akaun gmail, bagus boleh teruskan. Kalau belum ada, pergi create akaun gmail anda dulu.

2) Selepas create akaun gmail, buat carian di google dengan keyword “blogger dashboard” “create new blogspot” “blogger” dan apa2 lah asalkan keluar result yang paling atas One account. All of Google. – Blogger
Klik link tersebut.

3) Anda akan dibawa ke page ini. Sign in dengan acc gmail anda.

4) Seterusnya anda akan dibawa ke page ini

Pilihan untuk guna google+ profile atau blogger profile.
 Google+ profile lebih mesra seo sebenarnye.
Tapi saya sendiri lebih selesa guna blogger profile. ☺

5) Lepas klik pilihan profile, anda akan dibawa ke page di bawah. Saya pilih blogger profile, macam ni keluar pagenya. Boleh upgrade ke Google+ profile anytime. (Yg tu kita cerita lain kali ye). 

Dah isi display name yang disukai, klik continue to blogger 

6) Seterusnya page ini akan keluar. Ramai orang salah faham kat sini. Dok tercari2 mana butang nak tulis entry hihi..tunggu tunggu tunggu ..Blog anda belum siap lagi lah. Anda belum ada blog lagi. Klik “New Blog” dulu.

7) Seterusnya anda akan dibawa ke page ini. Haa kat sini la baru proses create blog sebenarnya bermula. Yang kat atas2 tadi tu baru create profile je tau huhu..
Fikir tajuk blog yang cantik2 yang unik2 dan melambangkan kita dan url yang catchy dan mudah diingat. Semestinya yang melambangkan kita juga lah.

Dah isi nama blog, url blog dan pilih design blog, klik Create Blog

8) Tadaaaa.. akan keluar page macam ni.

Blog anda dah siap, tahniah
anda telah mempunyai blog sendiri. 

9) Dah boleh tulis 1st entry anda. Yeyeayy. Rujuk gambar di atas, nampak gambar pensel oren kan? Klik pensel oren tu lalu keluarlah page ini

tulis lah ape yang nak ditulis pastu klik publish.

Untuk entry seterusnya pun sama lah. Masuk ke blogger dashboard, klik pensil oren untuk create entry baru.

8) Excited nak tengok rupa blog sendiri kan. lepas klik publish tadi, akan keluar page ini pulak. Klik View Blog dan anda akan dibawa masuk ke blog anda.

9) Ini lah design blog anda. Sangat basic takde ape2 haha. Tutorial untuk masukkan widget kita buat di entry lain ye. Sementara itu, enjoy your blog lah ye.

Phewww panjangnya tutorial ini. Semoga bermanfaat ye.

Okei nak gi telan ostematrix pastu nak tidur.

imm,
5fig achiever 12/2015
017 9191 671

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge