Kami mencari rumah sewa

Lama x bersiaran hehe

saya sibuk la sangat
sebenarnya tiap2 hari leka dok scroll mudah.com
mencari rumah sewa hihih,,
susahnyeeee weii nak dapat rumah sewa,,
okei banyak je rumah tapi,,
x menepati citarasa lah,,
jauh dari kilang lah,,
xde laman lah,,
yang paling banyak,, mahal lah,,
hahaha,,
duduk bandar biasalah,,
saya sayang rumah sekarang ni,,
semua ciri2 yang kami nak ada,,
tapi dah 3 tahun bergelut dgn masalah internet kan,,
dengan internet yang makin mahal skang hiii,,
(ehh kenapa sekarang cepatttt je data saya habis ekk)
baru blogwalking 4,5 blog dah 100mb lebih pakai data,,
dah tu camane nak blogwalking 20 blog sehari?
kate buat bisnes online,
asalkan ada smartphone ada internet je tagline dia,,
ni internet pun semputt camane?
hahahaha okeii penat bebel,,
kriteria rumah yang kami cari
– dekat dengan kilang rohm wako
– rumah ada pagar ada laman tanah (kononnya nak berkebun huu), kalau corner lot lagi bagus
– di kawasan yg boleh masuk streamyx ← ini paling penting hihihi
– yang sewa murah2 je la ekk,,bajet kami tight sikit..ye la kang nak gst lagi, x mampu la nak menyewa rumah 8, 9 ratus.. 6 ratus ke bawah je kami mampu hikhik
so korang2 yang ada rumah untuk disewakan di area pengkalan chepa, kubang kerian, kota bharu dan persekitarannya,,
meh la pm akak ye,, akak dah pening ni.. hoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge