Info kesihatan : VITAMIN TIDAK BERKESAN (Part 4)

4) Anda mungkin mengambil supplement bersama makanan/minuman yang menurunkan potensi vitamin

1) Mengambil supplement bersama ubatan 
Terdapat ubatan yang boleh menghalang serapan supplement oleh badan seperti contoh 
– ubat peneutral asid (untuk pesakit gout) akan mengurangkan penyerapan vitamin B,
–  Antibiotik boleh memusnahkan bakteria baik di dalam perut yang memainkan peranan dalam penyerapan nutrisi.
Minta pendapat dari doktor cara mengambil supplement dan ubatan dengan betul agar kedua-duanya memberi kesan positif kepada anda.
2) Mengambil alkohol.
Alkohol adalah sangat tidak baik untuk kesihatan. Segelas alkohol boleh mengurangkan serapan nutrisi kepada badan dengan pelbagai cara.
a) Alkohol boleh memusnahkan vitamin dan mineral sebelum mereka sampai ke tempat penyerapan di perut.
b) Alkohol boleh memusnahkan sel penyerap vitamin dan mineral di perut dan usus kecil.
c) Alkohol boleh mengganggu penghasilan enzim yang terlibat dalam penyerapan vitamin dan mineral.
d) Alkohol menyebabkan kencing menjadi tidak terkawal dan memutuskan ikatan kalsium/magnesium simpanan di tulang.
3) Minum minuman berkafein
Tindakbalas kafein hampir sama dengan alkohol, yang menyebabkan vitamin dan mineral tersingkir melalui kencing secara tidak terkawal. Kafein yang berlebihan boleh menghalang penyerapan kalsium, zat besi, magnesium dan vitamin B.
Hadkan pengambilan kopi dan teh kepada 2 cawan sehari untuk mengelakkan kafein berlebihan di dalam badan.

4) Stress
Stress bukan makanan ye,,okei lawak lame. 
Stress boleh melupuskan nutrisi yang tersimpan di dalam badan dan menjadikan sistem perkumuhan tidak efektif. Lebihkan pengambilan vitamin B complex agar dapat mengurangkan stress anda, oleh itu dapat meningkatkan penyerapan vitamin dan mineral lain kepada badan.

VITAMIN TIDAK BERKESAN (Part 3)

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge