Info kesihatan : VITAMIN TIDAK BERKESAN (Part 1)

Pernah rasa tak, anda dah makan macam-macam supplement, tapi tidak memberi kesan seperti yang diingini. Mulalah rasa alahaii membazirnya makan supplement, ehh supplement ni tak bagus la, ehh buang duit aku je la. Haaa jom check apakah masalah anda atau masalah supplement yang membuatkan apa yang anda ambil tidak berkesan.

1) Anda mungkin tidak mengikut panduan 5W1H mengambil supplement dengan betul

1) Why
Apakah tujuan anda mengambil supplement? Fokuskan pencarian anda kepada supplement tertentu supaya hasilnya tidak tersasar dari tujuan tersebut. Senang kata, anda harus mengambil produk menguruskan badan untuk mendapatkan berat badan ideal, bukannya produk kecantikan kulit.

2) What
Setelah anda sudah jelas dengan tujuan mengambil supplement, buat kajian apakah supplement yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah anda. Baca testimoni supplement sangat membantu untuk anda memilih supplement yang terbaik. Pilih produk yang mempunyai testimoni dan review yang baik. Pengambilan produk yang sesuai bukan saja membantu anda mencapai sasaran anda, malah anda mendapat bonus sampingan daripadanya.
Contoh, pengambilan ESP dalam set kurus Shaklee memberi bonus kulit yang cantik kepada anda.

3) Who
Anda juga boleh menghubungi pengedar produk untuk meminta sebarang konsultasi terhadap masalah anda dan membantu anda membuat pilihan. Dengan ini anda boleh menyenarai pendek produk terbaik untuk anda. Memilih pengedar terbaik juga memainkan peranan penting dalam kejayaan anda bersupplement. Pastikan pengedar tersebut dapat memberi konsultasi terbaik kepada masalah anda.

4) Where
Anda boleh membeli produk secara online atau walk in ke kedai-kedai yang menjual produk tersebut. Sebaiknya belilah supplement dari pengedar yang boleh memberi konsultasi terbaik kepada anda. Anda amat memerlukan konsultasi lanjut bagaimana untuk mengambil supplement, jadual pemakanan dan sebagainya daripada pengedar tersebut.

5) When, 6) How
Dapatkan konsultasi dari pekedai atau pengedar produk tentang  ‘Apa yang harus saya tahu apabila mengambil supplement’ seperti jadual pemakanan supplement, cara pemakanan, do and don’t bila mengambil supplement, krisis penyembuhan dan sebagainya.

Jika supplement anda tidak berkesan seperti yang anda inginkan, cuba tanya soalan ini kepada diri anda.

  1. Adakah anda yakin anda telah mendapatkan produk yang sesuai dengan fokus anda?
  2. Adakah anda sudah mengikut semua panduan pemakanan yang diberikan oleh pengedar produk?

Jika jawapan anda TIDAK, kembali kepada panduan asas memilih supplement agar anda mendapat kesan yang optima dari pengambilan anda. Semoga berjaya.

Jika jawapan anda YA, teruskan pembacaan anda di
VITAMIN TIDAK BERKESAN (Part 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge