Info kesihatan : EVENING PRIMEROSE

Evening primrose

Evening primerose (Oenothera biennis), seperti pokok borage juga sejenis tumbuhan serbaguna. Daun dan bunga boleh dimakan sebagai salad, dan biji benihnya boleh diekstrak kepada minyak yang mempunyai nilai dalam bidang perubatan. Orang asli Amerika telah lama menggunakan Evening primrose untuk tujuan perubatan.
Digelar Evening primerose kerana bunganya kembang pada waktu petang, bunga dan biji benih kaya dengan sumber GLA (gamma linolenic acid).

Manfaat Evening primerose oil

  • Penyelidikan membuktikan pengambilan EPO selama 6-12 bulan dapat membantu mengurangkan kerosakan saraf akibat kesan kencing manis.
  • Pengambilan EPO bersama minyak ikan dan kalsium membantu mengurangkan risiko reput tulang dan menambah ketumpatan tulang di kalangan warga emas yang mengalami osteoporosis.
Eh dua je manfaat EPO?hahaha ade lagi. EPO pun kaya dengan GLA, jadi saya pecahkan entry ini kepada manfaat GLA sebab banyak sangat manfaat GLA ni..kita jumpa di next entry ye 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge