Info kesihatan : MINUM AIR BOLEH MEMBAWA MAUT (Hyponatremia)

Air sangat penting untuk sistem badan kita berfungsi. Air mengisi hampir 66% jumlah badan manusia, mengalir bersama darah, mengisi sel dan ruangan antara sel. Pada setiap masa, air yang telah digunakan oleh badan akan dibebaskan melalui peluh, urin, pernafasan dan perkumuhan.

MENGGANTIKAN KEHILANGAN AIR BADAN DENGAN MINUM ADALAH PERLU DILAKUKAN, NAMUN JIKA DILAKUKAN DENGAN BERLEBIHAN, INI BOLEH MEMBAWA MAUT!!

Hyponatremia, bermaksud “kekurangan garam di dalam darah”, apabila kepekatan sodium di dalam darah kurang dari 135 milimol/liter. Kepekatan sodium normal sepatutnya 135 – 145 milimol/liter.

Buah pinggang mengawal jumlah air, garam mineral, dan sebatian lain dengan menapis darah yang melalui kapilari buah pinggang. Apabila seseorang minum terlalu banyak dalam masa yang singkat, buah pinggang tidak mampu menyaringnya dengan cepat dan menyebabkan berlakunya “takungan air” di dalam darah.

Apabila keadaan dalam sel lebih pekat, dan darah lebih cair, proses osmosis akan berlaku. Air akan merentasi salur darah dan masuk ke dalam sel menyebabkan sel mengembang.

Kebanyakan sel mempunyai ruang yang cukup untuk mengembang kerana dilindungi tisu yang fleksibel seperti otot dan lemak. Namun begitu, sel- sel otak iaitu neuron hanya mempunyai ruang mengembang yang sangat sempit.

Sel-sel otak di dalam tengkorak mempunyai hampir kosong ruang untuk mengembang. Oleh itu jika kandungan air masuk ke sel otak, sel akan membengkak, menghimpit antara satu sama lain dan menyebabkan individu itu mengalami masalah pernafasan, koma dan menyebabkan kematian.

Pada keadaan rehat, buah pinggang boleh menyaring 800 – 1000ml air dan keupayaan saringan menurun sehingga 100ml sahaja jika individu itu baru menjalankan aktiviti senaman intensif atau bermarathon.(Senaman dan larian yang berat menyebabkan rembesan hormon vasopressin yang boleh menurunkan keupayaan saringan buah pinggang dan menghalang individu terbabit untuk buang air kecil).

Kebanyakan kes keracunan air berlaku apabila kombinasi “minum dengan berlebihan” dan “rembesan hormon vasopressin” berlaku dengan serentak. Air telah masuk ke dalam sistem badan dengan banyak, namun hormon vasopressin mengarahkan buah pinggang untuk “memperlahankan” saringan air. Jika keadaan ini berterusan, individu terbabit boleh mengalami keracunan air.

Simptom keracunan air

  • sakit kepala yang teruk
  • keletihan
  • mabuk dan pening
  • muntah
  • kencing tidak lawas
  • fikiran terawang dan tidak fokus
  • koma jika air memasuki sel otak
  • kematian jika keadaan berterusan dan tidak dirawat
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan air
  • minum apabila dahaga, kerana dahaga adalah penunjuk aras terbaik untuk mengetahui tubuh memerlukan air.
  • JANGAN MINUM LEBIH DARI 1L AIR SEKALIGUS
  • Jika anda perlu minum air yang banyak untuk menyeimbangkan pengambilan supplement tertentu, atau mungkin anda adalah ibu menyusu, bahagikan jumlah pengambilan air anda kepada beberapa jam.

Contoh pengambilan air untuk pengambil supplement/ibu menyusu: 

3000ml air ÷ 16 jam = 187.5ml sejam (segelas air sejam)
ini bermakna dari jam 8 pagi sehingga 12 malam, anda boleh minum 16 gelas air.

JIKA ANDA INDIVIDU YANG SIHAT, TIDAK DIPENGARUHI DADAH, TIDAK MENGAMBIL SUPPLEMENT, BUKAN IBU MENYUSU, TIDAK MENJALANKAN AKTIVITI INTENSIF DAN BERADA DALAM KEADAAN WARAS, 1.5 – 2 LITER AIR SUDAH MENCUKUPI KEPERLUAN AIR HARIAN ANDA.

ps : info diambil dari pelbagai sumber. Untuk info lanjut boleh google dengan keyword “WATER INTOXICATION”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge