Info kesihatan : Gamma-linolenic acid (GLA)

Gamma-linolenic acid (GLA) adalah asid lemak omega-6 yang kebanyakkannya ditemui di dalam sumber tumbuhan berminyak seperti borage seed oil, evening primrose oil, dan black currant seed oil. GLA merupakan asid lemak yang diperlukan oleh badan, tetapi tidak boleh dibina oleh badan, jadi perlu diambil dari sumber makanan.

cantiknye bungee

Manfaat GLA

  1. Diabetic neuropathy – Mengurangkan sakit saraf, kebas di kalangan pesakit diabetis.
  2. Rheumatoid arthritis – pengambilan berterusan sehingga 3 bulan membantu mengurangkan simptom RA.
  3. Breast cancer – Satu kajian menunjukkan wanita yang mengambil GLA memberi respon yang baik terhadap tamoxifen(ubat untuk rawatan kanser payudara).
  4. Eczema – Kajian awal (namun tiada bukti kukuh) menunjukkan GLA membantu mengurangkan simptom eczema.
  5. High blood pressure (Hypertension) – Terdapat bukti bahawa pengambilan GLA bersama asid lemak omega -3, EPA dan DHA membantu mengurangkan tekanan darah.
  6. Menopausal symptoms – GLA membantu mengurangkan simptom pre menopaus.
  7. Mastalgia – Pengambilan GLA membantu mengurangkan rase sakit pada payudara terutamanya ketika datang bulan.
  8. Osteoporosis – Pengambilan GLA bersama EPA membuktikan dapat menambah ketumpatan tulang dan mengurangkan osteoporosis di kalangan wanita warga emas.
  9. Premenstrual syndrome (PMS) – Pengambilan GLA dapat menstabilkan hormon ketika datang haid. Simptom seperti kesakitan payudara, kemurungan, mood tidak stabil, loya dapat dikurangkan.
  10. Regulate hormones – Pengambilan GLA membantu membetulkan hormon, mengurangkan sakit kepala.
  11. Normal growth and developement – Pengambilan GLA secara berterusan dapat membantu menyihatkan otak, membantu pertumbuhan kulit dan rambut yang sihat, menjaga kesihatan tulang, meningkatkan metabolisma.

Okei banyak kebaikan GLA ni kan.Namun diingatkan juga penemuan manusia ni tak sempurna, jadi ada lah ketidaksempurnaan kat mane2 hihihh..So ni pulak list orang2 yang tidak digalakkan mengambil GLA.

  • Anda akan melalui pembedahan melibatkan pembiusan– pengambilan GLA bersama ubat bius boleh meningkatkan kemungkinan sawan. Jika anda akan melalui pembedahan yang melibatkan bius, hentikan pengambilan GLA 2 minggu sebelum anda dijadualkan dibedah.
  • Penghidap sawan – Pengambilan GLA dari EPO dikatakan meningkatkan kemungkinan penghidap diserang sawan.
  • Wanita hamil – Elakkan mengambil GLA terutamanya dari sumber borage seed oil kerana kemungkinan boleh membahayakan bayi dan menyebabkan kontraksi awal.
  • Lelaki yang berisiko untuk mendapat kanser prostat – Kajian (namun belum menjumpai bukti kukuh) menunjukkan pengambilan GLA boleh meningkatkan pertumbuhan sel kanser prostat. 
  • Anda yang mengalami pendarahan – Omega 3 dan GLA dikatakan boleh mencairkan darah. Anda yang mengalami pendarahan, atau ibu hamil yang sudah mencapai trimester terakhir tidak digalakkan mengambil omega-3 dan GLA kerana berisiko mendapat pemdarahan yang teruk.

Jangan mengambil GLA melebihi 3000mg setiap hari kerana boleh menyebabkan keradangan, sakit perut, loya dan najis yang tidak normal.

Sumber GLA
1) Borage seed oil
2) Evening primrose oil
3) Black currant seed oil

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge