Info kesihatan : VITAMIN TIDAK BERKESAN ( Part 3)

3) Badan anda mungkin dipenuhi toksin

Apakah toksin?

Toksin adalah sebatian kimia yang berbahaya kepada sel. Apabila memasuki badan, toksin boleh melumpuhkan fungsi sel dan merosakkan sel.
Contoh toksin semulajadi:

  • Sengat binatang berbisa yang sangat beracun dan berupaya lumpuhkan sel serta merta seperti sengat lebah, ular, jengking, lipan.
  • Rembesan dari badan serangga yang memberi kesan jika diambil berpanjangan. (sebab tu kita dilarang makan atau minum makanan yang dimasuki semut, sebab semut rembeskan asid formik di tubuh mereka)
  • Sebatian kimia dari tumbuhan seperti getah dari pucuk ubi, betik muda.(boleh membawa kematian jika tidak dimasak dengan baik)
Contoh toksin buatan:
  • Pencemaran asap kilang, rokok, kenderaan dan pembakaran.
  • Racun perosak yang disembur kepada tanaman.
  • Makanan proses dan diawet.
  • Makanan yang diusahakan secara genetic modified organism (kebanyakan toksik buatan masuk ke dalam badan melalui makanan)
  • Penggunaan bahan kimia di dalam produk mandian, syampu, produk kecantikan dan kosmetik.

image googled

Membran sel yang sihat bersifat lembut dan lembab membolehkan nutrisi diserap ke dalamnya dengan mudah dan mengeluarkan sisa nutrisi selepas digunakan.
Manakala sel yang diliputi toksin akan mengeras dan kering, menghalang penyerapan nutrisi juga menghalang sisa nutrisi keluar dari sel. Sisa nutrisi yang berkumpul di dalam sel boleh mengakibatkan masalah kesihatan sel.

Tanda badan bertoksin
1. Sentiasa letih lesu dan tidak bertenaga
2. Susah untuk turun berat badan
3. Nafas berbau
4. Sembelit
5. Sensitif terhadap bau
6. Sakit otot dan sendi
7. Kulit tidak sihat
8. VITAMIN TIDAK BERKESAN

Cara mengatasi badan bertoksin
1) Minum banyak air untuk menyingkirkan toksin melalui urine dan peluh
2) Senaman yang mengeluarkan peluh
3) Mengambil minuman dan makanan pelawas seperti tempe, miso, kimchi, teh hijau, matcha (air minuman yakult pun boleh!!)
4) Mengamalkan teknik pernafasan dengan betul boleh menyingkirkan toksin melalui peparu.
5) Menggunakan produk penjagaan badan, kosmetik yang bebas dari bahan kimia
6) Makan makanan organik yang bebas dari racun serangga dan baja kimia.
7) DETOKS
sumber : mindbodygreen

to be continue
(kite nak cerita camane cara detoks pulak lepas tu baru la pengambilan supplement berkesan kepada badan)

Sementara tu boleh baca Vitamin tak berkesan (Part 2) kot2 terlepas baca huihui
Vitamin tidak berkesan (Part 4) pun ada hii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge