Info kesihatan : Vitamin tamat tempoh boleh makan lagi tak?

Isu : Adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh?

image googled


Jawapannya SELAMAT! 
Tetapi anda tidak akan mendapat manfaat optimum daripada vitamin tersebut selepas tarikh luputnya berbanding manfaatnya pada tempoh sebelum tarikh luput. FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin dengan reputasi tinggi seperti Shaklee akan melakukan kajian klinikal untuk menentukan bilakah vitamin ini akan kehilangan keberkesanannya. 

Kehilangan potensi
Secara umumnya, syarikat pengeluar vitamin meletakkan tarikh luput berdasarkan tarikh terakhir vitamin tersebut berada dalam potensi 100%. Selepas itu vitamin akan kehilangan potensi akibat dari pendedahan kepada persekitaran seperti suhu, cahaya dan musim untuk tempoh masa yang lama.

Kesan sampingan
Mengambil vitamin selepas tarikh luput tidak memberi kesan sampingan yang berbahaya. Namun, anda semestinya mahukan kesan terbaik dari pengambilan vitamin harian anda, jadi pengambilan vitamin selepas tarikh luput akan merugikan anda kerana anda tetap tidak akan mendapat kesan terbaik dari vitamin tersebut. Langkah terbaik adalah, buang vitamin tersebut dan belilah vitamin yang baru. 
Buang vitamin yang sudah bertukar bentuk, warna dan bau.

Cara menyimpan vitamin
Cara simpanan juga memainkan peranan dalam potensi vitamin. Vitamin yang terdedah kepada suhu, cahaya, angin dan kelembapan boleh menyebabkan vitamin kehilangan potensi dengan lebih cepat. Simpan vitamin anda mengikut arahan yang ditulis pada botol setiap vitamin.

Cara membuang vitamin
Jangan buang vitamin di dalam saluran air kerana mungkin boleh memberi kesan bahaya kepada manusia dan organisma lain. Anda juga disarankan menghancurkan dulu vitamin tersebut sebelum membuangnya. Buang vitamin anda di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge