Info kesihatan : Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 2)

picture googled

Tip 2 : Tahu kepentingan dan fungsi kumpulan makanan

Bayi anda memerlukan anda! 

Ibu hamil perlu menyedari bahawa bayi yang dikandung hanya bergantung kepada anda. Bayi mendapat perlindungan dari anda dan pada masa yang sama memerlukan nutrient untuk membesar dengan sihat dan sempurna daripada anda. Hanya anda yang boleh memastikan setiap kalori, vitamin dan protein boleh diterima oleh bayi anda. 

Ibu hamil juga perlu  menyedari hakikat pemakanan yang sihat adalah untuk diri sendiri. Amalan pemakanan sihat ketika hamil membantu anda melalui pengalaman kehamilan dengan cergas dan membantu mengurangkan simptom alahan, lemah badan dan perubahan mood. Pemakanan sihat juga membantu mengurangkan lemak berlebihan dengan lebih cepat selepas anda bersalin nanti.

Peringatan mesra untuk ibu hamil , Diet atau mengurangkan pengambilan makanan adalah sangat tidak disarankan ketika hamil. Penyelidikan membuktikan ibu hamil yang kurang makan mempunyai risiko tinggi untuk keguguran, kematian bayi ketika melahirkan, dan kecacatan pada bayi.

Makanan yang penting untuk ibu hamil dan bayi mengikut kumpulan

1)  PROTEIN

Protein merupakan unsur penting untuk perkembangan bayi anda. Protein diperlukan untuk membina sel dan tisu bayi. Sel dan tisu inilah yang akan berkembang menjadi otot, tulang, dan semua organ penting manusia seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya. Pastikan ibu hamil makan sumber protein yang cukup agar bayi dapat berkembang dengan sihat dan sempurna.

Sumber protein haiwan

Sumber protein haiwan

  • Ayam, ikan, daging
  • Telur
  • Susu dan hasil tenusu
Sumber protein dari tumbuhan

Sumber protein tumbuhan

  • Pelbagai jenis kekacang

2) KARBOHIDRAT

Karbohidrat adalah jenis makanan utama yang menghasilkan tenaga. Penguraian gula kompleks kepada glukosa di dalam badan akan membebaskan tenaga. Tenaga inilah yang kita gunakan untuk melakukan aktiviti fizikal harian kita.

Ibu hamil memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti harian. Anda juga perlu membekalkan tenaga untuk pergerakan bayi anda.

Tahukah anda, bayi mula belajar menggerakkan seluruh anggota badannya ketika dia masih di dalam kandungan ibu. Semasa di dalam kandungan, bayi telah mula menggunakan kaki dan tangannya secara aktif.

Ibu hamil perlu mengambil hingga lebih 500 kalori berbanding biasa. Oleh itu, pemilihan karbohidrat yang berkualiti amat penting agar ibu hamil sentiasa bertenaga dan cergas sepanjang hari. Pengetahuan mengenai kumpulan makanan karbohidrat penting agar anda tidak mengambil makanan jenis “empty kalori” – akan dijelaskan pada entry seterusnya.

Sumber karbohidrat berkualiti

  • Roti bijian penuh
  • Pelbagai jenis pasta
  • Mee, bihun, laksa
  • Pelbagai jenis nasi
  • Ubi kentang, keledek, keladi
  • Buahan, sayuran seperti jagung, labu
  • Lentil, kacang dal, kacang hijau 

3) VITAMIN dan MINERAL

Vitamin dan mineral sangat penting dalam aktiviti tubuh anda. Tambahan pula bagi ibu hamil kerana pada saat kehamilan anda, aktiviti kimia sangat aktif berlaku. Hormon-hormon anda sedang bekerja demi untuk perkembangan bayi anda. Hormon memerlukan kehadiran vitamin dan mineral untuk menjalankan fungsi masing-masing. Oleh itu, pastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang mencukupi sepanjang anda hamil.

Pengambilan buah dan sayuran penting untuk
membekalkan vitamin dan mineral yang mencukupi

Baca juga di sini ye,
Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 1)

akan bersambung di
Bagaimana untuk makan bila anda hamil (Bahagian 3)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge