Info kesihatan : Hormon oxytocin pengerat kasih sayang

Ingat lagi entry saya mengenai hormon kasih sayang tu? Kali ni kita fokuskan pasal hormon oxytocin sahaja ye..

Hormon oxytocin dipanggil hormon kasih sayang kerana kehadirannya dalam sistem badan terutamanya wanita boleh menghilangkan stress, mendamaikan dan seterusnya meningkatkan rasa kasih antara pasangan dan ibu kepada anak.

Kajian menunjukkan kehadiran oxytocin yang cukup pada trimester pertama menyebabkan ibu hamil lebih concern terhadap keadaan kandungan. Si ibu akan jadi lebih berhati-hati melakukan aktiviti harian, memilih makanan berkhasiat dan mengelakkan dari melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan kandungan.

Bagaimana untuk meningkatkan hormon oxytocin?

  • Mewujudkan perasaan damai dan istimewa seperti menerima hadiah dari yang tersayang.
  • Melihat sesuatu yang indah dan cantik seperti pemandangan, bunga dan sebagainya.
  • Makan manisan dan coklat

Tapi takkan suami asyik kena bagi hadiah, bawak melancong je kan. Makan coklat dan benda manis2 setiap hari boleh jadi penyakit lain pulak..Hmm camane ni?

Haa selain dari yang di atas tu ada lagi cara yang senang dan sihat untuk meningkatkan hormon oxytocin dalam badan ☺

Meningkatkan penghasilan oxytocin melalui supplement

Oxytocin terbina dari jujukan asid amino cysteine-tyrosine-isoleucine-glutamine-asparagine-proline-leucine-glycine-amine. Jadi kehadiran asid amino ini penting untuk membina oxytocin.
Bagaimana nak dapatkan sumber asid amino ni? Dari makanan sumber protein seperti daging, telur, kekacang. Paling senang dari minuman protein sebab kebanyakan minuman protein memang dirumuskan khas dengan kandungan semua asid amino yang diperlukan. ESP Shaklee boleh memenuhi keperluan asid amino kerana mengandungi 9 jenis asid amino yang melengkapi keperluan asid amino anda.

Vitamin B6 sangat penting untuk membantu asid amino berfungsi. Kekurangan vitamin B6 dikatakan boleh mengurangkan pembinaan oxytocin dalam badan. Jadi pastikan anda mengambil vitamin B complex setiap hari kerana vitamin B complex bukan sahaja membantu membina oxytocin, malah boleh mengurangkan stress.

Enzim yang diperlukan untuk membina oxytocin memerlukan kehadiran vitamin C untuk berfungsi. Kekurangan vitamin C dikatakan boleh mengakibatkan kekurangan penghasilan oxytocin di dalam badan.

sumber : the way up

Rumusannya, untuk meningkatkat hormon oxytocin, anda boleh mengambil asid amino, vitamin B6 dan vitamin C. Jauh lebih baik daripada mengambil coklat dan makanan manis ye.

Cadangan untuk pasangan yang buntu untuk memilih hadiah kepada yang tersayang, (nak bagi coklat selalu, kang kena diabetis pulak, nak bawak melancong, habis satu dunia dah keliling), jadi apa kata pertimbangkan Set Kasih Sayang (ESP, Vitamin B Complex, Vitamin C) ini sebagai hadiah. Semoga dapat mengeratkan hubungan kasih sayang anda sekeluarga dan confirm boleh meningkatkan kesihatan.

Semoga bermanfaat ☺

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge