Syukur dulu, sabar dulu, nanti mintalah apa saja

Aku memang begini. Di saat aku rasa kerja rumah tak pernah habis, mulalah aku merempan sesorang.

Pagi2 aku basuh baju sebakul, menjelang malam, baju kotor kembali penuh sebakul.

Aku bersakit pinggang mengemop lantai. 5 minit lepas tu, lantai comot balik budak2 tumpahkan air.

Sambil basuh pinggan selepas dinner, otak aku mencipta skrip untuk minta gaji dari suami.

Alangkan bibik indon pun dapat gaji minimum 7ratus sebulan, aku yang kerja tak habis2 24jam seminggu ni patut dapat lebih dari itu, monolog hati kecil ku.

Belum sempat aku berdrama menyatakan hasrat hati kepada suami, Allah menegur aku direct melalui tulisan Dr Kak Cip.

Setiap bait tulisannya terasa tepat mengena hidungku yang penyet ini. Sehinggakan aku rasa wajib untuk aku menampalnya di dinding rumah ku.

SUAMI BERI EMAS HADIAH KESETIAAN ISTERI…

Lawak aihh tajuk ni.DRAMA!!

HIDUP ITU BUKANNYA INDAH…

Definisi kehidupan bukanlah keindahan.

Hidup bukanlah untuk kesenangan, kemudahan…

Hidup ini satu ujian.

Akhirat itu suatu ganjaran.

————-

Harini seharian Cip keluar dgn husband, ada hal.

Kemudian pergi beli sesuatu…

Ok fine, husband belikan.

On the way balik kami sembang2 dalam kereta tentang berapa tahun ktrg kawen dan segala ujian yang kita lalui bersama.

Ada suatu ayat suami cakap,’Allah bagi u berjaya sekarang kerana kesabaran u bersusah bersama I’.

😭😭😭😭😭😭

Serius rasa sebak masa tu…..

Fuhhhh fuuuuhhhhh buang rasa beremosi..

Sebab Cip tak suka menangis dan susah nak mengalir air-mata.

Ramai orang fikir dia berjaya kerana dia hebat.

Sebenarnya bukan macam tu.

Kita berjaya sebab Allah S.W.T yang nak bagi.

Sehebat mana manusia itu kalau tak diberi nikmat dan rahmat Tuhannya, takkan berjaya juga.

Segala plan dan strategi takkan mengena juga.

Takde nikmat kebijaksanaan untuk dapat ilham.

Kata-kata suami itu sangat mendalam.

Kami berkahwin 5 tahun dan kami susah bersama-sama.

Selama 5 tahun Cip tak pernah minta hadiah, hadiah harijadi, hadiah ulangtahun perkahwinan, hadiah hari raya mahupun baju raya.

Cip tak minta satu sen pun untuk diri Cip.

Cip tak mahu susahkan suami.

Cukup husband bagi perbelanjaan keluarga dan selebihnya Cip akan top up.

Cip tak pernah berkira dengan suami.
Tak dapat beli brg sendiri pun takpe. Shopping tu bukan dalam list.

Cip selalu tgk isteri2 di fb tulis husband beli hadiah emas dan baju raya.

Cip beli sendiri saja baju raya. Emas tak beli sebab takde duit dah. Kakak ipar Cip semua hantu emas. Husband drg belikan hadiah gelang emas, rantai emas bila hari jadi.

Tapi Cip ok saja.
Husband selalu cakap,’Nanti I kaya I belikan u gelang emas k’.

Cip senyum,’Kalau u kaya cukuplah u ingat masa kita susah bersama’.

Cip rasa kerana sifat Cip yang tidak meminta-minta sebab tak mahu bebankan suami, sifat Cip yang usaha untuk mudahkan bebanan suami dan sifat Cip yang bersabar serta tak merungut bila dilanda ujian, adalah antara faktor kenapa Allah bantu Cip.

Cip selalu cakap kat husband,’Takpe jangan merungut. I yakin semua ini ujian. Allah uji hamba yang ingin diberi kenikmatan. Kita jangan putus-asa. I akan usaha. Asalkan kita cukup makan pakai, I rasa dah ok. Kita takde rumah sendiri kita sewa jela sampai mati’.

Sampai suatu hari, Allah detikkan hati untuk berniaga online padahl Cip langsung tak minat.

Allah pilih bisnes Shaklee padahal sebelum tu Cip tak minat produk Shaklee.

Allah gerakkan hati untuk makan Shaklee walaupun sebelum Cip tak percaya pada supplemen.

Allah beri Shaklee effect pada Cip.

Bila Cip start menjual, Cip dapat pm order bertalu2. Selepas 3 hari iklan saja. Rezeki Cip murah. Bisnes Cip laju.

Bulan pertama berniaga dah capai Rm 12 000 sale.

Kemudian Allah ilhamkan macam2 untuk Cip amalkan dalam bisnes. Allah bagi kebijaksanaan untuk Cip mudah faham dan reka sendiri bermacam teknik yang rupanya adalah teknik bisnes yang baik. Cip tahu sebelum Cip pergi seminar.

Bila pergi seminar Cip fikir oo rupanya yang aku buat selama ini adalah STORYTELLING TECHNIQUE, rupanya aku guna approach SOFTSELLING, rupanya aku banyak branding…

Padahl takde siapa ajar saya.

Saya tak tau pun kewujudan method tu.

Saya juga tak tahu teknik close deal saya sangat power.

Saya fikir semua orang tahu benda tu rupanya tak.

Banyak Cip belajar melalui bisnes ni.
Ilmu bisnes kita boleh belajar tapi ilmu dalaman takde siapa boleh ajar.

Takde siapa boleh ajar anda untuk menjadi orang yang sabar.

Takde siapa boleh ajar anda menjadi orang yang memahami erti memberi.

Takde siapa boleh ajar anda bahawa manusia bukan untuk dihakimi.

Takde siapa boleh ajar anda untuk sentiasa bersangka baik sesama manusia.

Takde siapa boleh ajar anda untuk bersemangat…

Semuanya anda kena belajar sendiri. Faham sendiri.

Kerana kekurangan inilah, orang yang bijak pun TETAP FAIL BILA BERNIAGA.

SABAR!!!!!

SABAR!!!!

SABAR BILA ADA UJIAN…

Yakinlah Allah S.W.T nak ajar anda sesuatu, kemudian nak beri anda sesuatu yang berharga…

Kita berjaya bukan kerana hebat tapi kerana segalanya nikmat Allah S.W.T.

Jadi kalau anda sekarang struggle dalam kehidupan.

Suami tak mampu nak beri anda seperti suami orang lain. Suami anda tak mampu nak beri anda hadiah yang anda nak.

Takpe. Itu semua tak penting. Anda tak mati pun kalau takde barang kemas.

Berilah kebaikan pada suami. Walaupun anda hulurkan wang pada mak suami untuk mengaburi mata keluarga mertua.

Jangan rasa susah hati…

Kerana kebaikan itu akan bawa rezeki kepada anda bersama.

Hidup ini bukanlah untuk indah.

Tapi untuk diuji.

Berbuat baiklah pada sesiapa saja.

One day bila suami anda kaya, anda mintalah apa saja nak minta. Saya yakin suami anda akan belikan.

Susah bersama, kemudian bina bisnes bersama.

Begitu mudah Allah S.W.T beri pencapaian bisnes yang seperti bergolek-golek pada kami…

Sebab itu kalau korang perasan Cip selalu share ilmu bila orang tanya. Cip tak lokek untuk ajar sebab pada Cip ilmu ni pun Cip dapat sebab belas ehsan serta nikmati dari Tuhan. Siapalah saya nak monopoli segalanya.

Jadi siapa yang nak jumpa Kak Cip di seminar utara nanti, jemput datang. Seminar ini hanya untuk RYG dan bawah Surijunior. Sesiapa yg belum ahli tapi nak datang juga, boleh pm kak cip untuk jadi ahli dulu. Baru boleh datang.

Sesiapa yg bukan ahli Surijunior nak belajar dari Kak Cip, boleh beli ebook ni Rm 40 dan Kak Cip akan bagi 2 kelas online free untuk anda.

Ada satu sesi korang boleh tanya soalan kat Kak Cip dan Kak Cip akan jawab.

Itu value yang Kak Cip boleh beri.

Masa Kak Cip adalah emas. Kak Cip tak banyak masa. Kak Cip takde masa untuk rehat pun. Tapi Kak Cip kongsi masa ni untuk bantu korang.

Boleh klik link ni utk ebook or nak pergi seminar

http://www.wasap.my/60136772988

Utk seminar ni make sure korang share post ni dan tag 5 nama utk dpt harga rm 60

Tulisan asal :  Kak Cip (Master Dr Hasifah)

Terima kasih Allah. Sedarkan aku sebelum aku jadi isteri yang tidak bersyukur. Maka, hari ini aku memilih untuk sabar dan doakan suamiku dimurahkan rezeki.

Semoga suamiku cepat kaya, sebab aku dah tak sabar nak minta duit poket 3ribu sebulan. 😘

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge