Info kesihatan : Hormon kasih sayang

Anda pernah perhati semut berbaris? Pernah tak kacau barisan diorang? Bila kita letak halangan antara semut tu, mula2 mereka memang berterabur, dan 2,3 minit lepas tu mereka akan jumpa balik barisan mereka. Cuba kacau barisan semut kalau x caya hiii..

Tengok lebah pulak. Walaupun dia keluar jauh dari sarang mencari madu, lebah tetap tak sesat dan boleh balik ke sarang dengan selamat.

Anda pernah terfikir tak bagaimana proses ini berlaku? Sebenarnya, setiap serangga boleh rembeskan hormon feromon(pheromone) melalui badan mereka. Hormon ini lah yang membantu serangga-serangga ini menjejak sarang atau laluan koloni mereka. Setiap koloni unik tau. Koloni semut dari sarang A akan rembeskan hormon feromon yang dikenali oleh ahli sarang A, jadi mereka tidak akan tersesat masuk sarang B. Unik kan ciptaan Allah ni.

Manusia juga merembeskan hormon feromon. Bagi manusia, hormon feromon menjadikan seseorang itu tertarik antara satu sama lain (biasanya jantina berlawanan). Lelaki dikatakan akan membebaskan hormon feromon bersama peluh selepas melakukan aktiviti bersenam, berkebun, kemas store 🙂
Jadi tidak hairan lah kenapa wanita tertarik dengan bau peluh (yang x masam la ye) lelaki. Sebabnya dalam peluh itu ada hormon feromon.

Selain itu, hormon feromon yang dibebaskan oleh bayi yang baru lahir membolehkan si ibu mengenali anaknya melalui bau bayi tersebut(genetic odor print). Kebolehan unik ini boleh dilakukan oleh ibu, jarang sekali pada bapa.

Selain hormon feromon, hormon oxytocin juga adalah hormon kasih sayang. Hormon ini kebanyakkan dirembeskan oleh wanita. Rembesan oxytocin meningkatkan rasa cinta isteri kepada suami, ibu kepada anak. Kajian menunjukkan rembesan hormon oxytocin pada wanita hamil boleh mengeratkan hubungan ibu dan anak dalam kandungan.

Bagaimana hormon terlibat sebagai aspek pengikat kasih sayang?

  1. Para suami boleh membantu isteri melakukan kerja rumah bersama-sama kerana aktiviti ini boleh membantu rembesan feromon di kalangan suami, menjadikan isteri nampak suami lebih menarik dan tertarik.
  2. Mengelakkan stress, membelai diri di spa, makan manisan,kek dan coklat akan membantu merembeskan hormon oxytocin di kalangan isteri seterusnya membantu meningkatkan rasa kasih sayang isteri kepada suami(dan anak), terutama sekali bila coklat itu dihadiahkan oleh suami.

Jadi, suami2 yang nak memikat hati isteri terutama di hari istimewa seperti hari ulangtahun perkahwinan, harijadi dan sebagainya, bolehlah bagi hadiah coklat dan bunga kepada isteri. Nak buat surprise bagi keta baru sebiji pun boleh hahah. Sebelum tu suami boleh tolong kemas rumah dulu.
Kedua-dua hormon kasih sayang akan terlibat di sini 🙂

ps : Boleh diapply ketika isteri merajuk ☺

So, nampak tak macam mana hormon kasih sayang memainkan peranan dalam perhubungan suami isteri? Bagi suami isteri yang rasa hubungan mcm hambar je, sile pegi study macam mane nak tingkatkan hormon feromon dan oxytocin masing2, secara tak langsung sebenarnya anda akan jumpa cara mengeratkan kasih sayang anda sekeluarga.

Moga bermanfaat 🙂

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge